Friday, October 20, 2023

RESEPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

 Assalamualaikum semua,

Sabtu lepas kebetulan semua lauk habis kat dapur, telur pun takde. Yang ada ikan bilis Edy pulak kerja hari tu jadi fikir-fikir masak la sambal kentang ikan bilis. Sedap juga tau menambah nasi jugak. Jom tengok resepi nya.

Bahan-bahan:

5-6 biji kentang - potong nipis dan goreng

1 biji bawang merah potong nipis

2 biji bawang merah besar- kisar

5-6 ulas bawang putih, kisar

1 mangkuk besar ikan bilis goreng

2 ketul kecil gula melaka

1 keping asam keping

Garam

2 senduk cili boh

sejemput udang kering, kisar

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar masukkan cili boh, tumiskan hingga pecah minyak. Aku tumis lama lebih 30 minit dengan api sedang biar betul-betul masak cili dan bawangnnya.

- Masukkan asam keping dan gula melaka, tambah air 1 cawan.

- Bila gula melaka dan cair boleh masukkan kentang goreng. Masukkan bawang hiris. Gaulkan hingga sebati.

- Masakkan untuk 10 ke 15 minit hingga sambal kering. Perasakan dengan garam akhir sekali masukkan bilis goreng.

- Matikan api, siap








14 comments:

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...