Friday, February 13, 2026

RESEPI SUHUN GORENG KOBIS

 Assalamualaikum semua,

Sebelum ini aku pernah kongsi resepi suhun goreng yang ini versi lebih mudah. Boleh makan gitu je boleh jugak makan dengan nasi. Ini sesuai untuk orang yang nak diet juga. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 pek kecil suhun basah

3 biji telur

sedikit dada ayam 

3 ulas bawang putih, cincang

4 biji cili api cincang

Kobis, potong memanjang

sedikit kicap dan garam

Kucai

Cara Masak:

- Pukul telur dalam mangkuk dan goreng lepas tu ketepikan.

- Tumiskan bawang putih dan cili api dalam minyak sedikit hingga layu.

- Masukkan dada ayam dan kobis, kacau-kacau lepas tu tutupkan kuali biar kobis layu.

- Bila kobis dah layu, kacau-kacau masukkan suhun dan sedikit kicap. Kacau lagi

- Masukkan telur, kucai dan garam gaul hingga semua sebati. Boleh matikan api.










4 comments:

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...