Friday, November 15, 2024

RESEPI ROTI JOHN

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi tadi sibuk betul sampai tak sempat nak buat entri, jenguk rumah kawan-kawan pun sekejap je. Menu ini selalunya paling mudah jumpa di bulan puasa, bulan biasa ada tapi tak berapa popular. Kisahnya 2 minggu lepas ada orang jual roti john aku pun beli la sebab teringin lama dah tak makan. Sekali masa makan tu, aku tercari-cari mana dagingnya sebab rasa sos je. Bila belek rupanya dia tulis roti john original, yang ada cuma roti telur dan sos je. Terus rasa macam tertipu walau hakikatnya aku yang tak baca betul-betul. Sudahnya selang 2 hari lepas tu aku pun buat roti john dan jual di kedai. Aku buat ikut cara aku biasa masak. Jom tengok resepinya ya, kot ada yang nak cuba buat kan.

Bahan-bahan:

1 pek daging kisar Ramly

4 ulas bawang putih, cincang

1/2 biji bawang holland, potong dadu

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu besar serbuk kari daging

1 pokok salad

1 pokok daun sup

5 -6 biji telur

Roti panjang

sos cili

mayonis

Garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga layu. Bila dah layu masukkan daging kisar hancurkan hingga sekata. 

- Masukkan serbuk kari, gaul lagi tutupkan kuali dengan penutup biarkan daging masak sekata.

- Bila nampak daging dah masak tambahkan sedikit garam tutup api sejukkan.

- Dalam 1 mangkuk masukkan telur, daging kisar, daun sup dan sedikit garam kacau hingga semua tercampur.

- Goreng 1 senduk campuran telur, lepas tu letak roti di atasnya. Api sedang kecil je biar telur masak. Bila dah masak terbalikkan roti tu.

- Picitkan sos cili dan mayonis, tabur salad dan tutupkan. Jadilah roti john rumahan.







kalau nak campur bawang mentah pun ok ikut pada kesukaan masing-masing


biar ada daging juga tau

letak roti gini

gini rupa nya ya 


terpulang nak letak sos apa ya, boleh je

nampak seksi tak?





1 bekas aku jual RM5

1 comment:

  1. syok tu buat roti john..buat sdiri bole tk isinya byk....dpt plak buat jualan tu ok la tu...mantop

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...