Wednesday, April 17, 2024

KISAH 2 SYAWAL

 Assalamualaikum semua,

Kisah hari raya ke 2, kami tak keluar beraya sebab ada makcik yang dah call kata nak datang beraya kat rumah. Jadinya dari pagi kami dah ke dapur sediakan makanan apa yang patut. Lepas tu sampai ke petang kami kene serbu saudara mara. Malam je lepas maghrib kami keluar beraya rumah bekas kerani sekolah masa aku sekolah rendah. Dia memang baik dengan mak dan abah dan memang kenal kami semua 5 beradik. Memang sampai ke malam kepenatan jugak lah kami ni, sebab esok pagi kami 3 beranak nak balik Terengganu pulak.

mak kata masak ayam kicap

sambal paru

tumis mee kerinting

sup tulang

hidang gini je 

ini geng yang bagitau nak datang, kakak abah

bersila kat bawah pun ok jugak 

ini kumpulan kedua, kumpulan lain tak dan nak ambil gambar dek sibuk kat dapur


masa ni tetamu dah takde baru aku layan nasi ayam kicap dengan tumis mee kerinting emak... tak boleh tolak ayam kicap emak

sibuk tolong jagakan budak kecik ini jugak

tolong isikan duit raya untuk abah, entah kali keberapa dok isi duit kat sampul

petang ada serawa durian pulak

kami pulak beraya




makcik yang sebelah Aiyan tu lah Cik Ramlah, bekas kerani sekolah rendah kami.... dari masa aku sampai adik bongsu semua kenal dia, baik sangat orangnya



balik tu sempat bergambar kejap

ini gambar ikut umur hehehe , apsal lah adik no 4 dengan 5 tu tinggi yang awal-awal tu rendah je heheeh

17 comments:

  1. sedap nya tgk menu tu dikala tgh puasa ni hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sambal paru dengan serawa durian tu, sedapnya

    ReplyDelete
  3. Tak menang tangan kalau ramai-ramai datang tak putus putus. Masakan mak-mak kita memang tak tolak lah kan. Sedap tak boleh lawan. Adik adik lebih tinggi pulak ye. Tapi itu biasa...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya, tp mmg gini lah rutin raya kt rumah mak abah akak

      Delete
  4. Tertarik dengan sambal paru dan serawa durian.

    ReplyDelete
  5. sedap plak tengok sambal paru tu...sup tulang..aduiii....dapnyaaa

    ReplyDelete
  6. Meriah sungguh bila saudara-mara datang ke rumah. Menunya pun sedap2 belaka. Akak raya ni tak puas beraya sebab en. Hb kena keje raya ke3.

    ReplyDelete
  7. Sambal paru & sup tulang bungkus satu!

    ReplyDelete
  8. Mengancam serawa duriannya.. Mee kering tu pun menarik..

    ReplyDelete
  9. meriahnya... ala.. sambal paru tu menggoda.. teringat kami tersalah beli hati lembu, padahal nk beli paru sbb nk buat sambal paru.. seronok kumpul2, makan2, bergambar bagai..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...