Tuesday, September 8, 2020

ASAH SKILL MENJAHIT MANIK DAN BUNGA LABUCI SEMULA


Assalamualaikum semua,

Tensen betul lah dengan blogger ni, dah tukar ke blogger yang lama tapi bila buat dengan handphone akan jadi yang baru. Dah la susah nak editnya... sabar ajelah hati.

Baru-baru ini ada kawan hantar baju, minta tolong jahitkan manik. Mula-mula dia ada hantar contoh design tapi bila aku tunjuk hasil manik yang aku pernah buat dulu, dia terus nak aku jahitkan manik dan bunga labuci yang aku jahita sendiri. Berdebar betul rasa nak mula menjahit manik semula. Rasanya aku aktif menjahit manik kat baju dalam 9 ke 10 tahun dulu, sekarang memang aku kene asah skill semula sebab banyak  yang dah lupa. Tapi rasa terharu bila ada kawan yang percaya untuk aku jahitkan manik di bajunya... terima kasih kak Ratna 

ini aku hantar beberapa design bunga labuci untuk di pilih

ini antara yang paling simple, awal-awal aku reti buat bunga labuci, yang simple dan mudah je

aku kene tenung dan cuba semula untuk tahu teknik mana yang aku guna untuk buat bunga

kadang bila tengok ini, macam tak percaya aku yang jahit semua ni

tapi masa tu seronok memanik ni, seronok bila hasilnya tuan punya baju suka

ini simple je aku cuma ikut je corak bunga yang ada pada baju... 

macam sisik ikan

ini aku boh lace dan tambah manik dan labuci... 

bukan je bunga, tapi aku kene ingat semula macamne nak jahit daun tu
ini lah design yang jadi pilihan kak Ratna, tergoda dia tengok design yang ini



waktu lunch aku pun cuba semula jahit bunga labuci...

aku cuba guna duit 10 sen untuk saiznya

jadi tapi tak berapa kemas bunga nya bagi aku... 

macam sama tapi bukan dia... tak berapa kemas lagi rupa bunga aku

cuba buat bunga kecil pula

ini nampak ok sikit yang kecil ini 

cuba buat daun tapi macam tak berapa kemas dan jadi lagi... kene asah lagi skill tu, nasibla ada masa lagi untuk jahit di baju tu 

36 comments:

  1. Waaa pandai dah dia... Sis dulu siap masuk kelas tau belajar jahit manik ni... bayar mahal wooo, tapi ada gak kenangan baju jahit manik sendiri 3 pasang... now masih simpan, nak bagi orang sayang, sebab dulu saiz M, now XL hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dulu dah kak, dana dulu belajar dengan buku je... takde cikgu heheheh
      banyak jugak lah sempat memanik baju orang lain, baju sendiri adalah sikit heheheh

      Delete
  2. Ada baca pos tulisan awal-awal Dana pasal jahit manik.
    Selamat mengasah semula kemahiran jahit manik. Nampak susah juga hendak jahit bunga 10 sen itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak, lama sangat dah dana tak menjahit manik... skill dah tak berapa ada nih kene gali semula

      Delete
  3. Sesungguhnya saya tidak dianugerahkan kesabaran setinggi ini untuk menjahit manik hahaha
    hebatlah kak dana, cantik je akak jahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu tak tau lah apa yang merasuk akak, memang tak terpikir boleh memanik kat baju orang macamtu... hahahha

      Delete
  4. wah... cantik... pandai n kreatif ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe macih, tapi itulah lama sangat dah tak memanik kene asah balik skill

      Delete
  5. cantik cantik hasil jahitan manik akak. selamat asal skill akak, lama lama menjadi macam dulu dulu semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe itulah, risau nk jahit baru orang takut tak cantik macam dulu

      Delete
  6. Cantikkk! Kreatif dan berseninya tangan akak. Serius suka sangat dengan orang yang pandai jahit² sebab sendiri memang tak pandai. Hehehe.

    ---

    Aah betul hat blogger ni bikin pening sikit nk edit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe macih, entah tak tau camne boleh ada minat nak menjahit manik masa dulu2 tu

      Delete
  7. Berseninya tangan Dana kalau Mrs. A hahhaii tak tahu jadi apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana ni bukan la berseni kak, tapi tak tau lah camne boleh berkecimpung dalam dunia manik hehehhe

      Delete
  8. Mak aii..susah rupanya nak hasilkan satu bunga tu. Kena org yang teliti dan sabar ni...so Dana memang teliti dan sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh orang tak pro gini lah kak, kot tukang jahit yang pro tu laju je heheheh... ini lagi lah dah lama sangat tak memanik lagi lah lupa

      Delete
  9. mmg cantik. pandai buat. kena ada minat juga buat nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mcam bidan terjun je tapi tak sangka menjadi jugak

      Delete
  10. Replies
    1. sekarang susah sikit wak, sebab banyak dah orang beli baju bermanik di vietnam

      Delete
  11. Allahu cantiknya Dana, dulu2 kak ana ada juga minat mcam ni tapi lepas dah berusia ni jadi malas pula, tapi kalau dah mula kan semula mesti nak habiskan ye tak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak, cuma itu dulu lah lama dulu sekarang ni lama dah tak pegang manik jadi kekok hehehhe

      Delete
  12. Wah! byk rupanya kemahiran dana..ini pun salah satu sumber pendapatan smpingan utk dana..bagus dana teruskan usaha smpai jaya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang masyuk sekarang ini dah kurang dah... lama dah tinggalkan dunia manik nih hahaha

      Delete
  13. fuhhh power la kak dana! Yang besar tu kalau manik tengah tu naik atas sikit mungkin jadi macam dalam gambar kot. Dulu mak rajin jugak jahit labuci ni tapi sekarang dia buat bunga sabun pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pearl besar takde, ingat hujung minggu nih nak mula jahit dah baju tu

      Delete
  14. Wah gorgeous hasil tangan Dana tu. Kak pun terpegun sangat. Salute.
    Boleh buat side income Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mekasih kak, tapi sekrang orang dah tak ramai yang nak upah sebab agak mahal ... kalau baju vietnam tu banyak manik dan murah itu ramai org beralih ke situ

      Delete
  15. cantiklah Dana.. Kalau sha nie emmang mampu tengok jelah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mekasih, ini pun baru nak asah semula skill harapnya boleh buat secantik dulu

      Delete
  16. Tabik spring kat Dana, punya tangan ajaib untuk siapkan kerja-kerja berseni begini.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...