Friday, August 28, 2020

RESEPI NASI GORENG KFC

Assalamualaikum semua,

Akhirnya sampai kita di hari jumaat ye, sangat dinantikan hari ini. hehehehe 
Seperti biasalah, hari jumaat adalah hari kongsi resepi mudah. Walaupun dah mula kerja, aku dah mula boleh cari rentak untuk masak mana yang mudah dan rajinkan diri untuk rakam. Resepi ini rasanya ada viral dalam tahun lepas, tapi aku biasalah baru tahun ini mencuba. Resepi ini viral lepas di kongsi di jepun, cuma resepi asal mereka guna kicap dan stok ayam serta ayam kfc original tapi biasalah kita buat ikut kesesuaian tekak.

Ini kali kedua aku masak, kali pertama aku cuma boh ayam goreng, garam dan serbuk nasi goreng je, itu pun sekejapan je habis sampai tak sempat ambil gambar hehehe.

Bahan-bahan:

2 ketul ayam kfc spicy ( guna original pun boleh)
3 cawan beras (dicuci dan toskan)
3 keping cendawan tiram (potong halus)
2 ulas bawang putih( potong dadu)
2 biji bawang merah kecil ( potong dadu)
3 biji cili api (tak perlu potong)
1 sudu kecil serbuk perencah nasi goreng
4 cawan air
sedikit garam

Cara masak:

- Letak beras dalam rice cooker, masukkan cendawan, bawang putih, bawang merah, cili api ,serbuk nasi goreng dan garam  gaulkan semua hingga rata
- Masukkan air gaulkan lagi  letakkan ayam kfc di bahagian atas beras dan onkan rice cooker.
- Biarkan nasi masak seperti biasa, bila dah masak ambil 2 senduk dan siat-siat ayam tu dan gaulkan dengan nasi dalam rice cooker tu
- Bila dah rata keluarkan dan masukkan dalam 1 mangkuk besar siap untuk di makan.

* Kalau korang tak nak bagi bawang, cili atau cendawan tu boleh je... yang penting ada ayam goreng , garam dan boleh tambah kicap cair sedikit

Bahan utama ya

Aku curah semua ini dan dan gaulkan rata

Lepas dah tambah air dan boh ayam atas tu... 

bila dah siap ayam tu jadi lembut tau...bawang, cendawan tu bila dah gaul rata tak perasan pun... sebab si Aiyan makan je semua tanpa komplen jumpa bawang atau apa 

kita carikkan ayam tu dengan senduk lepas tu gaulkan kasi rata

dah siap,  masa masak ni bau dia harum betul sampai si Aiyan dok tanya mama masak apa ni bau sedap

Thursday, August 27, 2020

PHOTO DIARY #24/2020 VERSI MANIK DAN MAKANAN

Asaalamualaikum semua,

Selamat hari khamis semua ya kawan-kawan,
Geram pulak pagi- pagi tadi dah taip entry dia punya segala karangan tup-tup hilang lak. Kene taip semula pulak lah.

Maaf ya kawan-kawan sekarang banyak gambar pasal manik dan extender je dalam blog ini. Jom kita tengok cerita bergambar.

workstation menjahit aku, depan tv sambil tengok tv kalau tak bosan aih, nasibla aku takde anak kecil lagi kalau tidak nangis oooo

cara aku packaging extender  untuk pelanggan... 
packaging begini lebih mudah kan... kemas bagi aku

Butang baru... bunga daisy
burung hantu pun ada tau



isnin baru ni, kawan pejabat ajak potluck nasi kerabu.. aku bawak telur masin dan keropok goreng je yang lain kawan kelantan yang buat

memang sedap, cukup rasa semuanya

minggu lepas beli otak-otak dengan kawan pejabat sebelah, 50 keping rm35

petang tu terus bakar.... 

isi dia besar, sedap puas makan

support kawan yang jadi agent mamasab, 2 belakang tu coklat dan red velvet tu sedap tapi 2 depan tu bagi aku manis sangat kek pulak agak kering... heheheh 1 kotak ini harga rm40 kira ok lah harga kan

tart makngah, tinggal 6 biji tunjuk kat orang yang buat... kakaknya makan biskut dia buat

dah lama sangata tak minum air cincau, puasa baru ni tak merasa minum air cincau... ini kalau ada air soya dan ais lagi terangkat eheheh

Wednesday, August 26, 2020

WW TEST KAMERA SAMSUNG QUAD CAMERA

Assalamualaikum semua,

Kita ni bukan jenis pandai ambil gambar, tapi suka ambil gambar hehehhe... Jenis beli telefon bimbit tengok dia punya megapixel je hehehhe.
Orang normal seminggu beberapa puluh gambar je, tapi orang jenis macam aku seminggu mahu dekat nak ratus keping gambar heheeh.

pagi tadi boss kecik, tengah sarapan... 

gambar isnin, masa ni boss kecik cuti sekolah 

suruh senyum tapi eh... posing pesen apa lah ni

telefon baru tak semestinya kau nampak makin comel tapi nampak makin bulat, segala kedut terserlah wei... 

masa ini dengan aku, sekali bersarapan roti telur... bau dia tu tak tahan sebab tu mama pun nak sekeping 

gambar dekat camni nampak lagi lawo hahahah (perasan)

nak close up konon... tapi tak jadi pulak hahahha

Tuesday, August 25, 2020

PANGKAS DAN TUMBUH BARU

Assalamualaikum semua,

Maafla, lupa nak edit semula isi dalam sini... 
sebelum ini kan aku pernah kata pokok mulberi aku tak banyak buah. Balik kampung baru ini aku berguru la dengan mak aku, dia pesan, pucuk mulberi tu sentiasa potong, lepas potong dia mesti akan keluar pucuk dan buah, pucuk tu potong lagi dan dia akan ada bercabang-cabang. Setiap cabang baru akan ada buah sekali. Selepas praktikkan cara mak aku tu, nampak berkesan jugak... tapi itulah kita tengok berapa lama bertahan.

