Monday, November 11, 2024

AL.BAIK.COM MALAYSIA SGT MENGECEWAKAN

 Assalamualaikum semua,

Al baik ini tak sama yang macam al baik saudi tu tau. Cerita minggu lepas Aiyan sibuk kata nak makan AL baik, tak tau kat mana dia nampak atau dengar boleh dia nak makan kat situ. Tapi sebab kedai al baik tu susah nak parking jadi hari Sabtu petang lepas Edy balik kerja dia pun bungkuskan la ayam di Al baik tu. Edy kata dia ambil set ayam 4 ketul, 2 fries, 2 tin air RM40.00. Mahal pulak rasanya.

Bila buka ayam tu tengok macam tak menyelerakan rupanya, bila rasa. Emmmmm... jauh lagi nak sama dengan ayam McD, KFC, MB atau fast food lain sebab memang tak sedap. Rasanya lebih sedap kalau kita goreng ayam sendiri dengan tepung bestari atau tepung spicy Bon chef. Sayangnya ayam dia macam dah diperhangatkan sebab keras. Tapi Aiyan kata sedap, yelah dia sedap je semua. Bagi aku memang kecewa, memang tak akan cuba lagi. Cukup la rasa sekali.


even ayam goreng Uncle Jack pun lebih sedap tau

fries dia je ok sebab besar




isi ayam nya keras macam dah perangat beberapa kali

13 comments:

  1. Replies
    1. itulah pasal, tgk masa awal-awal orang share di tiktok nampak ayam elok bila beli sendiri... haru

      Delete
  2. mmg tk sama yg dkt saudi tu..ada baca org share sbb rmi ingt sama...ayam tu mcm ayam lama je gelap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dia punya gambar pun lain nama je sama... ye ayam tu mmg lain rasa dh diperangatkan.

      Delete
  3. ini confirm crumbs kat luar tu pun tak crispy lagi dah

    ReplyDelete
  4. Baru tau kewujudan Al Baik ni - restoran fast food rupanya.
    Kalau 1st time beli dah rasa tak sedap, memang tak akan beli lagilah.

    ReplyDelete
  5. Sayangnya!
    Dana, kami pernah beberapa kali makan di al-Baik di Kota Kinabalu. Sedap jew rasanya, termasuk ayam goreng malah lebih sedap berbanding Al Baik di Madinah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, ikut pada outlet juga kak... tgk masa awal2 bukak tu nampak ayam nya moist elok tapi lama-lama jadi rupa gini lak

      Delete
  6. Belum try Al Baik di Malaysia, banyak ke cawangan nya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak banyak tempat lagi kak...

      Delete
    2. Ini the same al-baik yg ada kat saudi tu ke? Sbb tgok logonya mcm tk sama. Tapi tgok gambar ayam tu mmng nampak mcm dh di re-heat banyak kali. Tak fresh

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...