Friday, November 22, 2024

RESEPI KEK PISANG MUDAH

 Assalamualaikum semua,

Ini resepi pasti jadi, sukatan cawan untuk kek pisang. Aku suka kek pisang gini yang simple je.Dua hari berturut buat dan habis. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan pisang berangan lenyek

3/4 cawan gula

3 biji telur

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

sedikit garam

1 cawan minyak masak

sedikit esen vanilla

1 sudu besar serbuk koko ( pilihan)

Cara Masak:

- Dalam pengisar masukkan telur, gula, minyak dan esen vanilla. Kisar hingga semua sebati

- Masukkan dalam mangkuk besar lepas tu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga semua rata.

- Masukkan serbuk koko dan pisang lenyek. Kaup balik hingga semua sebati

- Lengserkan minyak di loyang dan masukkan adunan kek. 

- Panaskan dulu oven dan bakar suhu 200 untuk 40 ke 50 minit bergantung pada oven masing-masing. Siap












makan masa masih panas sedap nya


5 comments:

  1. nak rajin buat kek pisang macam Dana!
    Dulu waktu anak-anak kecil, rajin buat. Sekarang kalau buat kek pisang, kena cari tukang makanlah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan Kak Amie. Nak buat kek, kena tunggu anak2 soleh solehah balik. Mak pun kurang makan manis2. Bila2 ada tetamu dan acara, baru la buat. Sedapnya kek Dana.

      Delete
  2. dapnya..makan panas2 lagi layan kan

    ReplyDelete
  3. menarik ni.. boleh cuba buat nanti :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...