Thursday, January 22, 2026

PHOTO DIARY # 03/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rasa santai je ke pejabat sebab boss aku cuti rehat hehehehe. Kalau tidak tak sempat aku letak beg dia dah panggil menghadap. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Dah habis dah kordial mulberi yang aku buat... mana la nak jumpa orang jual buah mulberi kat sini

Dah jemu bekal cucur kita tukar roti dengan mentega dan gula pulak

Aku takde sekodeng sesiapa pun... tapi itulah kene ketumbit pulak

Panaskan roti prata inti kentang yang emak bekalkan aritu... sedapnya

Semalam Edy cuti jadi dia la yang ambil Aiyan balik sekolah, suka lah dia dapat makan kat kedai mamak

Menu lunch mama nya semalam ubi rebus sambal hijau

nama dia claire matin rose

hari selasa lepas hd aku ke sekolah Aiyan untuk ambil duit bantuan, suka la dia dapat balik awal

Bukan cuma ubi kayu, manggis dan jagung tapi pulasan pun aku beli kat tiktok 

elok buahnya

biasanya pukul 8 pagi dia akan panggil dulu, kalau tak panggil dia akan duduk depan aku tanya pasal kerja

entah apa yang dia suka kat kasut lama atoknya tu... penuh bulu dah tu

11 comments:

  1. Waaa sedap ubi rebus dgn buah pulasan tu... Bos takde mana mana pekerja mmg happy hihihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ubi dan pulasan tu beli kt tiktok je hehehe... betul tu bila boss takde, kita la bos hahaha

      Delete
  2. Boss akak je best...masuk je kerja dia tutup pintu sampai tengahari..jarang dia panggil...kadang bosan plak bila dia x panggil kan...sedapnya pulasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya, boss baru dana ni mmg suka bukak pintu... kdg2 dia panggil je dana, kadang dia jenguk muka kt pintu panggil kita

      Delete
  3. Ubi rebus dengan sambal sedapnya Dana.

    ReplyDelete
  4. Sedapnua ubi rebus dengan sambal hijau.
    Bos tidak marah ke ambil gambar dia masuk blog? Hehe.

    ReplyDelete
  5. Happynya adik kan makan di kedai mamak..tak apa bagi lah peluang manan kan ..kucing bersinar2 matanya tau..

    ReplyDelete
  6. lama tak ke sini..semoga tak ada masalah.aamiin..

    ReplyDelete
  7. Haaa...haaaa dulu-dulu kalau bab ketumbit ni mesti dikaitkan dengan skodeng skodeng orang kan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...