Monday, November 30, 2020

KEREPEK PISANG TANDUK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, kawan-kawan masak sarapan apa? Aku masak nasi lemak je pagi ni si hero minta nasi lemak  tapi takde gambar. 😁

2 minggu lepas Edy ada belikan pisang tanduk lepas aku asyik berzikir suruh carikan. Teringin sangat nak makan kerepek pisang tanduk dari raya puasa lagi tapi takde dapat pisang tanduk mentah. Memang ada orang jual tapi kadang rasa masin sangat, tak gemor aku jadi aku sanggup lagi buat sendiri. Tak susah senang je, janji ada pisang penyagat dan minyak.  

Mula-mula Edy beli 5 biji tapi besar dan panjang 5 biji pun jenuh nak siapkan

Pisang pun dapat yang cantik warna nya

Dah nak habis masa ni, malas nak tambah minyak lagi 

Selain Aiyan ini antara peminat maruku dan kerepek pisang maklongnya

Khamis petang dalam pukul 6.45 macam tu dapat parcel dari kampung johor

Petai tepi rumah dan kerepek pisang tanduk, bahagia rasa... 1 bekas untuk aku dan 1 untuk maktek


Hari khamis petang sebelum dapat parcel dari kampung Edy ada beli pisang lagi sebab kerepek kat rumah dah habis, Edy beli 8 biji kali ni

Sabtu pagi baru kopek kulit dia tengahari tu baru mula buat kerepek

Pisang kali ini agak pucat... tapi sedap je tengok Aiyan ngap krup krap krup krap

Friday, November 27, 2020

RESEPI MARUKU

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini aku BDR, tapi ingat nak buat awal sikit entri pagi ini. Sejak dari raya hari tu teringin makan maruku, maruku yang mak buat. Simple takde tambah perisa ayam atau udang ke apa. Bukan juga jenis yang terlampau ranggup macam gaya maruku india yg putih. Raya puasa kan raya di selangor, raya haji pun mak tak buat. Udahnya buat sendiri lah. Gigih beli cetak dia, aku beli cetak yang plastik sebab mak pakai yang macam tu. Jom kita tengok cara buatnya.

Bahan-bahan:

1 paket 500g tepung kacang dhal allagapas

3 sudu besar tepung pulut

1 biji telur

1 ulas bawang putih,tumbuk halus

1 biji bawang merah kecil,tumbuk halus

1 kotak kecil santan

Sedikit air sejuk

Minyak untuk menggoreng

2 tangkai daun kari

Cara masak:

Letaknya semua bahan dalam 1 bekas besar dan masukkan santan sedikit demi sedikit, kalau santan dah habis boleh tambah sikit air.

Adunan jangan terlalu lembik atau keras, masukkan dalam acuan dan tekan dalam kuali dengan minyak yang panas, masak dengan api sedang. Masukkan beberapa helai daun  kari, masak maruku hingga warna keemasan dan angkat.

Ini bahan utamanya ya

Bubuh dalam 1 mangkuk besar macamni supaya mudah gaul

Masa ni agak cair jadi tambah 2 sudu besar tepung pulut

Percubaan pertama, pakai cetak yang lubang rapat, jd macamni

Guna cetak macam ini tau... jangan boh penuh 

Percubaan kali kedua, nasibla nampak macam jadi

Percubaan pertama tadi, melekat sangat

Guna tepung ini, cukup rempah dah

Kira jadi lah kan heheheh


Masalah ini tak dapat selesaikan kene tanya pakar 

Dapatla 2 bekas ni... kira oklah


Thursday, November 26, 2020

PHOTO DIARY #37/2020

 Assalamualaikum semua,

Bertemu kita lagi di hari khamis yang dingin. Hari ini kita bersiaran di rumah sambil bermalasan. Rasa kadang tepu idea nak menulis. Jomla kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan. Bila lah negeri Kuala Lumpur dan Selangor boleh left group PKPB ini ya, negeri lain ramai dah left group. huhuhu

2 minggu lepas, teringin pulak minum air nenas, kebetulan ada separuh nenas dah buang kulitnya rebus dan layan airnya dengan ais... 

