Friday, August 9, 2024

RESEPI SAMBAL PETAI BELALANG

 Assalamualaikum semua,

Memang jarang sangat aku buat entri hari Jumaat kan, ini akhirnya ada jugak resepi yang boleh di kongsikan. Tapi tak tau la kawan-kawan pernah tak makan tau masak petai belalang ni. Kisahnya Edy beritahu dia nak suruh masakkan sambal petai, ingatkan petai biasa sekali dia bawak balik petai ini 1 bekas besar. Hahahah jadi kita masak jelah walaupun tak pernah masak petai ni.

Bahan-bahan:

1 bekas petai belalang

5 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang besar, kisar

1 biji bawang besar, hiris

1 pek sedang cili boh

segenggam ikan bilis, kisar

segenggam ikan bilis, goreng garing

2 ketul kecil gula melaka

Asam keping dan garam

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar dengan daun pandan, dan masukkan cili boh. Masak hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak, masukkan gula melaka dan asam keping. Masak hingga gula hancur.

- Masukkan petai belalang, gaul-gaul kejap perasakan dengan garam.

- Akhir sekali masukkan bilis goreng, Siap


saiz dia sebesar kuaci biji labu je

ini rupa petai belalang kot ada yang tak kenal








rasa petai ada sikittttt je, bau pun tak kuat sangat

25 comments:

  1. petai belalang ni x kuat bau kan..akak masa kecik2 makan mcm tu je buat kacang..hihihi..lepas tu x pernah makan dah..petai biasa tu pun x makan...masukkan dalam makanan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ada bau n rasa sikit, tapi jarang nampak orang masak petai ni kan

      Delete
  2. Saya tak pernah mkn petai belalang. Tp tau petai ni. Kata org, ada khasiatnya drpd daun n buahnya. Pernah jgk tengok jiran-jiran warga Indon ambil petai ni.. banyak tumbuh meliar pokok petai belalang ni kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petai ni masa kecik selalu makan jadi macam jajan tpi bila dah besar ni malas lak nk makan. Tapi sesekali layan jugak macam kacang, ye memang kat Selangor KL merata tumbuh tepi jalan. Orang Indonesia dan Thailand suka buat ulam dengan petai ni

      Delete
  3. sedapnya Dana, kadang-kadang rasa nak berhenti je tepi-tepi jalan capai petai belalang hehe, buat kerabu dengan kelapa parut pun sedap macam sambal nyok tu.. lama tak makan tak ada orang jual laa pulak kan :)

    ReplyDelete
  4. Banyak petai belalangnya.
    Teringat kecik-kecik dulu petai belalang jiran tak sempat besar, kami budak-budak selalu panjat makan atas pokok!

    ReplyDelete
  5. Ada banyak pokok petai belalang tumbuh liar kat keliling rumah Perlis ni. Tapi akak tak pernah makan, suami je yang pernah makan masa zaman budak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah kak makan sedap jugak heheheh... yelah zaman kecik dulu itulah jajannya

      Delete
  6. Replies
    1. dekat sini banyak wak tepi-tepi jalan tapi orang tak ambil pun

      Delete
  7. comel je petai belalang ni... kat sini byk tumbuh tepi2 jln tp jrg sgt org yg nak ambiknye... huhuhu

    ReplyDelete
  8. jarang jumpa petai belalang ni skg kan? petai yg selalu jumpa jenis isi tebal tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belah sini banyak betul petai belalang ni... cuma itulah nak ambil tu la payah sikit

      Delete
  9. besar juga petai belalang kena rajin leraikan nk buat sambal dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ambil senang je kak, tarik je terus dia ikut semua bukan macam petai biasa

      Delete
  10. oh petai belalang namanya kacang ni. pernah tgk, rupa lebih kepada kuaci kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ni la petai belalang kak, tak tau belah tempat akak ada ke tidak atau nama lain kan

      Delete
  11. Haha tidak tahu pula ada petai belalang.

    ReplyDelete
  12. mula mula ingat kan masak sambal petai campur belalang hihii... Ok rupanya petai tu nama belalang.. Belum pernah makan lagi petai ni...

    ReplyDelete
  13. Sedapp .. dulu dulu zaman kecik teringat laa suka sangat makan petai belalang ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...