Friday, April 19, 2024

RESEPI CORNFLAKES MADU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan menu raya, antara biskut raya paling mudah buat dan sedap. Setiap tahun aku mesti buat, tahun ini tak sempat buat kt rumah sini kita buat kat kampung jelah. Buat tak banyak buat ada-ada je. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

2 kotak sedang cornflakes

1 botol sedang madu

3 sudu besar bijan putih

150gm mentega

cup kecil

Cara masak:

- Masak dalam kuali mentega dan madu, masak hingga keluar buih dan madu pekat.

- Masukkan bijan, dan curah cornflakes gaul-gaul hingga semua madu merata.

- Matikan api dan letak dalam talam. Masukkan dalam cup, bakar dalam oven untuk 5-7minit suhu 180. Dah sejuk simpan dalam bekas, siap.

* aku suka bakar dulu kejap supaya hasilnya akan ranggup je tak jadi lembik.






16 comments:

  1. Tahun ni kak SA ngan Dania x buat..hahahah...semua malas..beli kerepek2 je

    ReplyDelete
  2. letak bijan yer? baru tau ni.. MA sebelum2 ni letak nestum skt..but this year Iris yg buat, dia x letak pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah letak bijan sblm ni dana letak kismis yg halus2

      Delete
  3. linda pulak selalu letak sprinkles tu, tapi tahun nie tak jumpa..kosong je lah cornfalkes kita...kang lepas2 gaji nak repeat lah buat lagi...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu letak apa2 je bt tambah2 warna hehehe tp nk mudah boh bijan je

      Delete
  4. kami tahun ni tak buat langsung kuih raya..tak ada feel nak buat kuih raya sorang2 anak dh duduk asrama ni

    ReplyDelete
  5. hari last puasa haritu Ana dah beli bahan tp tak sempat buat.
    tunggulah mood rajin dtg,nti buat lps raya ni hehehe

    ReplyDelete
  6. Tambah bijan tu buat lagi sedap.. Owh.. kena bakar sekejap ye supaya dia rangup.. Menarik dan mudah..

    ReplyDelete
  7. Kak Dana. Saya tahun ni memang tak sempat nak buat cornflakes madu... Biasanya mmg buat jugak

    ReplyDelete
  8. terasa nak buat la skrg boleh tak.. aritu tak sempat

    ReplyDelete
  9. Resepi cornflakes madu ni mudah jer nak buat . Bahan-bahan pun tak banyak

    ReplyDelete
  10. Memang mudah sangat ni. Sedap pun sedap. Dulu rajin buat, sekarang malas. hihi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...