Assalamualaikum semua,
Hari jumaat petang lepas Edy balik kerja kami balik ke kampung. Petang tu kan hujan jadi jalan memang la jem dari Kuala Lumpur menghala ke Seremban tu baru ok. Kami balik berenam, keluarga maktek pun tumpang kereta kami. Mudah sekali jalan je. Maaf la ye minggu lepas culas buat entri hehehhe. Berhenti rehat di R& R Ayer Keroh masa tu dah lapar makan sampai rumah kat kampung pukul 12.00 tengah malam. Mak takde tau sebab dia tidur rumah makcik yang nak buat kenduri tu. Adik-adik pun semua dah tidur sebab mereka penat rewang petang tu. Abah jelah yang tak tidur tunggu kami sampai sebab nak bukak kan pintu.
Esok pagi nya pukul 10.00 adik 3 orang tu dah pergi rewang, kami lepas zuhur baru gerak sebab abah ada kenduri lain kat kampung. Kat Johor abah kata dah setengah bulan tak hujan, dia punya bahang panas tu memang tak tahan. Membahang sangat berdebu sebab dah lama tak hujan. Tapi seronok dapat jumpa saudar mara sepupu sepapat semua.
masa ni selfie jap sambil tunggu abah balik dari masjid |
ringkas tapi sedap, pejeri nanas wajib ambil lebih |
paksu sibuk rewang tapi sempat menghabiskan makanan atas meja kami |
Kipas siling ni rendah seram je kene kepala paksu hahahh |
yang duduk kat depan ni semua sepupu sepapat kami |
yang kat tengah tu lah mak pak pengantin |
sebelum balik masa ni tetamu pun dah tak ramai baru dapat bergambar dengan pengantin |
nak ambil gambar atok dengan Ecah je tapi ternampak emak ngn makcik yg sibuk membawang |
bestnya kumpul kumpul kat kenduri
ReplyDeletekira reunion selain hari raya
DeleteSuka kenduri rewang- rewang macam ni...seronok..sebab tu la Pak Zain x bagi SA buat kenduri kat dewan
ReplyDeletekat dewan selalunya katering kan, memang seronok mudah keje tapi tak dpt rewang lain suasana
Deletebalik kampung mkn kenduri bestnya aiyan
ReplyDeletedia tak makan kak, tapi balik tu kelaparan
DeleteTahniah buat mempelai
ReplyDeleteCuaca panas plus jerebu kat JDT ni sekarang
ya betul tu wak, kt KL ni hari2 hujan kt kampung panas sungguh
DeleteTahniah buat pengantin. Moga berbahagia hendaknya.
ReplyDeleteterima kasih
DeleteLama lepak kenduri kahwin saudara. Seronok.
ReplyDeleteaah kak dari lepak kt bawah kemah pastu dalam rumah lak
DeleteSyoknya makan kenduri..Antara aktiviti yang saya suka ni
ReplyDeleteheeheheh itulah kak dana pun suka
Delete