mini satar popia beli dengan bekas kakak PPM Aiyan, sedap cukup rasa 

Bila aku BDR dan rasa malas masak tapi nak masak, aku akan masak nasi goreng dengan noxxa senang cerita 

manik dan pearl lama yang dah bercampur... nak buang sayang, ini lah yang aku guna untuk memanik extender, sambil saja-saja mengisi masa lapang

bila anak berbulu ini lepak depan grill, barang sampai pun malas nak ambil lagi, kang bukak pintu laju-laju berlari nak keluar budak-budak ni

bila inti kentang sardin dah habis, goreng telur dan sosej untuk jadikan inti popia

tambah lada hitam dan mayonis sebelum balut tu... 

jiran sebelah aku ni memang rajin membaking, sedap-sedap lak tu kek dia buat... aku cuma rasa syukur jelah hehehe

jumaat lepas balik dari pejabat, Edy kata nak beli ayam golek je... senang kerja cuma masak nasi je

kek lotus jiran bagi, ini pertama kali aku makan kek viral ini tau

jiran aku ni bila dia BDR memang kerjanya asik masak macam-macam

paparazzi sekodeng rumah, maktek kata Ecah sibuk nampak paklong nya ... terus petang tu dia ajak datang rumah aku

bila mama kerja dia suka sebab boleh sarapan kat luar di kedai kegemarannya.

Wednesday, November 25, 2020

MENJENGUK DARI TIRAI KAMAR

 Assalamualaikum semua,

Hari isnin aku BDR, dari pagi sampai ke malam tak keluar jenguk luar rumah. Semalam hujan jadi memang tak perlu siram pokok. Ingat petang sikit nak pindahkan anak pokok aloevera tapi petang tu hujan, berhenti kejap hujan lagi sampai ke petang. 

Mampu jenguk dari tingkap je lah... moga terus subur semua pokok tanaman. Tapi aku tengok rumput yang makin galak... hahahh 

Dari pagi dah gelap, tengahari mula lah gerimis dan hujan

Jenguk pokok cili bangla yang Edy tanam... moga banyak berbuah 


Tuesday, November 24, 2020

KEK PISANG KUKUS

 Assalamualaikum semua 

Hari ini bersiaran dari pejabat, minggu ini kerja hari ini je jumaat BDR. Duduk rumah sebenarnya lebih memenatkan dari kerja di pejabat. 

Minggu lepas 2 hari berturut buat kek pisang kukus. Campur serbuk koko dan coklat chip laku keras. Melambung-lambung Aiyan puji kata sedap nya mama. Masa tengah kukus tu pun di sibuk tanya mama masak apa ni bau sedap. Aku buat dengan pisang berangan, kali ini tak guna pengisar tapi guna mixer itu tambah gebu sikit. 

19hb buat biasa tanpa coklat cip... 

tambah cokla coin kat atas je... 

makan pulak panas-panas memang best

Aiyan dok puji, sedap mama lembut

rupa yang letak coklat coin lebih moist

orang tak reti sangat membakin, ini pun dah rasa seronok sangat

20hb buat lagi,,, kali ini tambah coklat chip 

siap tabur atasnya lagi

kira jadi lah ni... gembiranya hati

janji Aiyan puji melambung aku dah gembira sangat

Monday, November 23, 2020

EMPAT BERADIK

 Assalamualaikum semua,

Bersiaran dari rumah hari ini, buat entry sementara tunggu nasi goreng siap masak. Aku nak tunjuk dekat kawan-kawan karya si Aiyan, tajuk 4 beradik hehehehe.

Si Aiyan ni sesekali datang rajin comel jugak dia lukis tapi datang malas, nak buat orang lidi pun dia tak nak. Tapi nak dapatkan gambar 4 beradik ini susah nya yang amat.... hahahah 🤣🤣

Ini lah dia karya Aiyan, patut dia tulis cik...tapi dia tulis en sebab dia ingat encik heheheh

Ini pulak comot, si emak... bila tanya kenapa tak warna, comotkan warna putih comot

Penat aku jerit senyum senyum tapi cik bu dengan cik mot tak fokus

Nak dapatkan gambar ini... memang karya agung aku hahahah,pertama kali dapat amik gambar diaorang fokus gini hahahah

Nak dapat kumpulkan 4 ekor ni pun payah... asyik nak berlari je

Nak amik gambar si comot bukan main payah...