Assalamualaikum semua,
Aku sejak musim PKP kan bertambah rajin mengerjakan tanaman aku. Sebelum ini aku tanam sayur atau herba yang asas je macam pandan, kunyit, halia, cekur, bayam brazil, daun kelsum, daun selom, kucai dan pokok mulberi. Bunga pulak sebelum ini aku cuma tanam rose jepun, bunga kertas dan bunga melur yang selalu kene makan ulat. Dalam akhir bulan 7 baru aku cuba beli 1 pokok bunga ros di nursery yang biasa kami beli tanah. Lepas seminggu aku beli lagi sepokok bunga ros. Hujung minggu baru ini beli lagi 2 pokok, bila tengok pokok yang tanam sebelum ini nampak subur dan mula berputik bunganya. Isnin kan cuti hari merdeka, terbeli lagi 1 pokok lagi.
Harap kawan-kawan yang dah biasa tanam bunga ros kongsikan petua dan cara nak jaga bunga ros ini supaya tak diganggu gugat serangga perosak. Aku debar dah bila ada kawan kata ulat bulu suka kat pokok bunga ros ni huhuhu
|
ini bunga ros pertama aku, beli 26 julai.... aku beli rm25 |
|
pokok kedua, aku beli rm30... cantik kan warnanya... |
|
setiap hari dok lah tengok bunga nya... tapi tak berani nak tambah beli lagi, takut tak bertahan hidup |
|
setelah 1 bulan ini lah rupa terbarunya... keluar dah pucuk baru itu yang teringin nak beli pokok lain |
|
ahad 30hb, beli bunga ini rm20... comel dan kecil je bunganya |
|
tokey nursery tu kata, bunga rose ini bau wangi... memang betul wangi beli jugak sepokok rm30 |
|
petang tu terus tukar pasu dan susun sekali sini... bahagia tengok bunganya |
|
cuti merdeka tu, jenguk kat nursery tepi mrr2 ternampak pulak pokok ini,rm30 sepokok beli jugak... |
|
susun pokok ini bersama, ada 5 pokok semuanya... harapnya subur dan takde di ganggu ulat |
Cantik sangat tangkapan mawar Dana
ReplyDeleteheheheh tapi tak tau lah berapa lama bertahan kak... maklum masih awal lagi tu
DeleteCantiknya rose yang kuncup tu.
ReplyDeletetulah kan, itu tergoda tu
DeleteCantiknya bunga rose akak. Feni dulu masa kecik kat kampung ada banyak pokok bunga ros. Sekarang dah beranak pinak ni lagi lah.
ReplyDeletekat kampung bunga rose mak akak warna pink bau wangi betul tapi susah nak jumpa kot ada jual di nursery
Deleteeee cantiknyaaaaa...rasa macam nak pergi rumah akak lepak2 tepi pasu bunga ros sebab nak hidu bau dia...mmmmmm wangiiii
ReplyDeleteheheheh boleh-boleh nanti datang tau....
Deletesukanya tengok bunga ros, lg suka sebab tercium cium... hehe
ReplyDeleteitulah kan... dahla cantik bau lak wangi kan... harapnya hidup suburlah ia
DeleteAkak kalau ke cameron mesti beli ...
ReplyDeleteTp blk rumah..tak lama jd arwah bunga tu
Org kata bunga ni manja sikit
Perlukan perjagaan yg rapi
dana tak pernah beli lg di CH kak, almaklum lama sgt tak ke sana hehehhe
Deleteni yang nak beli juga ni...ok..pokok bunga mawar dlm list
ReplyDeletebeli jgn tak beli , MY punya laman luas lagi la seronok menanam
DeleteCantiklah warna bunga ros tu.. Dia dua warna eh Dana..
ReplyDeleteSha tak pernah lagi tanam bunga ros..
itulah ada yg sepokok 2 warna, ada yang belang2... dana ni pun bila ke nursery jumpa yg cantik laju je beli hehehe
DeleteCantiknya, pandai akak tanam, kalau saya tah jadi apa hehe
ReplyDeleteini tak tau jugak berapa lama bertahan.... sebab tanam bunga kertas pun dah lama tak berbunga hahahah
DeleteSemoga hidup pucuk-pucuk keluarkan bunga dan daun.
ReplyDeleteHehe sudah jadi 5 pasu beli.
amin, harapnya kembang mekar lah
DeleteBunga saya beli bulan lepas sudah layu semuanya. Haha. Sayur elok saja tapi sampai part bunga, terus mati.
ReplyDeletetakpe usaha lagi, akak ni pun masih percubaan hhehehhe
DeleteCantik2 bunga rosenya.
ReplyDeleteJaga2 jangan sampai dipikul orang
hahhahah... kalau dipikul orang esok-esok ku gembok wak
Deletebeli pokok ros selalu tak menjadi. aritu beli 2 pokok tapi hidup sepokok je. itu pun dah kira bersyukur sgt sebab dia naik elok dan rajin berbunga..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteini pun kira percubaan lagi dik oi, baru masuk 2 bulan hidupnya hehehe...
Deleteharap-haraplah "jiranku dari neraka" tu tak campak lagi puntung2 dlm pasu tu. tu mesti isap rokok sejenis takde ashtray..abu rokok tu mesti terbang merata kan. hampeh betul
ReplyDeletedah campak dah kak oi, ada dalam fb dan ig tuh... sejak pindah memang gitulah perangai nya... tiap hujung minggu kita ni la tukang sapu segala sampah puntung rokoknya
Deletetakde pulak kak, sebab rumah dana dia tinggi sikit dari tempat parking tu... dia kene naik tangga ke tepi rumah baru dapat petik
ReplyDeleteCantik bunga ros tapi tak tanam, risau takut gatal tangan nak petik. hahaha
ReplyDeleteHALO
ReplyDeleteJika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.
Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
WHATSAPP> +447480724786
Suka sangat bunga ros, tapi tanam tak panjang hayatnya! Asyik mati jew...
ReplyDeletecantiknya dana bunga2 ni :)
ReplyDeleteBestnya Dana.. kembang mekar semuanya.. akak xde bakat tanam.bunga huhuu
ReplyDeletetak dapek nak bagi tips kak dana sebab kita tanam ros pun mati hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.