Bertemu semula kita di hari jumaat yang indah dan dingin. Yelah semalam kan kuala lumpur banjir kilat merata tempat. Di jupem ini pun bahagian belakang termasuk taska jupem kene banjir, kesian betul lah. Susah bila sekeliling pejabat kami ini ada buat construction.
Aku nak kongsi dengan korang, mee goreng serbuk cili, biasa kita masak mee goreng kan dengan cili boh atau cili kisar. Tapi hari tu semua tu takde, nak guna lada hitam je kang si Aiyan lak tak suka, nasibla ada serbuk cili aku pun cuba lah masak dengan serbuk cili tu. Kejadiannya elok, sedap dan lebih kurang macam guna cili boh juga.
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning (cuci dan toskan)
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris ikut suka
2 pokok daun kucai
1 biji tomato, potong ikut suka
2 sudu besar serbuk cili babas
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis jalen
1 mangkuk kecil udang
2 biji telur
air secukupnya
Tauge
Cara masak:
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah serta tomato hingga layu.
- Masukkan semua sos dan serbuk cili, tambahkan sedikit air masakkan untuk beberapa minit lepastu masukkan udang
- Bila udang nampak dah masak, masukkan mee kuning gaulkan rata biarkan untuk beberapa minit hingga mee masak
- Bila mee dah masak masukkan kucai, dan telur kacaukan rata akhir sekali masukkan tauge dan matikan api.
ini bahan utama nya ya, sos tu aku sekali je dalam 1 bekas |
saja aku tumiskan sekali bawang dengan tomato |
bau dia mengiurkan tau... |
udang tu bila dah nampak masak, semua warna dah merah dan bulat gini bolehla tambahkan mee |
kucai tu masuk dekat nak akhir biar ada bau dan hijau lagi |
tauge akhir sekali... baru lah rasa ranggup lagi bila makan |
dah siap.... |
Bolehlah buat sebab serbuk cili ada di rumah ini jarang guna.
ReplyDeletecuba jangan tak cuba ye
Deletesedapnya nampak. ray dah lama tak makan mee and so on sbb tak boleh nak makan sesuka hati. huwaaaaaaa
ReplyDeletecabut jelah dik gigi bongsu tu kalau menyeksakan
DeletePadu sangat nampaknya tu haa
ReplyDeleteheheheh... nanti cuba tau
DeleteSerbuk cili memang xde dalam list barang di dapur sebab tak tahu nak masak apa. Pasni boleh buat stok serbuk cili dan try mee goreng versi dana :)
ReplyDeleteserbuk cili ni beli sebab guna untuk goreng ayam itu kebetulan lah, selalu memang jarang ada
Deleteammi tak pernah goreng mee dgn chili powder..tapi buat sambal telur sbab masa tu mmg malas gila nak rebus cili, blend cili bagai.
ReplyDeletenanti cuba lah ammi, mudah kerja
DeleteRasanya apabila gunakan serbuk cili, warna masakan nampak lebih menarik.
ReplyDeletehehehhe ya betul tu kak
DeleteOK juga kalau boleh gini simpan stok standby serbuk cili. Kak biasa guna serbuk cili untuk marinade ayam.
ReplyDeleteitulah kalau buat marinade ayam warna merah dia lawo
Deletebest masak klu orang rumah suka mkn
ReplyDeletekene masak takkan nak suruh suami dengan anak asik makan kat kedai je dik oi
Deletehaihh..nampak sedap pulak ni ^^
ReplyDeletehehehhe baru la tergoda nak makan hehehhe
DeleteSedapnyer
ReplyDeleteOrder sekuali
ok siap wak
Deletemakan panas2 sedap ni :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletehehehe sedap dik oi
DeleteKreatif Dana!
ReplyDeleteSerbuk cili akak tu mmg jarang guna, sesekali je utk bahan perapan.
Baru2 ni akak masak pasta goreng, pun saja try masuk awal tomato bagi keluar rasa.
itulah boleh kak, sebab warna dia tu pun lawo rasa pedas pun ada tapi tak la pedas sangat kan
Deletesimple je kan..tp sedap!
ReplyDeleteshida pn masak guna serbuk cili juga hehee :)
ye betul tu, lepas ni boleh guna lagi n lagi... kadang takde simpan sangat serbuk cili ni
Deletesedapnya mi goreng dana simple tapi semua ada
ReplyDeletekalau kosong rasa macam kurang kick kak... tapi kadang dana apa ada nya je kak
Deletebawang goreng sekali dengan tomato baru umpphhh
ReplyDeletesedapnyaaaaaa..ayooo laparrr
ReplyDeletemee goreng basah satuuuuu...
ReplyDeleteSedapnya nampak gambarnya tu terliur Mrs. A
ReplyDeleteLepas ni nak try tumis dengan tomato masuk awal-awal macam cara Sugu Pavitra gitteww.....
Salam
ReplyDelete