Thursday, April 4, 2024

PHOTO DIARY #13/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rasa lemau betullah, entah kenapa pun tak tau nya. Mengantuk sangat nak tidur tapi payah nak lelap kat pejabat ni. Jom kita layan cerita bergambar jom.

hari jumaat kadang lelap baring kejap kat atas sofa ni

menu jumaat lepas puding jagung


hari sabtu gagahkan diri pi cabut rumput sikit

buat kuih siput, tapi itulah masih ada separuh yang belum di gentel

kudapan kegemaran Aiyan masa berbuka

hari selasa punya kuih agar-agar santan

menu semalam onde-onde


lauk berbuka semalam, ikan siakap 3 rasa

berbuka dengan pizza 

bawak daun pandan 2 pokok untuk masak agak-agar dan onde-onde

20 comments:

  1. sedap tgk onde2 tu...puding jagung fav

    ReplyDelete
  2. Akak suka puding jagung, kalau nak tau arwah MP ada mintak nak makan puding jagung tapi kami x dapat cari dapat puding lain je..truffle kalau x salah..sudahnya arwah maka 2-3 suap je truffle tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti rasa ralat kan kak kalau nampak puding roti

      Delete
  3. ya Allah, seronoknye .. daun pandan tu kalau diletak di dapur.. sampai kecut.. wangi yang amat sedapur.. xperlu perfume lain dah... lipas pun takut nak membiak.. ldy suka baunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi daun pandan rumah akak ni tak bau sangat wangi nya... warna pun kurang pekat jugak ni

      Delete
  4. Cantik rupa puding jagung.
    Banyak betul.onde-onde Dana buat.

    ReplyDelete
  5. Mungkin banyak fikir tu, kadang payah nak lelap. Padahal ngantok. Sedapnya puding jagung. Rajin betul buat kuih macam-macam. Untung juga ada tanam daun pandan. Tak payah beli dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwn opis la ajak bt kuih pastu bg kt kwn2 opis lain... kita on je seronok juga

      Delete
  6. Tadi pergi rumah MamaCella, dihidangnya macam-macam hasil masakan. Ni kat rumah Dana pun, masyaAllah macam-macam ada. Kagum tengok kerajinan kawan-kawan. Entah bila laa akak nak jangkit jadi rajin 😄

    Daun pandan dari pokok rumah Dana ya tu? Banyaknya 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru mula tahun ni kami msk kuih tu, itu pun yg mudah2 je kak... aah daun pandan tepi rumah tu kak, pokoknya dah merimbun itu cantas banyak sikit

      Delete
  7. Baru perasan, bulan puasa tahun baru 2 kali makan onde2 buah Melaka. Nak buat malas :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. itu je yang larat nk buat kak tahun ni cornflake madu pun takde

      Delete
  9. baru berkesempatan nak BW.. banyak kena baca ni
    seronok nya buat kuih ngan kawan2 opis..

    ReplyDelete
  10. badan di pejabat
    fikirannya dah kat kampung
    Semoga dipermudah perjalanan

    ReplyDelete
  11. Mujurlah tengok lepas Ramadan.. Kalau tak jenuh nak cari kuih muih ini.. kiki.. Puding jagung tu cantik dan mengancam..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...