Friday, April 30, 2021

RESEPI AYAM TIRAM THAI

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan semalam kan cuti, sampai terlupa nak buat entri baru. Hari jumaat, hari berkongsi resepi ya. Bulan puasa tahun ini memang aku sangat malas, masak untuk berbuka pun sangat ringkas je. Kadang sampai 2 hari aku tak masak berbuka bila Aiyan asyik nak makan roti telur kedai sebagai menu berbuka.

Ini mesti ramai yang dah cuba kan, menu dari Khairulaming yang `whats up guy`  tu. Aku beli air fryer gara-gara nak cuba beberapa menu dari dia lah ni. hahahha sanggupkan. Tapi menu ini memang mudah ringkas dan sedap.

Bahan-bahan:

Perap ayam:

1/2 ekor ayam potong sedang

3 sudu besar sos tiram

sedikit garam

1/2 sudu kicap manis

1 sudu sos cili

2 sudu besar minyak

* sepatutnya guna kicap pedas manis mahsuri ( cari tak jumpa jadi aku tukar letak kicap manis dan sos cili)


Bahan Sos:

6 biji cili bangla, tumbuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

2 sudu gula

2 sudu besar sos nampla

1 sudu besar sos tiram

1 biji lemon , perah ( boleh guna limau lain dan guna lebih limau)

2 pokok ketumbar, hiris halus


Cara masak Ayam:

- Perapkan ayam dengan semua bahan selama 30 minit atau lebih

- Masak dalam air fryer suhu 180 selama 18-20 minit ( ikut pada air fryer masing-masing)

- Bila dah masak keluarkan ayam dan boleh siramkan sos atau letak asing

Cara sediakan Sos:

- Tumbukkan cili api, bawang putih dan gula tak perlu halus kasar-kasar je

- Tambahkan bahan lain, kacau dan siap

Senang kerja kan

Aku perap untuk 30 minit

saja aku tumbuk dengan gula sekali

daun ketumbar wajib ada tau

Memang sedap... percayalah

Jangan masuk banyak terus nanti tak masak rata

Masa ini aku guna suhu 200 selama 20 minit, geseng ko... mujurla kulit je ayam masih elok lagi

Bakar kali ke dua, suhu 180 selama 18 minit lebih kurang. Mujurla elok

Menggoda rupa dia tau, bau semerbak

curah dengan sos, sedap

close up sikit

ini lah kicap pedas manis mahsuri tu, semalam laki baru dapat beli... 2 botol sekali dia beli... 


Wednesday, April 28, 2021

WW BULAN DI PAGI 16 RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,

Cantik bulan pagi ini , bulat penuh... lagi cantik tengok real dari ambil gambar dengan telefon bimbit cap ayam ku. 

gambar ambil dekat depan rumah, pukul 6.23 pagi

ini dekat parking pejabat, pukul 6.50 pagi

Tetap cantik di pandangan ku

Ini makcik yang tak berapa sihat tapi datang kerja jugak...

Tuesday, April 27, 2021

MAMA TAK SIHAT

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan hampir 2 hari hilang tanpa berita. Dari hujung minggu dah tak sihat batuk-batuk. Ahad dah ke klinik dapat ubat tapi ahad malam isnin tu batuk-batuk teruk sampai tak boleh tidur. Jadi aku ambil cuti rehat, seharian tidur je Aiyan ke sekolah papa nya yang hantar dan ambil.

Hari ini pun masih lagi batuk-batuk jadi sambung cuti rehat. Suara memang dah garau macam apa dah. Harap tak lama lah, dan sihat semula. 

Punya la banyak ubat yang dapat

Ini masa balik sekolah, tengah bukak kasut.. mujur Edy punya site dekat je dengan rumah


Friday, April 23, 2021

RESEPI BINGKA SUSU BRUNEI

 Assalamualaikum semua,

Dari semalam aku sakit tekak lepas tu hari ini mula lah batuk-batuk. Kadang sampai cramp perut dek batuk melampau, selalunya bila puasa memang aku biasa jadi gini. Sedangkan tak ambil pun air ber ais.

