Assalamualaikum semua,
Tak tahu la kenapa blog aku ni, dah dari semalam tak nampak entri blog terbaru kawan-kawan. Macam kawan-kawan lama dah tak update tapi bila ke blog tu sebenarnya ada je entri terbaru. Mungkin aku punya kot yang tak betul. Oklah aku nak kongsi la pasal semalam yang aku lapor diri kt MINDEF tu. Dapat tangguh sampai 25/9 je oklah ada 2 minggu untuk kemas barang. Cuma itulah agak mencabar la nanti di tempat baru ini, awal kerja ni takde pas pekerja lagi kene la parking kat luar. Bayaran hd pun kene bayar sendiri dulu , pay n claim. Doakan la semua berjalan lancar buat aku ya kawan-kawan.
![]() |
| Seram nengoknya |
![]() |
| Sebelum pukul 7 aku dah sampai sebab parking kat pelawat |
![]() |
| beratur untuk ambil pas |
![]() |
| menunggu orang lain sampai |
![]() |
| pa jugak, dia dari JKR |
![]() |
| Ke pejabat baru nak jumpa pengarah sini pula |
![]() |
| Bakal bilik aku, kecik comel je ok lah kan dari takde bilik |
![]() |
| Sunyi dan kosong je lorong dekat sini |
![]() |
| Lepas lapor diri balik semula ke JUPEM |










Bukan blog Dana je bermasalah, memang masalah kita bersama. Kena terus ke blog kawan-kawan untuk entri terkini.
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan apa yang terbaik untuk Dana.
Itulah kak rupanya memang semua situasi sama ya... tq kak amin
Deletetu lah, dah masuk seminggu dah macam ni tapi itu yang saya perasan lah. entah2 lagi lama sebenarnya masalah bloglist ni. not bad lah work station baru kak dana, lepas ni boleh hias sikit-sikit hehe
ReplyDeleteItulah sebab tengok macam hampir semua nampak tak update rupanya memang semua problem ya... tq Fana
DeleteSemua kena Dana. Hehe akak punya nampak sangat lama tidak kenaskini.
ReplyDeleteHarap ok di tempat kerja baru.
Itulah rasanya semua situasi sama blog ni...
DeleteAlhamdulillah...dapat penempatan lain yang dekat juga dengan tempat HD Dana...
ReplyDeleteSelamat bertugas nanti ditempat baru...semoga yang baik-baik sahaja untuk Dana..Aamiin...
amin2 terima kasih....
Deleteselamat bertugas di tempat baru Allah permudahkan urusannya
ReplyDeleteamin, terima kasih kak
Deletewahh tahniah tukar pejabat baru, naik pangkat naik gaji semua., aminn
ReplyDeleteDitukarkan dengan jawatan sama, takde naik apa-apa pun sama je
Deletedah seronok2 dengan kawan JUPEM kenalah bermesra dengan kawan kat MINDEF pulak. Aishhhh tak suka tau kena tukar2 kawan gini...kalau ammi lah sebab ammi ni payah sikit nak mingle around
ReplyDeleteSelamat bertugas di tempat baharu.
ReplyDeleteThink positif.
Semua bloglist dan reading list tengah bermasalah Kak Dana. Belum selesai lagi. huhuhu...
ReplyDeleteTerpaksalah nanti menyesuaikan dengan suasana tempat kerja baru. Semoga Allah permudah segala urusan kak Dana. Aamiinn...
Selamat bertugas dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteRasa mcm sama ngan BIL kita je ni.. btw selamat bertugas tempat baru :)
ReplyDeleteMoga dipermudahkan semuanya di office baru ya Dana
ReplyDeleteSemoga dieprmudahkan buat Dana di Office baru...
ReplyDelete