Tuesday, September 15, 2026

LAPOR DIRI DI PEJABAT BARU

 Assalamualaikum semua,

Tak tahu la kenapa blog aku ni, dah dari semalam tak nampak entri blog terbaru kawan-kawan. Macam kawan-kawan lama dah tak update tapi bila ke blog tu sebenarnya ada je entri terbaru. Mungkin aku punya kot yang tak betul. Oklah aku nak kongsi la pasal semalam yang aku lapor diri kt MINDEF tu. Dapat tangguh sampai 25/9 je oklah ada 2 minggu untuk kemas barang. Cuma itulah agak mencabar la nanti di tempat baru ini, awal kerja ni takde pas pekerja lagi kene la parking kat luar. Bayaran hd pun kene bayar sendiri dulu , pay n claim. Doakan la semua berjalan lancar buat aku ya kawan-kawan.


Seram nengoknya

Sebelum pukul 7 aku dah sampai sebab parking kat pelawat

beratur untuk ambil pas

menunggu orang lain sampai

pa jugak, dia dari JKR

Ke pejabat baru nak jumpa pengarah sini pula

Bakal bilik aku, kecik comel je ok lah kan dari takde bilik

Sunyi dan kosong je lorong dekat sini

Lepas lapor diri balik semula ke JUPEM

19 comments:

  1. Bukan blog Dana je bermasalah, memang masalah kita bersama. Kena terus ke blog kawan-kawan untuk entri terkini.

    Moga Allah kurniakan apa yang terbaik untuk Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak rupanya memang semua situasi sama ya... tq kak amin

      Delete
  2. tu lah, dah masuk seminggu dah macam ni tapi itu yang saya perasan lah. entah2 lagi lama sebenarnya masalah bloglist ni. not bad lah work station baru kak dana, lepas ni boleh hias sikit-sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab tengok macam hampir semua nampak tak update rupanya memang semua problem ya... tq Fana

      Delete
  3. Semua kena Dana. Hehe akak punya nampak sangat lama tidak kenaskini.
    Harap ok di tempat kerja baru.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...dapat penempatan lain yang dekat juga dengan tempat HD Dana...
    Selamat bertugas nanti ditempat baru...semoga yang baik-baik sahaja untuk Dana..Aamiin...

    ReplyDelete
  5. selamat bertugas di tempat baru Allah permudahkan urusannya

    ReplyDelete
  6. wahh tahniah tukar pejabat baru, naik pangkat naik gaji semua., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditukarkan dengan jawatan sama, takde naik apa-apa pun sama je

      Delete
  7. dah seronok2 dengan kawan JUPEM kenalah bermesra dengan kawan kat MINDEF pulak. Aishhhh tak suka tau kena tukar2 kawan gini...kalau ammi lah sebab ammi ni payah sikit nak mingle around

    ReplyDelete
  8. Selamat bertugas di tempat baharu.
    Think positif.

    ReplyDelete
  9. Semua bloglist dan reading list tengah bermasalah Kak Dana. Belum selesai lagi. huhuhu...
    Terpaksalah nanti menyesuaikan dengan suasana tempat kerja baru. Semoga Allah permudah segala urusan kak Dana. Aamiinn...

    ReplyDelete
  10. Selamat bertugas dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  11. Rasa mcm sama ngan BIL kita je ni.. btw selamat bertugas tempat baru :)

    ReplyDelete
  12. Moga dipermudahkan semuanya di office baru ya Dana

    ReplyDelete
  13. Semoga dieprmudahkan buat Dana di Office baru...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...