Monday, August 26, 2024

MAIN TARIK TALI

 Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu ni memang banyak entri aku pasal sukan je, selagi SUKAB tak habis selagi itu lah entri pasal sukan ini akan muncul. Bahagian kami tak ramai orang dan selalu tak ada kat pejabat tapi mereka nak turut serta juga. Demi semangat setia kawan, datangla juga di pagi sabtu demi nak menyokong mereka main tarik tali. Sibuk jadi tukang jerit dan sorak. Pukul 8 dah mula daftar, 8.30 lawan. Kami kene lawan 5 kumpulan semuanya. 3 menang 2 kalah dan kami dapat tempat ketiga. Kira ok sangat la tu.

dengar taklimat dulu

isi borang dulu

permainan pertama, 1 kumpulan 8 orang je

datang lambat tolong jagakan anak kawan, bersih lagi belum berselut

borak gelak tawa

sampai ke tengah padang kami turun bagi sokongan

lepas 2 kali main tarik tali, makan dulu... penyokong makan dulu

pergi belikan coklat, mereka kata nak makanan yang bagi tenaga

semua 10 orang termasuk pemain simpanan


rehatkan lepas 2 permainan

main tepung

antara orang kuat bahagian belakang


faizah siap bawak dua anak dia lagi, sian takde orang jaga... demi nak menyokong kan

lepas habis permainan ketiga

bergambar dengan pihak lawan, kumpulan yang kuat ingat kami kalah tapi tekad kami lagi kuat

bukti main selut sekali, sampai ke tengah padang ambil gambar

geng perempuan yang jadi tukang sorak

permainan keempat, masa ni aku balik dah

anchor kami yang memang paling membantu

dahla malam tu hujan, memang becak la

9 comments:

  1. tarikkkkkk
    wahh bestt kan
    main tarik tali teringat sek2. dulu. wajib ada acara ni

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. tiba2 terbayang kelakarnya muka masing² yg tengah tarik tali tu.

    ReplyDelete
  3. Mesti meriah tu aktiviti sukan macam ni, patut semua agensi kerajaan kena ada hari sukannya.

    ReplyDelete
  4. tahniah menang juga sesekali kena bersukan..... seronok ja melegakan stres

    ReplyDelete
  5. Sukan ni memang akak suka tengok...suka jugak bagi sokongan dan jadi tukang riuh,.

    ReplyDelete
  6. nie kalau supporter pun boleh hilang suara dibuatnya sbb sama menjerit kannn

    ReplyDelete
  7. dulu masa kat office lama, bila acara tarik tali semua org takut kalau team tu ada boss ammi. confirm team tu menang.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...