Hari ini aku nak kongsi resepi bingka susu, ada juga versi lain tapi aku guna versi ini yang lebih mudah. Tahun lepas masa PKP aku dah pernah buat tapi tak pernah kongsi lagi resepinya.

Bahan-bahan:

2 biji telur

1 cawan susu cair

3/4 cawan gula

1 1/2 cawan tepung

1 cawan susu tepung

Sedikit garam

3 1/2 cawan air

Cara Masak:

- Kisar semua bahan, aku guna mixer 

 sampai sebati semua bahan.

- Tuang adunan dalam loyang yang dah dilengser dengan marjerin

- panaskan oven dulu dalam 5 ke 10 minit

- Bakar bingka susu pada suhu 200 selama sejam atau lebih sikit ikut pada oven masing-masing. 

* Aku gandakan bahan sebab nak buat banyak untuk bagi jiran-jiran. 

Ini bahan utamanya 

aku pakai mixer je sebab banyak nak guna pengisar tak muat pulak

sebelum kita bakar

bau dia harum masa bakar ni


Dia memang akan naik lepas tu nanti dia kempis

Aku suka garing gini... 

Thursday, April 22, 2021

PHOTO DIARY #16/2021

 Assalamualaikum semua,

Kejap je dah hari khamis , bersamaan 10 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu dah masuk 10 hari kita berpuasa rupanya, tapi aku rasa bulan puasa kali ini aku lemau betul. Malas tak serajin tahun sebelum, memacam kuih aku buat kalau tak hari biasa hujung minggu mesti banyak kuih frozen aku buat tapi kali ini hujung minggu lepas nak buat karipap pun tak terbuat-buat.

Terbebel panjang pulak maaf yek, meh la kita layan cerita bergambar.

Pagi sebelum pergi kerja kadang jenguk pokok depan pintu... bukan main siput vavi tuh yek,terus ku campak ke jalan sana, rumput pandai lak ko tak makan, habis pokok aku ko makan

Tiap kali lepas ambil kat sekolah muka penat je budak belakang tu, dan mesti dia akan tidur di transit 

menu hari ke empat, buah wajib ada untuk berbuka

Kena bagi makan dulu budak berbulu tu, kalau tidak sibuk jugak dia kat meja nak berbuka sama

menu berbuka hari ke5, terlebih buah sampai 3 jenis

Menu berbuka hari ke 6, hari ahad rajin sikit aku masak menu... dan dapat jugak juadah dari jiran sebelah-sebelah

menu berbuka hari ke 7, Aiyan kata nak nasi ayam... mama masak nasi ayam dengan sup ayam nya papa beli di bakers cottage

Bila atoknya nak pergi sembanyang terawih, sibuk la cucu-cucu nak ikut

20hb ada mesyuarat agong persatuan kebajikan agama, duduk pun kene ikut SOP... mengantuk bila kawan berborak duduk jauh

Menu berbuka hari ke 8 , buah tetap ada fries dan nugget wajib ada

Kawan pejabat bagi akok... sedap lembut je

menu berbuka hari ke 9, semalam ber carbonara roti john tu Edy wajib beli... 

Wednesday, April 21, 2021

SANAH HELWAH MAKNGAH

 Assalamualaikum semua,

Semalam, 20 April 2021 hari lahir ke-34 adik ke dua aku. Selamat Hari Lahir Siti Fatimah @ makngah moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu. Dia banyak berkorban untuk aku dan keluarga besar kami. Masa Aiyan bayi dan tahu dia ada masalah jantung, makngah la  yang jaga dia dari kecil sampai umur 3 tahun lebih. Kebetulan masa tu dia baru lepas berhenti kerja, jadi dia tolong jagakan Aiyan dan duduk sekali dengan aku. 

