Monday, July 24, 2023

SUKANEKA TASKA

 Assalamualaikum semua,

Sabtu 22 Julai 2023 Taska ada buat Hari Keluarga di Bangi. Sabtu ada sukaneka di Tasik Cempaka Bangi. Aiyan la paling seronok bila dapat turut serta, sebab dia kenal semua cikgu taska tu. Dah dia transit dekat situ kan, kami di ajak sebab aku AJK Kedai. Jom la kita tengok gambar yang ada ya.

budak topi biru tu paling seronok

Buat juga baju hari keluarga, nasibla warna cantik dan muat untuk Aiyan


lawan makan oren, memang dia kalahla dia tak suka buah

Aiyan kene join sekali kumpulan dewasa sebab tak cukup ahli

Ini aktiviti paling kecoh, nak kene asingkan semua ni


Cikgu taska, ajk kedai dan ahli keluarga



ajk kedai, 2 orang budak tu bukan ajk kedai tau heheheh

Friday, July 21, 2023

RESEPI SARDIN KACANG PEAS

 Assalamualaikum semua,

Maaf hari ini sibuk sikit sampaikan lupa nak buat entri resepi. Sedangkan dari pagi lagi dah fikir nak buat entri pasal ini. Resepi ini aku cuba-cuba je, entah teringin nak makan. Jadi lah sardin dengan kacang peas. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 tin besar sardin (jenama apa pun boleh)

1 tin kacang peas (buang air nya dan toskan)

2 biji bawang besar, hiris nipis

4 ulas bawang putih, hiris nipis

5-7 biji cili api

1 sudu besar cili boh

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api hingga layu.

- Bila dah layu masukkan kacang peas tumis gaul kejap lepas tu masukkan cili boh. Akhir sekali masukkan sardin.

- Perasakan dengan gula garam dan siap. 






sedap bagi aku, rasa lemak manis kacang peas tu

Thursday, July 20, 2023

PHOTO DIARY #25/2023

 Assalamualaikum semua,

Semalam cuti awal muharam terlupa pulak buat entri hehhehe biasalah bila cuti kan. Bila hari ini kerja terasa lemaunya rasa malas gitu hehhehe maklum semalam dah cuti. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom. 


makan-makan kat pejabat nasi berlauk, sedap kawan pejabat masak

ada kawan belanja mee goreng mamak

tebal isi murtabak kat kedai Bismillah ni

semalam sedap dia tidur sebelah kita

semalam punya brunch, asam pedas ikan pari dan tauge 

teringin layan cempedak goreng

menu katering hari ini, mehun goreng putih dengan telur mata

pagi-pagi wajib beramah mesra


Jus buah yang sedap, epal+lemon+saleri


 
hari selasa ada kawan pejabat ajak lunch, kami layankan je

kawan-kawan yang kerja luar duduk hutan tunjuk menu mereka... 


kuali masak ni saiz 22 inci, buat penutup sendiri dengan talam 

geng peneman borak, tapi mereka bertiga ni duduk tingkat atas

Tuesday, July 18, 2023

DEMI MENCARI SESUAP NASI

 Assalamualaikum semua,

Mencuba ambil tempahan makanan untuk mesyurat, rela dalam paksa sebab adik kedai yang minta buatkan. Aku cuba cabar diri boleh atau tidak untuk aku buat, hari isnin agak kelam kabut dan kalut. Walaupun pukul 4 pagi aku dah bangun masak tapi itulah. Kelam kabut sampaikan aku tak sempat pakai makeup. Seharian dari pagi sampai petang kawan pejabat tegur, sakit ke sebab muka pucat. Siap ada pegawai yang suruh aku pakai makeup sebab muka pucat sangat.

Hari ini nekad, dah buat persiapan lebih teratur dari semalam. Malam banyak dah setelkan kerja . Pagi alhamdulillah lebih mudah , siap boleh siapkan menu kedai makaroni ayam bakar, sempat pakai makeup lagi. Moga aku tetap boleh siapkan tempahan ni dengan jayanya hingga jumaat ini.

30 bungkus mehun goreng dengan telur dadar

Memang pucat bedak pun tak pakai

hari ini mee goreng dengan telur mata, 20 bungkus

pagi ini sempat la pakai bedak dan gincu sikit.

Monday, July 17, 2023

SELAMAT HARI LAHIR KE 12

 Assalamualaikum semua,

Sabtu 15 Julai 2023 genap la usianya 12 tahun. Dari hari jumaat dia dah tanya pasal sambut hari jadi dia. Pastu hari kejadian pun dia tanya tapi kami kata tak dapat nak sambut sebab belum gaji lagi. Aku tak masak macam selalu, tapi ajak keluarga maktek makan dekat mcDonalds. Malam tu keluar ke mcD makan kat situ, ambil kek 2 potong je. 

Lepas tu hari ini kami ada bawakan kek dan goodies untuk dia sambut dengan kawan kelasnya. Edy jugak  ada belanja cikgu dan PPM nasi berlauk. Lagi la seronok Aiyan dapat sambut dengan kawan-kawan kelasnya. Doa aku moga Aiyan dapat jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat, dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam Lindungan Yang Maha Esa.





Beli kek kat mcD je

kami tak ramai tapi ada



ini sambut kat sekolah





Friday, July 14, 2023

RESEPI SOTONG MASAK KICAP

 Assalamualaikum semua,

Cerita minggu lepas beli sotong harga kayangan, sekilo rm44. Beli 4 ekor udah rm49 memang betul-betul kayangan kan. Sesekali dan bila teringin itu beli la jugak sotong ni. Jom aku kongsikan cara aku masak, biasa aku suka masak sambal atau kicap je sotong ni. 

Bahan-bahan:

4 ekor sotong, potong bulat (celur kejap dalam air mendidih)

1 biji bawang merah, potong nipis

5 ulas bawang putih, hiris nipis

5-7 biji cili api, potong 2

1 batang serai, ketuk

1 biji tomato, potong ikut suka

2 sudu besar cili sos

5-6 kicap lemak manis

Air secukupnya

Garam sedikit

Cara masak:- 

- Tumiskan serai, bawang merah, bawang putih dan cili api hingga naik bau dan layu.

- Bila bawang dah layu masukkan tomato , kacau masak hingga tomato lembik. Masukkan sos cili dan kicap. Tambah 1/2 cawan air biarkan mendidih.

- Masukkan sotong, gaulkan dengan bumbu masakkan untuk 10 minit, tambah garam sikit dan siap.

Kita celur sotong supaya dia tak kecut dan terlalu berair