Assalamualaikum semua,
Dari minggu lepas pejabat aku dah dapat limau mandarin lokam tu, seorang dapat 1 kotak. Tapi jangan makan banyak-banyak sehari sebijik je udah. Lepas tu hari ahad aku kan beli bekalan buah di Pasar Buah Selayang, tanya-tanya dengan aunty yang jual buah mana sedap. Ada pelbagai jenis dari yang biasa yang kecil comel, yang besar dan berjus. Aku cuba 1 kotak ni katanya jenis papagan. Sekotak RM35 isinya 9 biji je tapi memang besar buah nya. Manis dan berjus. Minggu depan kita cuba yang lain pulak hehehehe.
Limau Mandarin Papagan (耙耙柑) atau dikenali sebagai Chunjian ialah sejenis limau premium yang sangat berair, manis, dan mudah dikopek, menjadikannya pilihan popular semasa musim perayaan. Ia terkenal dengan kulitnya yang lembut, sedikit kasar atau berkedut, serta saiz vesikel jus yang besar di dalamnya.
Ciri-ciri utama limau Papagan:
- Rasa: Sangat manis dan berair, dengan sedikit rasa asid.
- Kulit: Lembut, tebal, berkedut, dan sangat mudah dikupas.
- Isi: Tidak mempunyai biji atau sangat sedikit.
- Tekstur: Lembut dan tidak keras.
Limau ini sering dianggap sebagai simbol tuah dan kemakmuran, terutamanya kerana ia menandakan ketibaan musim bunga.
![]() |
| beza kan dengan limau yang biasa dapat belah kanan tu |
![]() |
| camni isinya sedap manis |




dah start dah..buah limau raya cina ni kann...dapp
ReplyDeletedari bulan lepas dah mula banyak orang jual kak
Deletebesar betul saiz dia.. menarik untuk dicuba..
ReplyDeleterasa pun lain jugak juicy lain macam
DeleteBeli lepas raya cina nanti dapat murah sikit.
ReplyDeleteitu betul wak hehehe
Deletemusim limau mandarin dah tiba kuning gold yg juicy manis sedap tu
ReplyDeletebetul tu cuma jangan terlebih makan je
Deletewahh x lama lagi raya cina maa., hehe
ReplyDeleteya betul tu
Deletebanyak dah jual kat pasaraya sejak bulan lepas.
ReplyDeleteya betul tu
DeleteSedapnya...
ReplyDeleteDulu selalu beli berkotak-kotak setiap kali musim..sejak pindah takde dah, susah nak cari (nak cari kena keluar jauh sikit)..so makan jelah mana-mana kalau dapat...😄
kat pasaraya pun banyak jenis dah sekarang ni
DeleteBelum makan lagi limau Papagan ni. Suami beli yang kotak biasa tu Alhamdulillah manis.
ReplyDeleteteringin la...tapi x berani nak makan..akak kalau makan limau ni confirm akan batuk
ReplyDeleteBelum beli lagi limau ni. Minggu lepas anak buah keturunan Cina ada hantar buah ni ke rumah.
ReplyDeleteAiiih segarnyaaa. Jadi teringin nak cari juga lah. 😍😍. Dah Deket CNY banyak lah yg jual
ReplyDelete