Monday, April 22, 2024

MAIN CONGKAK

 Assalamualaikum semua,

Hari rabu lepas kan pagi tu hujan lebat, lebat siap berangin lagi. Disebabkan hujan yang lama tu taska banjir teruk. Jadi pagi tu taska tutup sebab cikgu perlu bersihkan taska, buang air semua. Masa aku ambil Aiyan pukul 1 tu taska masih tutup lagi jadi aku bawak jelah dia duduk dekat bilik aku. Suruh dia mandi dulu lepas tu bawak ke bilik suruh duduk diam-diam. 

Papanya pulak lupa bawakkan tablet, awal tu suruh dia baca surat khabar. Lama-lama dia bosan, aku cakap jom main congkak. Dia tak pernah pun main congkak tu jadi kene ajar lah kan. Walaupun lambat dia gerak tu tapi dia seronok. Mamanya sampai tak boleh buat kerja dek melayan dia main congkak. Mujur kerja dah siap itu melayan la dia main congkak sampai pukul 4 jugak.


acik-acik datang bagi dia duit raya


dia teruja masa mula main congkak ni



sambil tunggu giliran dia, dia bedal biskut mentega

sebelum balik bergamba kejap...

9 comments:

  1. Sempoilah.. Nanti nak lawan dengan Aiyan.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aiyan dan Mama nya.. Banyak la duit raya Aiyan dapat kalau ikut mama ke opis ni.. Hehe.. Mama pun dah boring nunggu giliran congkak tu.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mamanya pandai main congkak :D

    ReplyDelete
  4. Best kan sambil main boleh makan biskut mentega tu

    ReplyDelete
  5. jom kita buat pertandingan congkak..hehee. Memang best main congkak ni, baru teringat akak pun ada congkak kayu tapi entah manalah anak bujang letak masak mengemas. Harap tidak dibuangnya..hehe

    ReplyDelete
  6. Aayyan nanti main congkak dengan Daus ye.

    ReplyDelete
  7. Ada geng lah mama kat office. Taklah mama bosan kan.

    ReplyDelete
  8. Dah nampak bujang si Aiyan
    macam dah ada misai

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...