Thursday, May 20, 2021

PHOTO DIARY #18/2021


 Assalamualaikum semua,

Aku rasa hari ini macam  baru selasa pulak, udah khamis rupanya hehehhe . Oklah moh la kita layan cerita bergambar ya. Gambar dari sebelum raya dan semasa raya.

Boss ada dapat hamper kuih raya, tapi dia tak nak terima dan bagi kat aku dan kerani... cantik hamper nya

Beberapa hari sebelum raya, Edy baru pasang mentol lampu yang rosak... tapi tengok lah ramai kan penolong dia


sepanjang bulan puasa aku memang berbuka dengan air teh o panas je, tapi 2 hari sebelum raya teringin juga minum laicikang ais

menu berbuka 30 Ramadhan, pizza dan tembikai je... kelam kabut masa ni hehehhe 

Pagi raya kedua tu hujan dari sebelum subuh, hampir tiap pagi hujan sampai berkabus

ini Ginger 2, aku suka tengok mata dia tu... tapi nakal ya rabbi budak ni, kerjanya suka panjat kabinet dalam bilik dan buat sepah

Ini Cik Mot, kucing batch pertama... mata sebelah kanan dia tu dulu elok tapi dia pernah sakit mata sampai akhirnya mata tu tak dapat diselamatkan

Bila dah tak lalu makan menu raya, Edy suruh goreng ayam dengan tepung bestari je

bila bagi makan snack, kene dulukan pada yang tua, kalau tak nanti dia merajuk

vogue ke tidak heheheh 

Kita ajak bergambar dia tak nak, tapi mata tu jeling je heheheh

ada masa nya dia tak mesra kamera

Semalam bagi sikit dodol kat kawan, dia bagi kita kuih goyang ni pulak... udahla sedap

laksam ni masuk ke tidak yek dalam kes laksa yang viral tu heheheh... menu tengahari semalam

semalam transit tutup minta tolong maktek jagakan

Pesen apa lah si Ecah ni ber posing terkangkan gitu udah macam filem Rock O

Wednesday, May 19, 2021

PANDAN SANTAN KELAPA

 Assalamualaikum semua,

Hari pertama kerja selepas cuti lama raya. Kawan-kawan pernah jumpa pandan santan kelapa? ke aku je yang baru jumpa heheheh. Beli santan di pasaraya giant, tenghari tu masak lemak putih aku buka penutup terus tuang tapi pelik nampak kenapa santan warna hijau dan berbau pandan. Ingatkan rosak bila tengok semula, ohhhhoooo santan pandan. Mujurla baru tuang sikit, untuk masak bubur atau kuih sesuai lah rasanya. Bau pandannya memang wangi.

Ini lah dia jenama S&P 

Selit muka orang baru naik cuti raya.... SOP kerja semakin ketat kes di selangor semakin tinggi dan ada juga beberapa kes di JUPEM ni

Tuesday, May 18, 2021

KIRIMAN RAYA DARI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Sehari sebelum raya aku ada call mak minta resepi nak buat lepat pulut. Lepas tu mak tanya ada tak sampai barang yang paksu pos? Aku macam lah kenapa mak pos barang waktu nak raya? Risau berkurun duduk dekat tempat barang kang rosak pulak. Mak kata dia poskan dodol, rempeyek dan maruku. Setiap hari aku tunggu barang tu untuk sampai, cek jugak traking tapi tak bergerak. 

Akhirnya ahad petang sampai la barang yang dipos, paksu pos 11hb sampai pada 16hb. Berdebar masa nak buka risau dodol rosak. Tapi... alhamdulillah selamat semua. Terima kasih tak terhingga pada semua di kampung tak lupa pada kami 2 beradik di selangor yang tak dapat balik raya 😭😭😭😭

Mesti paksu yang punya idea


Balut dengan bubble wrap punya tak nak bagi hancur

Hancur juga... heheheh

Maruku ni walaupun tak bulat tapi elok lagi

Terima kasih mak abah dan adik-adik

Ini dodol abah yang buat 3hari sebelum raya

Dapat 2 bekas seorang... 500gm untuk 1 bekas

Peyek kacang tanah paling sedap, mestila yang mak buat

Maruku emak pun sedap, rindu wei rasa dia

Monday, May 17, 2021

IKAN KELI GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, aku cuti rehat lagi hari ini dan esok. Taska transit Aiyan cuti lagi sampai rabu ini, malas bawa Aiyan ke pejabat jadi aku ambil cuti je, lagipun kelas pdpr Aiyan akan bermula hari ini.

