Friday, August 21, 2026

CARA MASAK TOPOKKI JENAMA MAMASUKA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bukan la kongsi resepi macam selalu tapi kira macam resepi jugak lah kan. Cara masak. Ahad lepas jumpa la topokki ni Aiyan la sibuk suruh cuba sebab biasa nampak dalam drama korea. Aku beli 2 pek sebab rasa isi macam sikit je. Petang tu aku masak, memang sangat senang dan hasilnya sedap juga. Lebih sedap dari topokki yang aku beli di kedai saji cepat makanan korea. Aiyan dok puji sedap, siap suruh beli lagi nanti, letak keju pulak ye mama.

Bahan:

Kek beras

Perencah atau sos

Topping, serbuk herba dan bijan

Fishcake

* Ini aku guna 2 pek topokki tau

Cara masak:

- Masukkan air 250 ml dalam periuk, masukkan kek beras dan sos. Masak dengan api sedang. Aku tambahkan 1 peket fishcake

- Masak hingga kek beras tu lembut dan air jadi pekat. Boleh letak dalam mangkuk dan tabur topping bijan. Siap


Aku ambil yang spicy dan 1 lagi mild

Dalamnya ada kek beras, sos dan bijan



Aiyan yang teruja tapi Edy pun sedap ngap-ngap

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...