Tuesday, October 24, 2023

KISAH MUSIM HUJAN DAN KEBUN

 Assalamualaikum semua,

Dekat kebun tepi rumah ni sejak musim hujan memang nampak subur tanaman, paling subur semestinya pokok kesum dan rumput rampai. Balik kerja cabutla rumput tepi tangga naik tu kan lepas tu dah malas dah. Nak mencangkung atau membongkok tu yang malas tapi geram tengok rumput yang subur membiak. Tak payah boh baja dia punya segar tu buat sakit hati. 

sebab geram dengan kesuburan dia itu masak asam pedas

orkid pinang pun tengah merajuk tak berbunga

rumput tepi longkang tu lahai subur sungguh kan

18 comments:

  1. klu saya bawa bangku, jadi tak de nya membongkok atau mengcangkung

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk bawak bangku tempat lak tak sesuai itula pasalnya

      Delete
  2. kesum kat rumah kita ni kurus aje. stress tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kan suka hujan MY, jenis tanah pun mainkan peranan

      Delete
  3. jgn m'bgkok / mcgkung kak nti sakit pinggang hehehe.. wahh meriahhh juga kebun mini tu hehe

    ReplyDelete
  4. Kat sini pun setiap petang dah hujan.
    Tak payahlah menyiram tanaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak payah siram wak oi tapi itulah rumput nya yang berleluasa

      Delete
  5. Bila musim hujan tiba...sihat2 pulak lalang ni. Dah nak kena rapikan. Untung la ada daun kesum. Senang nak masak laksa atau asam pedas.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah bumi Malaysia ni Allah jadikan subur..
    Bak kata orang Arab
    " Kat Malaysia tanam tongkat jadi pokok...kat Arab tanam pokok jadi tongkat"
    ( terjemahan daripada bahasa Arab)🤭

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah menjadi tanaman kebun mini Dana. kat sini pun memalam atau awal pagi, hujan juga

    ReplyDelete
  8. Syoknyaaa kesum gemuk². Kita tanam kesum tak hidup² pun 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu pun sama tapi akak tak jemu tanam jugak hehehe

      Delete
  9. alaa....sama ngan kat rumah MA tu.. dah banyak jugak rumput2 nya.. time rajin MA cabut sepasu sehari.. boleh jugak la kan, tapi x dan habis semua pasu..pasu yg 1st tu dah tumbuh balik

    ReplyDelete
  10. Pak Zain selalu failed tanam daun kesum..susah menjadi..daun kaduk elok plak suburnya

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...