Tuesday, February 3, 2026

LIMAU MANDARIN PAPAGAN

 Assalamualaikum semua,

Dari minggu lepas pejabat aku dah dapat limau mandarin lokam tu, seorang dapat 1 kotak. Tapi jangan makan banyak-banyak sehari sebijik je udah. Lepas tu hari ahad aku kan beli bekalan buah di Pasar Buah Selayang, tanya-tanya dengan aunty yang jual buah mana sedap. Ada pelbagai jenis dari yang biasa yang kecil comel, yang besar dan berjus. Aku cuba 1 kotak ni katanya jenis papagan. Sekotak RM35 isinya 9 biji je tapi memang besar buah nya. Manis dan berjus. Minggu depan kita cuba yang lain pulak hehehehe.

Limau Mandarin Papagan (耙耙柑) atau dikenali sebagai Chunjian ialah sejenis limau premium yang sangat berair, manis, dan mudah dikopek, menjadikannya pilihan popular semasa musim perayaan. Ia terkenal dengan kulitnya yang lembut, sedikit kasar atau berkedut, serta saiz vesikel jus yang besar di dalamnya.
Ciri-ciri utama limau Papagan:
  • Rasa: Sangat manis dan berair, dengan sedikit rasa asid.
  • Kulit: Lembut, tebal, berkedut, dan sangat mudah dikupas.
  • Isi: Tidak mempunyai biji atau sangat sedikit.
  • Tekstur: Lembut dan tidak keras.
Limau ini sering dianggap sebagai simbol tuah dan kemakmuran, terutamanya kerana ia menandakan ketibaan musim bunga.




beza kan dengan limau yang biasa dapat belah kanan tu

camni isinya sedap manis

18 comments:

  1. dah start dah..buah limau raya cina ni kann...dapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari bulan lepas dah mula banyak orang jual kak

      Delete
  2. besar betul saiz dia.. menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  3. Beli lepas raya cina nanti dapat murah sikit.

    ReplyDelete
  4. musim limau mandarin dah tiba kuning gold yg juicy manis sedap tu

    ReplyDelete
  5. wahh x lama lagi raya cina maa., hehe

    ReplyDelete
  6. banyak dah jual kat pasaraya sejak bulan lepas.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...
    Dulu selalu beli berkotak-kotak setiap kali musim..sejak pindah takde dah, susah nak cari (nak cari kena keluar jauh sikit)..so makan jelah mana-mana kalau dapat...😄

    ReplyDelete
  8. Belum makan lagi limau Papagan ni. Suami beli yang kotak biasa tu Alhamdulillah manis.

    ReplyDelete
  9. teringin la...tapi x berani nak makan..akak kalau makan limau ni confirm akan batuk

    ReplyDelete
  10. Belum beli lagi limau ni. Minggu lepas anak buah keturunan Cina ada hantar buah ni ke rumah.

    ReplyDelete
  11. Aiiih segarnyaaa. Jadi teringin nak cari juga lah. 😍😍. Dah Deket CNY banyak lah yg jual

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...