Assalamualaikum semua,
Salam maal hijrah semua ya , selamat tahun baru ke 1442 hijrah semua kawan-kawan. Ada yang balik kampung atau bercuti ke sempena cuti maal hirjah dan cuti sekolah ni? Kami tak ke mana, kerja je macam biasa.
Hari ini aku nak kongsi resepi mudah dan ringkas untuk semua. Aku suka sotong kembang ini, atau aku panggil sotong plastik hehehehe. Selama ini aku tak reti nak masak dia, tapi lepas aku dah tanya mak, dan google resepi kita cubalah dan menjadi, itu yang kongsi dengan korang.
Bahan-bahan:
3 ekor sotong kembang ( potong sedang)
5 biji bawang merah besar- kisar
1 labu bawang putih- kisar
1 genggam bilis- kisar
sedikit udang kering- kisar ( kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan( potong)
1 keping gula melaka
2 plastik sedang cili boh atau 1 plastik besar cili boh
5 sudu minyak masak
1 sudu besar asam jawa
Garam dan gula
Cara masak:
- Masukkan dulu daun panas dalam minyak panas lepastu baru masukkan bahan-bahan kisar. Masakkan bahan kisar untuk 5 minat baru masukkan cili bohnya gaulkan sekata dan tutupkan dengan penutup masakkan hingga naik minyak dan kering air bawang.
- Bila dah naik minyak dan kering air nya kita masukkan sotong kembang dan gula melaka, gaulkan rata dah tutupkan lagi dengan penutup hingga nampak sotong mengecut, masakkan untuk 15 ke 20 minit dengan api sedang supaya meresap perasa dalam sotong tu.
- Masukkan asam jawa dan garam akhir sekali, rasa kalau kurang manis boleh tambahkan sedikit gula dan boleh matikan api.
ini bahan utama nya |
aku suka boh daun pandan bau dia jadi sedap |
aku memang akan masak sambal gini banyak lepastu simpan dalam peti beku, bila-bila nak nasi lemak boleh panaskan je |
aku tak suka terpercik-percik kat belakang tu, sebab tu aku akan tutup dan guna api sedang |
sotong ini nampak banyak tapi bila dah masak kecut semua tau |
sementara tunggu nak masak ni, minyak yang banyak tu nanti buang lah ye... |
gini lah rupa sambal sotong kembang |
menu masak nih memang banyak dari pagi bawak ke tengahari... kadang lajak ke malam heheheh |
Sambal sotong ni kalau mak ai masak.. rasa nak habiskan 1 kuali.
ReplyDeletehehehehe... sedap mengunyah sotong tu kan, kenyal-kenyal gitu, dulu akak tak reti sangat masak, sekarang dah tahu itu confident sikit
DeleteTidak pernah masak sotong kembang ini. Mak pun tidak pernah guna sotong ini
ReplyDeleteHehe satu hari harap-harap dapat cuba buat.
mak dana pun jarang buat, tapi itulah bila laki dah belikan... kita cuba lah masak sesedap yg boleh konon nye hehehe
Deletenampak sedap pulak..tiba2 teringin makan sotong lol
ReplyDeletehehehe sila beli sotong dan buat sambal hehehe
Deletememang terangkat sambal sotong kembang dengan nasi lemak... akk kena kawal mkan sotong sebab elergik.
ReplyDeleteitulah kak, teringin sesekali boleh la klau selalu2 tak berani jugak
Deletewahh., nasi lemak sotong sambal kembang mesti sedap nih., ;p
ReplyDeletesalah sebutnya tu wak, sambal sotong kembang...
Deletewahh sedap ni dana, dulu murah ni rm10 tu 3 ekor. skrg dah dlm rm25/kg.
ReplyDeleteselalu ada kat rojak sotong, sedap sesgt
laki aku kata aritu sekilo masih belas-belas ringgit rasanya, itu yang dia lupa diri beli sampai 3 ekor
Deletemesti sedap dana masak :)
ReplyDeleteshida dan husben xmkn sotong kembg..lg2 shida..
alergik seafood huhuu
biasa-biasa je nak kata sedap tu boleh la sikit-sikit nak menjual jauh lagi heheheh
Deletesedap tu dimakan dgn nasi lemak. di pasar basah susah jumpa benda ni. kena gi tesco atau giant baru jumpa.
ReplyDeleteye, di pasaraya atau kedai aceh selalu ada
DeleteSambal sotong kembang sedap makan dengan nasi lemak..
ReplyDeletememang regu dia tu
DeleteAmmi tak geng dengan sotong ni
ReplyDeletehheheheh dana geng semua sotong ammi
Deletesotong ni murah sikit dari sotong gemuk tu kn dana...ummi suke yg ni kalau makan nasi lemak..sdap...
ReplyDeleteaah sotong ni murah sikit kak... sotong gemuk tu mahal sebab fresh
DeleteSedapnya dana...akak tak pernah beli sotong kembang ni,cuma beli yg dh masak ja
ReplyDeleteheheheh ook jugak tu kak, cuma sotong ni nak masak kene lama sikit
DeleteSelamat tahun baru Kak Dana. Samalah masak sotong, tapi saya masak balado saja. hehe
ReplyDeletesedap tu masak balado
DeleteSalam kak. Blogwalking here. Done follow blog akak. Wah, sedap lauk sotong kat atas. Kalau guna sotong putih okk juga kan kak. huhu
ReplyDeleteterima kasih follow, boleh je masak sotong putih cuma tak perlu masak lama...
DeleteMasyaallah sedapnya! Terbau2 kat hidung!
ReplyDeletehehehhe jauh dia merantau sampai bau hingga ke sana
Deletesedapnyeeeeee..peberet kita juga nihhhh.
ReplyDeletememan ramai peminat sotong kembang ni ye
Deletemasak biasa-biasa bolehla kak, nak niaga takut tak sedap pulak kat orang... segan
ReplyDeleteCik TK suka makan sotong kembang ni tapi tak pernah masak lagi sotong kembang
ReplyDeleteLama tak makan sambal sotong kembang ni. Tak pernah lagi masak sendiri. Biasa beli kat kedai orang jual nasi lemak je. Boleh lah kot cuba resepi akak ni nanti.
ReplyDeleteHadoi.. hadoi.. Mengancam sungguh sambal Dana..
ReplyDeleteAkak jarang makan sotong kembang tapi tengok gambar dana nie terus rasa macam nak cuba..
IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami
WA : +855 1537 3217
HALO
ReplyDeleteJika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.
Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
WHATSAPP> +447480724786