Friday, September 18, 2020

RESEPI RENDANG AYAM CARA DANA

 Assalamualaikum semua,


Hari ini aku nak kongsi dengan korang resepi rendang ayam. Ini resepi turun temurun emak aku. Aku ingat aku pernah kongsi resepi rendang, tapi tak pernah rupanya. 

Bahan-bahan:

1 ekor setengah ayam- potong biasa

2 kotak kecil santan

1 sudu besar jintan manis, kisar

1 sudu besar jintan putih, kisar

3 sudu besar biji ketumbar, kisar

2 inci halia, kisar

21/2 inci kunyit, kisar

4-5 batang serai, kisar

1 labu bawang putih, kisar

4-5 biji bawang merah besar, kisar

1 paket sedang cili boh puteri @ 1 cawan cili kering kisar (terpulang kepedasan masing-masing)

2 helai daun kunyit

4 helai daun limau purut

1 sudu kecil asam jawa

1 ketul nise @gula melaka

Air secukupnya

3 sudu besar minyak

Cara masak:

- Masukkan minyak ke dalam kuali, masukkan semua bahan kisar dan cili boh, gaulkan rata masakkan sekejap untuk 2 minit

- Masukkan ayam dalam bahan bumbu tadi gaulkan hingga sebati, tutup kan kuali dengan penutup biarkan ayam dan bumbu masak untuk 15 ke 20 minit dengan api sedang.

- Masukkan gula melaka dan asam jawa, gaulkan rata masukkan daun kunyit yang kita hiris halus dan tutupkan lagi kuali dengan penutup untuk 10 ke 15 minit lagi

- Masukkan santan, dan daun limau purut, biarkan untuk 10- 15 minit dengan api sedang jangan tutupkan kuali dengan penutup biarkan kuah agak kering. Aku suka rendang yang berkuah macam ini.

*Aku kisar bahan-bahan bumbu tu dengan minyak masak sebab itu dia jadi agak berminyak.

* Aku memang jarang sangat masak bubuh kerisik, selalu guna santan je

*Aku memang suka rendang yang berkuah tak suka rendang yang kering, memang family aku suka rendang berkuah, kalau tak suka jenis rendang berkuah boleh masak lama sikit akhir tu biar agak kering

bahan utama ya... 

gaulkan sebati tau bumbu ini

gaulkan rata dengan bumbu sebelum tutup dengan penutup

kita tutup biar cepat masak , jangan lupa api sedang ya

ini bahan utama takde gula nise dengan asam jawa tak jadi 

daun kunyit kene ada barulah bau dia semerbak harum

santan 2 kotak kecil, kalau nak lebihkan pun boleh

tunggu sebentar biarkan kering dan pekat kuah

dah siap.... rendan ayam cara aku




39 comments:

  1. Rendang ayam macam berkuah sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana memang suka rendang yang berkuah kak, tak suka yang kering...

      Delete
  2. Lapar sungguh nengok time tengah hari ni :D

    Akak pun suka kisar bhn dengan minyak, sebab jadi lebih halus dan takmo ada air masa menumis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... itulah kak kisar dengan minyak lebih halus dan tahan lama kalau simpan dalam peti kan kak

      Delete
  3. sedapnya rendang akak. nasib baik baru lepas makan..haha

    ReplyDelete
  4. kalo kat kampung saya, mamak biasa buat jenis berkuah gini la...hihi..kat kedah pulak, rendangnya kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak jenis suka mkn dengan nasi impit itu suka berkuah banyak hehehhe

      Delete
  5. yelah emak dana pun kalau buat rendang daging selalu tak guna minyak, cuma rendang ayam kadang boh kadang tak boh pun boleh

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehehhe alhamdulillah kita kongsi resepi moga ramai dapat mencuba

      Delete
  7. Replies
    1. betul tu wak, sedap buat makan dengan nasi impit atau dengan apa-apa

      Delete
  8. sedap ni, lapar pulak malam2 ni hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tulah lenkali kalau entry jumaat jangan tengok lewat malam kang lapar lak

      Delete
  9. wah sedap nampaknya,cicah roti canai..perghh

    ReplyDelete
  10. suka makan ayam masak rendang 😍😍😍 tapi masak x 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhehe takpe, nanti cuba lah mudah je cara yang akak kongsi ni

      Delete
  11. baru masak rendang semalam Dana lebih kurang je resepi kita ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, selalu resepi rendang ni lebih-lebih kurang je cara buatnya...

      Delete
  12. Alhamdulillah. Resepi turun-temurun begini memang sedap, menepati selera keluarga sebab dah jadi hidangan tradisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, dari dulu memang gini lah cara emak buat dan dana pun ikut je

      Delete
  13. kalau shida pun jenis suka rendang mcm ni berkuah..sbb kdg2 kalau cicah lemang or ketupat pun..mesti celek kuah.. lauk ratah je ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kalau takde kuah kering sangat rasa tak puas nak buat cicah

      Delete
  14. SEDAPNYA RENDANG AYAM ADA JINTAN N KETUMBAR LAIN RASANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... rasa jintan dan ketumbar tu bagi lain sikit dari masakan lain kan

      Delete
  15. naik seri rendang ayam akak. color rendang nampak cantik dan pastinya sedap kak. nice resepi kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, cili boh tu yang warna merah menyala tu.... nanti cuba lah ya

      Delete
  16. sedapnya hasil kejadiannya! Cik TK pun suka rendang yang berkuah. Sebab rasa lagi syok makan dengan kuah. kuah tu pun boleh makan dengan roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, sebab tu jenis suka rendang berkuah

      Delete
  17. Replies
    1. hehehe nak suruh makan dah lwt malam lak... sabar je yek

      Delete
  18. Masuk ke blog Dana terus lapar..
    Nampak makanan sedap tak menahan, rendang my fav too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh setiap jumaat memang segmen share resepi kak, kene jenguk lepas dah kenyang lenkali hehehe...

      Delete
  19. OK ...cara kita sama...mungkin berbeza pada rasa sebab MY tak kuat masin

    ReplyDelete
  20. dulu suka gak rendang camni sbb memang itu je cara mama ammi masak. tapi bila dah kawen ngan org kuat makan pedas ni...rendang cili api the besttt

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...