Wednesday, April 29, 2020

RESEPI ABOK-ABOK INTI GULA MELAKA

Assalamualaikum semua,

Abok-abok antara kuih kegemaran aku jadi setiap bulan puasa aku mesti buat. Cara nak buat dan bahannya pun mudah dijumpai. Kuih ini biasa dijumpa di belah selatan.

Bahan-bahan:
500gm sagu, rendam dalam 2 bekas dengan pewarna disukai-rendam kejap je
Setengah biji kelapa parut, kalau kelapa kecil guna sebiji
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 ketul gula melaka, potong kecil
Daun pisang

Cara masak:
- toskan sagu dan gaulkan dengan kelapa parut, gula dan garam hingga sebati
- lepas tu buat daun pisang bentuk corong, masukkan sesudu sagu letak gula merah dan tutup dengan sagu, balut dan tutup dengan gunakan lidi atau stapler.
Bila dah siap kukuskan dalam masa 20 ke 30 minit.

Rendam kan sekejap dalam 3 ke 5minit, boleh juga tak boh pewarna

Jangan lupa toskan hingga kering ya

Selepas gaul dengan kelapa gula pasir dan garam

Macamni bentuk yang aku buat

Boh sikit lepastu tambah gula melaka

Tambahkan warna pink diatasnya

Gini rupanya bila guna 2 warna, cantik di mata aku

Lepas dah bagi jiran-jiran ini habuan kat rumah, tapi isi kecik sebab daun pisang kecil

Warna hijau dah habis

Monday, April 27, 2020

MENU BERBUKA 1 HINGGA 3 RAMADHAN

Assalamualaikum semua,

Bulan puasa ini, tenang je rasa. Bila nak masak juadah berbuka pun boleh buat tanpa terkejar- kejar. Sejak takde bazar aku rajinkan diri masak menu berbuka dan sejenis kuih. Air buat masa ini aku cuma sediakan teh o panas, sekarang setiap petang hingga maghrib mesti hujan lebat.

Jom tengok menu yang aku sajikan.

Hari pertama gigih aku buat apam balik... sedap jadi jug

Nasi goreng sardin dan telur mata, tepung pelita dan bubur pulut hitam jiran kiri kanan yang bagi

Kuih abok-abok menu hari ke2

Mee goreng ayam, buah dan karipap sardin jiran sebelah bagi 

Murtabak mini

Mehun soto dan murtabak, ada cucur udang juga maktek bagi

Bukan main excited dia nak berbuka, alhamdulillah 3hari dah dia puasa penuh cuma hari pertama dia sahur kul7 pagi heheh

Sunday, April 26, 2020

BUBUR CANDIL PULUT COLORFUL

Assalamualaikum semua,

Hidangan pencuci mulut ini aku buat seminggu sebelum puasa. Musim PKP pun asyik masak je kan. Dok mikir nak pulangkan juadah jiran- jiran itu buat bubur ni. Aku suka boh banyak warna baru meriah. 



Jari pun jadi macam-macam color

Saja aku rajin rebus dulu candilnya, selalu aku boh terus ke buburnya


Cantik bagi aku... colorful

Friday, April 24, 2020

SALAM 1 RAMADHAN

Assalamualaikum semua,

Dalam perutusan malam tadi, PM kata tempoh PKP akan dilanjutkan hingga 12 mei 2020.
Berpuasa di rumahla kita hampir 2minggu nanti.

Selamat berpuasa ya semua kawan-kawan.

Moga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna

Wednesday, April 22, 2020

CIK TI OH CIK TI, BAYAM AKU KAU KERJAKAN

Assalamualaikum semua,

Dah beberapa minggu aku perasan bayam brazil yang baru aku tanam macam kene makan. Sebab selalu kalau aku cucuk batang tu dalam beberapa hari dah berdaun dan membesar tapi ini tercampak-campak batangnya. Lepastu kunyit aku yang baru nak keluar daun kene makan lak. 

Ini memang takde benda lain, memang kerja dia la. Suruh edy pasang perangkap, buat masa ni dah 4 ekor yang dapat ditangkap. Geram betul, runput tak nak makan kerjakan tanaman aku lak.

 Dapat seekor, esok ada lagi... geram betul
Belah kiri tu patut sama naik dengan belah kanan tapi tak tumbuh dek kerjaan dia

Nampak kunyit tu ada kesan gigitan


Monday, April 20, 2020

HANTU KICAP

Assalamualaikum semua,

Rumah aku memang kicap adalah benda wajib ada, lagilah bila ada paksu. Dia ni makan apa je even lauk gulai, kari, masak lemak cili api mesti boh kicap hatta makan megi kari pun berkicap. 

