Friday, February 13, 2026

RESEPI SUHUN GORENG KOBIS

 Assalamualaikum semua,

Sebelum ini aku pernah kongsi resepi suhun goreng yang ini versi lebih mudah. Boleh makan gitu je boleh jugak makan dengan nasi. Ini sesuai untuk orang yang nak diet juga. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 pek kecil suhun basah

3 biji telur

sedikit dada ayam 

3 ulas bawang putih, cincang

4 biji cili api cincang

Kobis, potong memanjang

sedikit kicap dan garam

Kucai

Cara Masak:

- Pukul telur dalam mangkuk dan goreng lepas tu ketepikan.

- Tumiskan bawang putih dan cili api dalam minyak sedikit hingga layu.

- Masukkan dada ayam dan kobis, kacau-kacau lepas tu tutupkan kuali biar kobis layu.

- Bila kobis dah layu, kacau-kacau masukkan suhun dan sedikit kicap. Kacau lagi

- Masukkan telur, kucai dan garam gaul hingga semua sebati. Boleh matikan api.










17 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsiannya. Dah lama tak masak 'kubis bertelur' ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Rinduu la resepi ada suun
    Lamaa x mkn
    Sedapppp nk lg ada telur

    ReplyDelete
  3. waahhhh sedapppppp mkn meratahhhh cmtu saja! eehehe

    ReplyDelete
  4. Nanti nak buaaaat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Saya suka mihun yg simple begini kak. Sedaaap ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

    ReplyDelete
  5. Cantik telurnya.
    Sedap pula tengok hasil kejadian suhun goreng kobis.

    ReplyDelete
  6. boleh la buat menu bekal nanti bila lepas bulan puasa...menarik dan sihat ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...