Wednesday, September 23, 2020

BUBUR ASYURA

 Assalamualaikum semua,

Bubur asyura memang juadah yang dinantikan setahun sekali pada terutama pada 10 muharam. Tahu kah korang bubur asyura ada 3 jenis yang berbeza? Belah selatan, pantai timur dan belah utara. 

Sebelum ini aku biasa makan bubur asyura johor terutama masa disekolah atau di kampung. Rupanya dan texture seperti bubur lambuk cuma ada tambahan kekacang. Masa aku belajar di jengka, pertama kali jumpa bubur asyura pantai timur, masa tu memang aku ingat dia salah bagi ke apa sebab keras. Heheheh 

Bila kerja di kuala lumpur ni pertama kali aku jumpa bubur asyura utara , pun aku pelik sebab dia pekat , macam kuih yang boleh di hiris. Masa tu baru aku tahu rupanya ada 3 jenis bubur asyura. Sepanjang 13 tahun aku kerja dan tinggal di sini, tak pernah jumpa orang buat bubur asyura johor, biasanya di jupem buat bubur asyura utara atau pantai timur. Kalau nak makan bubur asyura johor tu kene masak sendiri la jawabnya hehehe. 


ini rupa bubur asyura versi johor, rindu sangat nak jumpa bubur ini
kredit untuk Che Mat Gebu, pinjam gambar dari blog nya

ini pulak bubur asyura versi pantai timur... buat secara gotong-royong di JUPEM

ini bubur lambuk versi utara, orang di taman kami yang beri ... makan lak masih suam sedap

tak manis sangat tapi rasa dia sedap, semua kekacang, dan campuran dia boleh dirasai


22 comments:

  1. SEDAPNYA BUBUR ASYURA ALHAMDULILLAH SEMUA JENIS ASYURA KAK DAH RASA...SEMUANYA SANGAT TERBAIK MAVELES

    ReplyDelete
  2. kalo bubur assyura sy boleh mkn yg terengganu pnye je..
    yg kelantan xkena ngn tekak..
    yg utara xprnh try lg.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak ingat terengganu dengan kelantan punya sama je... yelah terengganua da tambah ikan ye
      yang utara takde gaging atau lauk dia kekacang dan ubi2

      Delete
  3. Pernah makan dan gotong-royong buat bubur asyura versi pantai timur dan utara semasa belajar di universiti.
    Bubur asyura hasil air tangan emak tetap di hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak apapun versi johor jugak di hati dana... cuma tak kl n selangor ni payahla nak jumpa

      Delete
  4. Tidak pernah makan lagi versi pantai Timur atau utara punya.
    Sini buat versi bubur lambuk yang ada kekacang. Alhamdulillah dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. versi pantai timur dan utara pun memang ada kekacang dan ubian... sama je semua bubur asyura ada kekacang

      Delete
  5. lama dah tak makan bubur asyura. sebab tak ada pula yang buat. ros pernah makan yanf utara punya jer. yang jenis lain tak pernah rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah rasa yang johor punya ye cik rose? tapi rasa dia mcm bubur lambuk kalau yg johor punya...

      Delete
  6. Akak cuma tau makan versi Johor.
    Yang lain2 belum pernah merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan kak, kat sana susah nak jumpa orang buat kot kan kalau nk rasa yang belah utara dengan pantai timur

      Delete
  7. syukur kak dana, ada rezeki makan bubur asyura yang dinanti-nanti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, cuma tulah nak rasa yang johor tu memang payah...

      Delete
  8. Cik TK penah makan yang versi pantai timur je. Jadi yang lain tak pasti la rasanya macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nanti kalau ada kesempatan or kalau jumpa kat mana-mana bolehla try

      Delete
  9. hehhe yelah dah biasa makan yang utara mesti kita rindukan yang utara punya kan

    ReplyDelete
  10. pernah dgr tapi tak berpeluang merasa lagi bubur asyura tu. sini ada bubur pedas, juga sedap. tapi aku tak pernah try buat lagi. dia ada serbuk dia sendiri

    ReplyDelete
  11. Pernah makan bubur asyura johor je. dah nama orang johor. bubur asyura lain tak pernah jumpa lagi. Betul kak, lama tak makan bubur asyura ni.

    ReplyDelete
  12. Yang versi pantai timur tak pernah makan.. Suka versi johor.. hehehe..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...