Thursday, August 29, 2024

PHOTO DIARY #28/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari khamis, pagi ini biasa je semalam tak hujan jadi pagi yang biasa tanpa kelam kabut. Bila tak hujan kita rindu pulak hujan turun. Bila dah hujan kita minta panas pulak, sangat tak bersyukur.

perempuan kalau jumpa tudung yang berkenan memang terus beli tanpa fikir murah ke mahal

cantik pulak lampu kat pokok bunga ni bila dia menyala

pemandangan Bukit Antarabangsa dari jauh

gini lah peniaga, makan pulut yang kerak je sebab yang elok kita dah jual

Macam ada 3 gelang kan

Hari selasa ada kursus

Nampak ada asam kat tepi tu? sebab dah mengantuk

tak sangka tersama pulak baju kami, tema ungu

masa ni teringin kopi o ais  yang pekat macam arwah nyai buat... tapi tak cukup kaw lagi

tengah rajin berbunga orkid pinang ni

Ada kawan opis yang rajin masak spageti kita tolong makan je

Wednesday, August 28, 2024

Monday, August 26, 2024

MAIN TARIK TALI

 Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu ni memang banyak entri aku pasal sukan je, selagi SUKAB tak habis selagi itu lah entri pasal sukan ini akan muncul. Bahagian kami tak ramai orang dan selalu tak ada kat pejabat tapi mereka nak turut serta juga. Demi semangat setia kawan, datangla juga di pagi sabtu demi nak menyokong mereka main tarik tali. Sibuk jadi tukang jerit dan sorak. Pukul 8 dah mula daftar, 8.30 lawan. Kami kene lawan 5 kumpulan semuanya. 3 menang 2 kalah dan kami dapat tempat ketiga. Kira ok sangat la tu.

dengar taklimat dulu

isi borang dulu

permainan pertama, 1 kumpulan 8 orang je

datang lambat tolong jagakan anak kawan, bersih lagi belum berselut

borak gelak tawa

sampai ke tengah padang kami turun bagi sokongan

lepas 2 kali main tarik tali, makan dulu... penyokong makan dulu

pergi belikan coklat, mereka kata nak makanan yang bagi tenaga

semua 10 orang termasuk pemain simpanan


rehatkan lepas 2 permainan

main tepung

antara orang kuat bahagian belakang


faizah siap bawak dua anak dia lagi, sian takde orang jaga... demi nak menyokong kan

lepas habis permainan ketiga

bergambar dengan pihak lawan, kumpulan yang kuat ingat kami kalah tapi tekad kami lagi kuat

bukti main selut sekali, sampai ke tengah padang ambil gambar

geng perempuan yang jadi tukang sorak

permainan keempat, masa ni aku balik dah

anchor kami yang memang paling membantu

dahla malam tu hujan, memang becak la

Friday, August 23, 2024

MAIN PETANQUE

 Assalamualaikum semua,

Maafla semalam senyap tanpa entri, hari ini pulak takde entri resepi. Sekarang makin jarang masak, selalu sabtu atau ahad je yang masaknya. Kali ini nak cerita pasal aku main sukan jelah ya, selain congkak aku main juga petanque ni. Tahun ini pertama kali main petanque ni tak berlatih tak apa pakai baling je. Lawan 3 kumpulan , sekali menang 2 kali kalah hahahha. Takpelah kami main seronok-seronok je, tapi kira oklah bila dah main tu baru tahu macamne peraturan dan ok juga rupanya permainan ini. 

Boleh baca mengenai undang-undang dan cara main di entri ini, kredit untuk tuan punya blog ya, Aidayahya. 

Ini permainan kelmarin, kami 12 pihak lawan 13 kalah 1 mata je


main dalam hujan masa ni



gambar sebelum berlawan, muka gembira je kan


permainan minggu lepas, masa ni kami menang 13-2


masa ni panas berpayung juga
perlawanan pertama kami, kalah 9-11


ini permainan pertama kami 2 minggu lepas

pemain 3 orang je 1 kumpulan

Wednesday, August 21, 2024

WW KUIH DANGAI KUKUS

 Assalamualaikum semua,

Dah 2-3 kali beli.. sedap


gula merahnya banyak sedap