Aku ni antara peminat ikan, ikan keli goreng kegemaran tau cumanya aku tak pernah goreng sendiri. Alasan utama aku takut dia meletop terpercik 1 dapur hehehhe. Sabtu baru ni aku ke pasaraya Giant dengan maktek, dekat je dengan umah dalam 10 minit sampaila. Barang memang takde sangat dekat rak sayur dan lauk kosong. Tapi ada yang menarik perhatian, aku beli 4 ekor ikan keli dan sedikit udang. 

Terfikir nak goreng ikan keli dengan air fryer tak kan la dia meletup. Sampai rumah bersihkan rendam dengan air asam lepas lumur dengan garam dan serbuk kunyit pastu goreng dengan air fryer 160-180 selama 20 minit, aku terbalikkan sekali dan tambah 10 minit lagi bakar biar betul garing. Lawankan dengan masak lemak putih dan sambal belacan. Itu menu raya ke 3.


Sedia untuk digoreng

Garing dan nampak elok

Tambah sikit udang, memang lepas ni akan ulang lagi beli ikan keli... 

Friday, May 14, 2021

SELAMAT HARI RAYA 2021



 Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua kawan-kawan. Andai ada sepanjang perkenalan ada yang terguris, terasa dengan aku. Harap dimaafkan ya. Sambutan hari raya tahun ini jauh lebih suram dari tahun lepas, tahun lepas boleh juga berkunjung rumah jiran atau saudara dalam negeri tap tahun ini raya rumah sendiri je. 

Walau bagaimanapun, kene meriahkan juga rumah demi nak sambut raya. Masak hidangan raya mesti ada. Jom kita tengok gambar raya pertama kami.

Rendang daging menu wajib

Ayam masak kicap

Permintaan maktek sambal goreng

Jaga jarak kononnya

Kita bergambar solo

3 budak gemuk

Berterbangan baju aku

Si Aiyan bukan reti nak posing elok geram


Sambil tayang taman sekangkang kucing

Ayam masak merah, lodeh dan serunding kelapa maktek yang buat


Menu raya

Maktek dan family

Geram tengok budak yang tengah tu

Family di kampung Johor

Dengan atok dan nenek

Gambar depan rumah je

Gambar mentua di terengganu, ber empat je yang lain duduk daerah lain jadi tak dapat balik kampung

Tuesday, May 11, 2021

ABAH DAH MENDODOL SEMALAM

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku dah cuti rehat, kejap lagi pikir apa yang nak di kemas. Biar la cuma dapat raya rumah sendiri je lepas semalam ada pengumuman baru. 

Macam biasa setiap tahun abah mesti buat dodol, sekarang buat untuk sendiri atau bagi pada jiran dan sedara terdekat tak jual macam dulu-dulu. Dulu abah jual dodol sampai 20kg ke 30kg tapi sekarang dah tak sempat. Lagila sejak abah jadi ketua kampung, makin sibuk jadual harian. Semalam adik tunjuk gambar abaj dah siap mendodol, teringat sedap bau dodol tu panas-panas bila angkat naik ke rumah. Dapat lak makan yang suam-suam panas aduhhhh, bahagia.

Abah buat dibantu 3 pekerja dan paksu... ini dah siap tinggal masukkan dalam besen untuk simpan dalam rumah

Kebetulan ada kawan hantar biskut raya, dia hantar gambat ini


Bila abah dengar kata dia hantar biskut sebab aku yang pesan terus abah suruh dia tunggu dan bagi 1 bekas dodol

Masih panas lagi masa ni

Dodol abah memang jenis agak cair bukan keras, memang rezeki kawan tu

Monday, May 10, 2021

MENJELANG HARI RAYA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini hari terakhir aku kerja sebelum raya. Esok luas aku cuti rehat, malas nak BDR kang ada pulak pegawai yang kacau suruh datang kerja, suruh buat itu ini pulak. Nak buat persiapan raya kononnya, walaupun raya di rumah sendiri.

Macam tahun lepas, aku dan Maktek akan buat kuih raya sama-sama. Jenis yang mudah je lah, aku dengan Maktek bukan la pandai sangat buat biskut raya hehehhe. Hujung minggu baru ini kita buat siput dan esok nya cornflakes madu. Ingat malam ini kita nak buat cornflakes coklat, harapnya jadi lah.

Budak kecik yang macam-macam kerenah

Buat 2 kilo tepung


yang selamat di goreng... belum raya dan kene cukai

Sabtu malam ahad, dia punya gaya bergambar tu comel ke idok hehehhe

Cornflakes madu, ranggup manis