Selepas Aiyan 4 tahun dia balik ke kampung. Kat sana dia kerja kilang dan duduk sekali dengan mak abah aku. Dia pernah alami kemurungan, makngah ni tak banyak cakap dan suka memendam. Perangai dia memang sangat berlainan dengan aku. Makngah masih bujang lagi, memang ada beberapa kali orang cuba nak kenal dengan dia tapi mungkin dia belum bersedia, walaupun pernah ada orang siap jumpa abah aku nak kenal dengan dia, nak jodohkan dengan anak mereka. Tapi aku selalu pesan dekat abah dan mak aku, makngah ni lain bila dia tak suka, dia akan memberontak dengan berdiam diri, pernah dia tak keluar bilik sampai 2 hari tak makan cuma minum je. Pernah selepas dia berhenti dia cuma duduk dalam bilik je, keluar untuk mandi makan dan masuk bilik semula sampaikan emak aku risau. Dia pernah tak bercakap dengan emak abah sampai berbulan.

Sekarang alhamdulillah, makngah dah ok. Sejak dia dan makyan (adik nombor 4) kerja sekali dan duduk di kampung dia makin gembira. Maafla aku terbebel panjang. Semalam aku buat kejutan pesan belon dan coklat dari kawan di kampung dan minta hantar di rumah. Dia kerja, bila sampai rumah suprise lah dapat belon dan coklat. Bila dia ucap terima kasih kakak... bahagia rasa. 

ini lah makngah... 




paksu letak dalam bilik makngah

disebabkan makngah kerja, paksu la yang tukang terima hadiah tu tapi dia lak over seronok kata kawan yang hantar

Sebelum puasa hari tu, mereka berempat pergi jalan-jalan dan makan sama, adik bongsu aku jadi driver

Aku cemburu dengan diaorang ni, duduk dengan mak abah aku, makngah yang tudung maroon sebelah mak aku tu

Masa ni tahun 2018 gembira bila dapat bawak dia jalan-jalan, konvo paksu di terengganu, makngah yang sebelah kiri tudung biru gelap


Masa ni dia duduk dengan aku lagi, masa ini Aiyan setahun lebih... masa ni dia berisi, sekarang dah kurus sangat

Tuesday, April 20, 2021

KEDAI BAKER'S COTTAGE

 Assalamualaikum semua,

Semalam lepas ambil Aiyan dari sekolah, tanya dia nak berbuka apa? Katanya nak makan nasi ayam dan nasi pelangi (nasi hujan panas yang aku masak pada ahad). Bila suruh pilih salah satu, dia kata nak nasi ayam la. Kat rumah pulak takde ayam seekor, ada la ayam 4 ketul. Jadi aku suruh Edy beli ayam bakar pastu aku masak nasi ayam dan buat sup. 

Teringat adik cody pernah sebut nama kedai jual ayam bakar di Taman Melawati, Baker` Cottage namanya. Petang tu balik dari kerja Edy beli ayam, pastu kedai tu ada juga jual roti dan pastri jadi kirim jugak la beberapa. Harga ayam tu memang kira murah sebab kedai baru buka jadi ada promosi hingga Jun. Kedai ini ada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, negeri lain macam tak de lagi ( silap aku, kedai ini juga ada di negeri Johor, Melaka, Penang, Perak, N Sembilan dan Pahang.)


antara yang nak dicuba

Edy dan Aiyan kata sedap juga 

Mushroom chicken pie, kalau makan panas-panas mesti lagi sedap

Donat untuk Aiyan... 

Muffin coklat, yang ini tak cuba makan lagi...

Ayam lada hitam, ayam panggang biasa dah habis

Ayam nya agak pedas tapi sesuai makan dengan nasi ayam dan sup 

inti pie nya kira banyak dan sedap juga

ambil dari blog Baker`s ini kedai yang di Taman Melawati

Ada juga kek, ini nanti nak cuba jugak lah