Assalamualaikum semua,
Ini resepi antara yang paling mudah ringkas tapi sedap. Antara lauk kegamaran kita ya. Jom tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam,goreng dengan bawang putih, halia dan kunyit
1/2 kotak kecil santan
2 batang serai
3 sekawan
2 biji bawang merah besar, hiris
5 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Kicap secukupnya
1 keping asam keping
Cara masak:
- Tumiskan 3 sekawan dan serai hingga naik bau, masukkan bawang putih, merah dan halia. Masak hingga layu.
- Masukkan serbuk lada hitam dan asam keping, masukkan kicap.
- Masukkan ayam goreng dan santan, gaul semua biar sebati, biarkan untuk 5 ke 10 minit supaya masak. Boleh masukkan garam kalau mahu.
tk pernh lg masak menu ayam kicap ltk santan...menarik juga
ReplyDelete