Aku buat bubur nasi dia punya kicap macam makan bubur kicap

asam pedas pun kicap

Asam pedas menu kegemaran dia sebab tu ambil kuah banyak tapi kicap tak lupa

Dia tak makan sayur jadi kalau aku tak masak berkuah dia makan gini jelah

Kalau masak kicap atau apa-apa masakan berkuah memang kene lebihkan kuah

PKP minggu ke3 laki aku beli kicap 2liter... sebab veli saiz biasa cepat sangat habis

Edy beli bekas kuning tu untuk senang penggunaan kicap  takkan nk tuang ke pinggan botol besar tu kan 
kalau aku masak sayur berkuah dia sanggup makan kering janji ada kicap


kuah masak kicap sampai berladung tu hahahah

Friday, April 17, 2020

RESEPI PUDING JAGUNG

Assalamualaikum semua,

Di musim PKP ini memang macam-macam menu aku cuba. Terutama manisan, yang sebelum ini aku sangat la jarang untuk cuba masak dek kerana beberapa siri kegagalan dalam menyediakannya. Tapi bila dah duduk saja nak hilangkan bosan. Kita cubalah beberapa menu mudah.
Puding jagung ini selalu aku suka makan tapi tak pernah buat sendiri hehehe. Rupanya takdela susah sangat nak buat. Mehla aku kongsikan

Bahan-bahan:
1 tin jagung cream
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
1 kotak santan 200 ml
2 cawan air
1/2 cawan gula

Cara masak:
-campurkan semua bahan dalam kuali nonstick yang besar dan kacaukan semua bahan hingga sebati.
- bila semua dah sebati baru hidupkan api kecil sedang dan kacau hingga menjadi pekat, kacau je jangan tinggal tau.
- bila akhirnya dah jadi pekat dan keluar buih bunyi plup plup kira dah masak.
- terus masukkan dalam bekas biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sebelum potong.



Kacau semua bahan hingga sebati aku guna hand whisk je

Bila dah sebati kita hidupkan api dan kacau je.. gunakan whisk supaya semua sebati tak berketul

Dah siap kita masukkan dalam bekas dan sejukkan

Rupa potongan tak lawo tapi rasa sedap... 

Wednesday, April 15, 2020

LAYAN BAAHUBALI

Assalamualaikum semua,

Di tv3 dah 2minggu berturut ada menayangkan filem baahubali, 2 minggu lepas baahubali :the beginning dan sabtu lepas baahubali: the conclusion. Sabtu lepas memang berjemaahla kami layan. Sebelum ini aku dengan edy je yang layan.
Walaupun filem tamil tu agak over tapi layan jugak.

Berjemaah kan kami... paksu pun join sekali

Macam-macam gaya kan... 

Rasanya ramai juga yang minat layan filem ini

Tuesday, April 14, 2020

BERTUKAR JUADAH DENGAN JIRAN TETANGGA

Assalamualaikum semua,

Sepanjang 4 minggu PKP ini memang banyak betul dapat juadah dari jiran terangga terutama jiran sebelah rumah. Kadang kita balas juadah dia , eh esok dia hantar lagi, lusa ada lagi. Hahahah

Rezeki duduk di rumah aja, masing-masing jadi chef hehehhe

Dalam kul10 pagi dia bagi puri dengan kari esoknya aku tukar dengan rendang dan nasi impit

Menu minum petang dia bagi bubur pulut hitam, nasibla pagi ada buat kek coklat balas terus

Esok petangnya dia bagi takoyaki panas-panas lagi, takde aku balas apa... 

 Ini jiran blok sebelah bagi begedil tauhu lak balas puding jagung ku

Jiran sebelah dapur lak bgi spiral goreng balas puding jagung... aduhai

Sunday, April 12, 2020

RESEPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

Assalamualaikum semua,

Maaf la korang, hampir tiap hari entry aku tentang resepi. Habis bila duduk di rumah je, masak jelah aktiviti paling banyak dibuat. Di masa PKP ini banyak resepi kuih manis yang aku cuba masak. Sebelum ini memang aku sangat jarang masak kuih manis. Lepas dah google resepi agar-agar santan pandan paling mudah aku pun cuba. Nasibla jadi walaupun tak jadi 2 layer dek kerana edy yang tergoncangkan agar-agar masa nak simpan dalam peti ais.

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan air pandan, aku kisar 7 helai daun dan tapis
1 cawan gula

1 biji telur *
1 cawan santan *
Sedikit garam*

Cara masak:

- Dalam 1 mangkuk campurkan telur, santan dan garam dan kacaukan dengan sebati menggunakan garfu.

-Masakkan agar-agar tali dengan air dan air pandan, masak hingga agar-agar tali larut, masukkan gula dan kacau hingga larut semua.

-Apabila semua dah larut masukkan bancuhan santan dan telur yang kita kacau tadi, dan kacaukan rata agar-agar, bila ia sudah mendidih boleh matikan.

- Simpankan dalam bekas untuk sejukkan, bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

Pertama kali mencuba ini

Kacaukan hingga agar-agar hancur

Rupa selepas di campurkan dengan santan dan telur

Nampak rupa dia tu, edy la punya kerja sampai rupa gini

nasibla masih cantik lagi coraknya


makan lak sejuk-sejuk sedap betul