Monday, February 20, 2023

PERTAMA KALI LAYAN MAKANAN KOREA DI DAKGALBI

 Assalamualaikum semua,

Ini kisah awal februari aritu, hari jumaat kawan-kawan kedai ajak makan kat luar. Lepas tu gatal lah nak cuba makan di kedai korea konon nya, Dakgalbi. Sampai-sampai tu nak buat pesanan pun tak tau, scan qr tapi tak reti jugak akhirnya panggil staf kat kedai tu untuk bantu. Lepas tu bila sampai makanannya ingat kene masak sendiri rupanya ada  yang tolong masakkan. Kerjanya gelak ketawa ajelah, maklum pertama kali.

Nasib la bila dah makan tu, alhamdulillah sedap makanannya. Sebab kami makan yang nasi dan ramyeon itu yang bila dah siap masak rasa macam nasi dan maggi goreng. Kira ok jugak lah boleh la pergi lagi kalau teringin.


masa mula-mula tengok ni banyaknya sayur tu boleh habis ke


nasi, ramyeon dan keju

semasa di masak sedap bau nya

rupanya semua ada yang gaul kami tengok je eheheh

muka-muka kelaparan


keliling tu ada cheese

sedap juga rupanya

panjang cheese nya

ini yang di panggil teokbokki rupanya sedap juga

tambah kimchi sedap

ada lebih kami bungkus bawak balik

Boss kedai yang belanja hehehhe... 

Friday, February 17, 2023

RESEPI AYAM BAKAR MAYONIS

 Assalamualaikum semua,

Ini kira resepi ulangan tau, tapi kongsikan semula kotla ada kawan-kawan yang belum pernah cuba resepi ini. Sangat mudah dan pastinya sedap. Resepi ayam bakar mayonis. sebab aku dah mula jual di kedai dah masuk 4 minggu aku jual ayam mayonis di kedai puspanita. Jom kita tengok resepinya ya

Bahan-bahan:

1 ekor ayam potong 12

5-6 sudu besar mayonis, kimball atau kiepie

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar cili boh

3 ulas bawang putih, tumbuk

1 sudu besar garam

daun rosemary kering, tumbuk

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

2-3 sudu besar minyak masak @mintak zaitun

1 sudu besar, cuka makan

Sayur:

3 biji kentang potong wedges, rebus sekejap

2 biji tomato, potong wedges

2 biji bawang besar, potong besar

Cara masak:

Campurkan semua bahan-bahan kecuali sayuran dalam bekas besar hingga sebati. Lepastu perapkan ayam lumurkan pada semua bahagian ayam untuk 30 minit atau lebih. Selalunya aku perap siang dan malam baru aku bakar. 

- Sebelum bakar baru tambahkan sayuran perap sekali dengan bahan perapan tu. Bakar pada suhu 200-230 selama 60 minit. Siap, selamat mencuba.

masukkan semua bahan, ini aku buat bahan perapan untuk 3 ekor ayam

bagi sebati gini, nanti tinggalkan sedikit untuk perap dengan sayuran

selalunya perap dengan ayam je dulu

ini yang aku buat potong 4 seekor 

nak bakar baru susun selang-selang sayuran tu, ini yang potong kecil 
bila potong 4 memang muat-muat 4 ketul je... 




api atas bawah tau
siap masak, bau memang semerbak

harap makin terus dapat sambutan ayam mayo ini

Thursday, February 16, 2023

PHOTO DIARY #6/2023

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan lambat buat entri pagi ni ada temujanji dengan pakar O&G. Nak buat entri kat hospital internet dekat sana sangatla hampeh, jadinya sampai pejabat baru dapat buat diwaktu rehat ni. Jom kita layan cerita bergambar.

gambar semalam petang, cantik kan 

cantik pulak warna ni lembut je, perahsan muda belia

gorengkan nugget untuk Aiyan bawa ke sekolah untuk jamuan akhir tahun semalam pagi

hari selasa petang hujan lebat betul, balik kerja kena hujan lepas tu berselimut dalam rumah sebab rasa sejuk sangat
tengah borak dengan boss aku, tiba-tiba nampak muda orang yang sangat dikenali depan pintu. Adik ipar datang pejabat nak dapatkan data untuk kerja



Suruh dia isi borang kat meja aku, dia pun tak sangka dapat jumpa aku kat sini. Sebab dulu aku kan bahagian lain


harga RM35, kat gambar nampak besar tapi bila dapat hampeh

2 ekor anak sotong, masa iklan kata sotong besar... hampeh

ahad pergi sarapan dengan maktek dan Ecah

budak 2 orang ni la paling seronok

kenapa la sayur tauge tu sangat menggoda bagi aku

2 hari berturut ambil sayur tauge

Wednesday, February 15, 2023

WW 2 BUJANG GENDUT

 Assalamualaikum semua,

Geng baik sekarang, tengok tab sama-sama, tidur pun selalu sama-sama juga.



Tuesday, February 14, 2023

TAHNIAH BUDAK BULAT

 Assalamualaikum semua,

Sabtu ada Majlis Hari Anugerah Cemerlang Aiyan, alhamdulillah dapat anugerah budak kecik ni. Tapi tahun ini dapat untuk matapelajaran sains. Kita ni tumpang gembira atas hasil usaha dia. Harapnya tiap tahun dapat la terus kekal cemerlang. Minggu akhir sekolah ni kan belajar pun dah malas dah semua nya. 

Bab bergambar dia memang suka









cikgu tu yang rendah atau Aiyan yang makin tinggi



 
kawan-kawan kelas nya

Monday, February 13, 2023

KEDAI PALING BERHANTU- ECO SHOP

 Assalamualaikum semua,

Kedai paling berhantu dekat Malaysia ni selain Mr Diy, Kaison, Daiso dan sebagainya. Dia punya rancangan asal nak cari tisu, cari bakul je tapi eh entah camne boleh jadi RM70 semuanya. Aku ni bukan lah kaya raya, kadang banyak  je aku beli barang keperluan rumah dekat sini. Murah meriah gitu, cuma jangan la bising bila cepat rosak kan udah harga nya pun murah. Kadang macam tisu, plastik sampah kecil, plastik pakai buang, pasu bunga eh macam-macam la. 



beli mainan la, jajan la... mainan kucingla


jom balik