Assalamualaikum semua,
Bubur asyura memang juadah yang dinantikan setahun sekali pada terutama pada 10 muharam. Tahu kah korang bubur asyura ada 3 jenis yang berbeza? Belah selatan, pantai timur dan belah utara.
Sebelum ini aku biasa makan bubur asyura johor terutama masa disekolah atau di kampung. Rupanya dan texture seperti bubur lambuk cuma ada tambahan kekacang. Masa aku belajar di jengka, pertama kali jumpa bubur asyura pantai timur, masa tu memang aku ingat dia salah bagi ke apa sebab keras. Heheheh
Bila kerja di kuala lumpur ni pertama kali aku jumpa bubur asyura utara , pun aku pelik sebab dia pekat , macam kuih yang boleh di hiris. Masa tu baru aku tahu rupanya ada 3 jenis bubur asyura. Sepanjang 13 tahun aku kerja dan tinggal di sini, tak pernah jumpa orang buat bubur asyura johor, biasanya di jupem buat bubur asyura utara atau pantai timur. Kalau nak makan bubur asyura johor tu kene masak sendiri la jawabnya hehehe.
ini rupa bubur asyura versi johor, rindu sangat nak jumpa bubur ini kredit untuk Che Mat Gebu, pinjam gambar dari blog nya |
ini pulak bubur asyura versi pantai timur... buat secara gotong-royong di JUPEM |
ini bubur lambuk versi utara, orang di taman kami yang beri ... makan lak masih suam sedap |
tak manis sangat tapi rasa dia sedap, semua kekacang, dan campuran dia boleh dirasai |
SEDAPNYA BUBUR ASYURA ALHAMDULILLAH SEMUA JENIS ASYURA KAK DAH RASA...SEMUANYA SANGAT TERBAIK MAVELES
ReplyDeletebetul tu kak, semua nya sedap bagi dana
Deletekalo bubur assyura sy boleh mkn yg terengganu pnye je..
ReplyDeleteyg kelantan xkena ngn tekak..
yg utara xprnh try lg.. hihi
akak ingat terengganu dengan kelantan punya sama je... yelah terengganua da tambah ikan ye
Deleteyang utara takde gaging atau lauk dia kekacang dan ubi2
Pernah makan dan gotong-royong buat bubur asyura versi pantai timur dan utara semasa belajar di universiti.
ReplyDeleteBubur asyura hasil air tangan emak tetap di hati!
itulah kak apapun versi johor jugak di hati dana... cuma tak kl n selangor ni payahla nak jumpa
DeleteTidak pernah makan lagi versi pantai Timur atau utara punya.
ReplyDeleteSini buat versi bubur lambuk yang ada kekacang. Alhamdulillah dapat makan.
versi pantai timur dan utara pun memang ada kekacang dan ubian... sama je semua bubur asyura ada kekacang
Deletelama dah tak makan bubur asyura. sebab tak ada pula yang buat. ros pernah makan yanf utara punya jer. yang jenis lain tak pernah rasa...
ReplyDeletetak pernah rasa yang johor punya ye cik rose? tapi rasa dia mcm bubur lambuk kalau yg johor punya...
DeleteAkak cuma tau makan versi Johor.
ReplyDeleteYang lain2 belum pernah merasa.
yelah kan kak, kat sana susah nak jumpa orang buat kot kan kalau nk rasa yang belah utara dengan pantai timur
Deletesyukur kak dana, ada rezeki makan bubur asyura yang dinanti-nanti ;)
ReplyDeletealhamdulillah, cuma tulah nak rasa yang johor tu memang payah...
Deleteversi utara sedapkan dana :)
ReplyDeletesedap ...rasanya semua sedap bagi dana
DeleteCik TK penah makan yang versi pantai timur je. Jadi yang lain tak pasti la rasanya macam mana
ReplyDeletetakpe nanti kalau ada kesempatan or kalau jumpa kat mana-mana bolehla try
Deletehehhe yelah dah biasa makan yang utara mesti kita rindukan yang utara punya kan
ReplyDeletepernah dgr tapi tak berpeluang merasa lagi bubur asyura tu. sini ada bubur pedas, juga sedap. tapi aku tak pernah try buat lagi. dia ada serbuk dia sendiri
ReplyDeletePernah makan bubur asyura johor je. dah nama orang johor. bubur asyura lain tak pernah jumpa lagi. Betul kak, lama tak makan bubur asyura ni.
ReplyDeleteYang versi pantai timur tak pernah makan.. Suka versi johor.. hehehe..
ReplyDelete