Friday, October 13, 2023

RESEPI PERIA TUMIS TELUR

 Assalamualaikum semua,

Ini resepi sayur kegemaran dan resepi paling mudah. Untuk peminat peria wajib cuma masak cara gini, sudah semestinya sedap. Jom tengok resepinya jom.

Bahan-bahan:

3 biji peria katak, buang biji dan potong nipis (boleh jugak guna peria biasa)

2 biji telur

1 biji bawang merah besar, hiris nipis

3 ulas bawang putih, hiris nipis

5-6 biji cili padi, hiris bulat

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili hingga layu.

- Masukkan peria gaul-gaul tutupkan dengan penutup kuali, masak hingga sayur layu sikit.

- Masukkan telur, gaul-gaul hingga rata semua, tambahkan garam.Siap











24 comments:

  1. ibu MA pun suka masak peria & telur hancur mcm ni.. plus udang kecik2 sikit
    but still MA x suka pahit peria tu..skt2 boleh la

    ReplyDelete
  2. memang kesukaan..ammi ni setiap sayur kalau goreng pecah telur mesti suka. bendi, sawi, kacang panjang, buncis, kacang botor, apa-apa jelah.. heronya kalau telur confirm laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah betul sama lah ammi cuma sawi ngn kacang botor tak pernah lagi dana try goreng ngn telur hehehe

      Delete
  3. Sedapnyaaa. Mak saya pun kalau tumis peria mesti letak telur. Tapi jenis tumis pedas.sedap sangat.

    ReplyDelete
  4. sy x mkn peria sbb pahit. cuma isteri yg mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni cikgu, ingat Aiyan je tak makan peria yang pahit ni hehehehe

      Delete
  5. Simple Dan menyelerakan 🩷✌️

    ReplyDelete
  6. CH suka peria masak lemak cili api dengan udang.. terasa manis udang. Masak yg dana buat ni suka makan dgn nasi kandar.. 😁😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lemak dengan udang tu pernah buat tapi Edy kata pahit jadi tak pernah masak gitu hhhehhehe

      Delete
  7. Memang suka lauk ini cuma tiada letak bawang besar.

    ReplyDelete
  8. lauk simple dan sedap...

    ReplyDelete
  9. sedap ni bila dimakan dengan nasi panas...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya peria tumis telur. Sayur kegemaran kami ni, walaupun pahit tapi orang kata yang pahit itulah ubat.

    ReplyDelete
  11. dulu tak makan, tp sejak duk dengan mentua kami dh start mkn peria wpun pahit. hehe.. sedap tu peria tumis telur Dana..

    ReplyDelete
  12. Pergh!! Suka periamasak tumis macam ini.. memang layanlah..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:

    Bacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)

    mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis

    Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba


    Jangan biarkan keadaan semakin serius!

    Kami ada teh herba khusus yang:

    Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.

    Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.

    Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.

    Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.

    Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.


    Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
    Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.

    Hubungi/WhatsApp:
    Mohd Zuhairi Bin Noordin
    017-468 7570

    Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...