Friday, January 16, 2026

RESEPI SIPUT SEDUT LEMAK CILI API

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita bulan lepas masa tu entahla dok melayan live dekat tiktok ternampak orang kongsi pasal barang basah. Terbeli lah barang basah siap siang pastu tengok ada siput sedut siap siang RM29 tak silap. Beli lah sipu sedut ni, pastu petang tu sampai terus la kita masak lemak cili api.

Bahan-bahan: 

900g siput sedut

2 batang serai ketuk

10 biji cili api kisar

2 inci kunyit, kisar

2  ulas bawang putih kisar

2 kotak kecil santan

garam

asam keping

air secukupnya

Cara masak:

- Masukkan bahan kisar dalam periuk tambah air 1 cawan, masakkan bumbu nya ni untuk 10 minit gitu

- Bila dah masak bumbunya tu, masukkan santan lepas tu masukkan siput sedut.

- Masak dengan api perlahan untuk 10-15 minit, akhir tambah asam keping 1 dan garam. Bila dah mendidih tu masak la. 

* Boleh je nak tambah kot daun kaduk ke batang keladi ke tapi memang takde jadi tak boh apa.









2 comments:

  1. Tudiaaa...berasap2 dari dalam kuali ha...sedapnya...lama x makan siput sedut...harga kat pasar boleh tahan gak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak menyabo nk ambil gambar hahahha... itulah skrg mahal dh sekilo rm16 ke rm18 aritu adik beli kt kampung

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...