Thursday, August 6, 2020

PHOTO DIARY #22/2020

Assalamualaikum semua,

Leceh pulak blogspot yang baru nih, selalu aku upload dengan hp je, tapi ini kene upload ke pc dulu. Baru boleh nak buat karangan sikit. 

Hari ini memang super busy dari pagi sampai lah sekarang, pukul 11 perut buat signal, aku belum makan apa cuma sempat makan kuih 2 ketul pagi tadi itu pun pukul 10.30 tadi. Jom kita layan cerita bergambar ya



ini pokok pandan tau, mil aku boh kayu kat batang pokok pandan ini, itu yang tinggi jadinya... gambar di ambil dari beranda rumah

mil aku kan tukang jahit, ini lah bilik jahit dia, susunan barang dalam bilik jahit dia

dia gantung dan susun gini, mil aku pun ada jahit pelitup muka 2 lapisan

beli telur masin dari makcik Edy, membeli sambil membantu

telur masin yang sedap, tak masin sangat 

masa ini dalam pukul 6 lebih, di lanchang jem baru bermula


ini lepas tol bentong, Aiyan kata nak ke tandas beria suruh dia tahan nasibla sempat dengan selamat walaupun punya panjang orang beratur
selamat sampai rumah pukul 11.30 malam, lepas tu dengar comot miau miau perlahan je, rupanya dia dah beranak
anak dia 4 ekor, 2 putih 2 hitam

isnin tu aku memang tak masak kat rumah berjalan jelah kejenya, lepas tu singgah rumah maktek sebab mak abah ada kirim barang dari kampung johor... ini semua barang kirimannya

selasa aku cuti rehat lagi, si comot sibuk la masuk rumah cari port nak pindahkan anaknya... ini nasib aku perasan, dia masuk dalam rak baju aku

teringin makan aiskrim potong, suruh Edy beli... banyak ini dia beli, macam-macam perisa ada

sebelum cuti raya haji, aku ada beli bongkah cendawan ini, harapnya menjadilah... ini pun pagi tadi aku lupa nak sembur air huhuhu
( masa ini aku belum tutup dengan kain lagi tau, sekarang memang bertutup kain)

anak comot hari ke tiga, masih tak sempat nak tukar tempat tidur dia lagi... tunggu hujung minggu nanti

pokok kesum aku yang makin galak membiak, dah pangkas dan bawak ke pejabat sikit
bawak ke pejabat 3 plastik daun kesum
ada kawan minta pucuk bayam brazil, kita bagi sebab sekarang tengah subur daunnya

20 comments:

  1. great snap!
    btw yes blogspot yang baru ni ada leceh sikit huhu
    guna pakai laptop pun kdang tersalah klik jugak, lain kita mau buat lain jadinya lol

    ReplyDelete
  2. Revert je guna legacy blogger, lebih selesa guna yang lama kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh yek, nanti akak godeh... itulah memang payah patut lah ramai yang dah komplen

      Delete
  3. tu dia..penuh jajan dalam keta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ammi oi... umah pun penuh jajan sana sini sinun

      Delete
  4. penuhh tu ..telur masin tu nampak sedap sangattt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap, dia tak masin sangat just nice je

      Delete
  5. Macam-macam bawa dari kampung.
    Hehe lepas itu MakTek ada lagi buah tangan dari kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehhe rezeki bila balik kampung asing-asing

      Delete
  6. Kemasnya bilik jahit MIL dia. Macam-macam gambar menarik yang dikongsi, sampai telur masin tu pun buat kita terliur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak dia memang jenis gini, kene teratur... senang nak ambil katanya

      Delete
  7. Replies
    1. hehehhee yang wak tak nampak biskut makmur yang abah bekalkan...comel-comel aje

      Delete
  8. awat yg pokok pandan tu naik tinggi melangit..hahaha
    kemas mil akak susun koleksi benang dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mil kata dia malas nk turun bawah siram itu dia boh kayu bagi dia tinggi hehehhe

      Delete
  9. Kemas je bilik jahit mil akak. banyak betul bekalan dari kampung. Tak sah kalau kereta tak penuh.

    ReplyDelete
  10. Kemas dan tersusun ja bilik menjahit mertua dana...

    ReplyDelete
  11. Memang leceh pun interface blogger yang baru tu..
    Bestnya telur masin kalau tak terlalu masin.. Makan dengan bubur, sedapnya..

    ReplyDelete
  12. banyak gambar dlm entri seronok baca santai2 jer :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...