Aku ada tanam pokok ubi kerinting, guna untuk daunnya sahaja bukan ubinya. Ada 3 pokok je yang hidup, aku dok tahan nak petik pucuknya sebab cuma tiga. Tapi baru aku tahu lepas aku ambil pucuknya dalam 2 minggu lepas, nampak dia keluar 3 pucuk baru setiap batang. Rasa menyesal aku tak ambil pucuknya dari dulu. hehehhe


nampak banyak jugak lah pucuk baru dan buah... sila abaikan rumput yang tumbuh segar itu ya... tak sempat nak potong

jakun bila tengok dia keluar pucuk baru lagi

tak sabar nak petik lagi untuk buat masak

pokok ubi ni duduk bawah pokok pisang jiran, itu pertumbuhan dia lambat sikit sebab tak kene matahari sangat

Monday, August 24, 2020

SELAMAT DATANG ORANG BARU



Assalamualaikum semua,

Awal bulan hari itu aku ada tukar plan celcom baru, sebelum ini aku ambil plan Pakej Penjawat Awam bulanan RM 88 untuk 40GB lepastu aku upgrade ke plan RM148 untuk 80GB dan dapat 1 handphone OPPO A92 percuma. Aku tak nak pakai OPPO tu jadi aku jual dengan kawan pejabat RM1000 tambah beberapa ratus dan aku beli handphone Samsung A71 yang aku idamkan. 

Disebabkan aku suka ambil gambar, jadi aku pilih yang ada kamera yang cun gambarnya. Jadi selamat datang pada orang baru... 

masa ini baru usha nak warna mana

warna yang dia ada tak cun, tapi aku pilihla kelabu ini hehehhe... 

ini handphone lama... samsung A7 2018

warna dia cun... cantik sangat lah di mataku , lepas ini dia akan jadi milik Edy hehehhe

Friday, August 21, 2020

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

Assalamualaikum semua,

Salam maal hijrah semua ya , selamat tahun baru ke 1442 hijrah semua kawan-kawan. Ada yang balik kampung atau bercuti ke sempena cuti maal hirjah dan cuti sekolah ni? Kami tak ke mana, kerja je macam biasa.

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah dan ringkas untuk semua. Aku suka sotong kembang ini, atau aku panggil sotong plastik hehehehe. Selama ini aku tak reti nak masak dia, tapi lepas aku dah tanya mak, dan google resepi kita cubalah dan menjadi, itu yang kongsi dengan korang.

Bahan-bahan:

3 ekor sotong kembang ( potong sedang)
5 biji bawang merah besar- kisar
1 labu bawang putih- kisar
1 genggam bilis- kisar
sedikit udang kering- kisar ( kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan( potong)
1 keping gula melaka
2 plastik sedang cili boh atau 1 plastik besar cili boh
5 sudu minyak masak
1 sudu besar asam jawa
Garam dan gula

Cara masak:

- Masukkan dulu daun panas dalam minyak panas lepastu baru masukkan bahan-bahan kisar. Masakkan bahan kisar untuk 5 minat baru masukkan cili bohnya gaulkan sekata dan tutupkan dengan penutup masakkan hingga naik minyak dan kering air bawang.
- Bila dah naik minyak dan kering air nya kita masukkan sotong kembang dan gula melaka, gaulkan rata dah tutupkan lagi dengan penutup hingga nampak sotong mengecut, masakkan untuk 15 ke 20 minit dengan api sedang supaya meresap perasa dalam sotong tu.
- Masukkan asam jawa dan garam akhir sekali, rasa kalau kurang manis boleh tambahkan sedikit gula dan boleh matikan api.


ini bahan utama nya

aku suka boh daun pandan bau dia jadi sedap


aku memang akan masak sambal gini banyak lepastu simpan dalam peti beku, bila-bila nak nasi lemak boleh panaskan je

aku tak suka terpercik-percik kat belakang tu, sebab tu aku akan tutup dan guna api sedang

sotong ini nampak banyak tapi bila dah masak kecut semua tau


sementara tunggu nak masak ni, minyak yang banyak tu nanti buang lah ye... 

gini lah rupa sambal sotong kembang

menu masak nih memang banyak dari pagi bawak ke tengahari... kadang lajak ke malam heheheh

Wednesday, August 19, 2020

WW SI RAMA-RAMA

Assalamualaikum semua,

Si rama-rama... 

geram tengok pelbagai warna

ada 6 corak semuanya

waktu rehat di hari jumaat lepas kan panjang, menjahitla kita

hasil pertama dan terawal

terbang ke subang jaya berjumpa kak Ratna 

ini terbang ke shah alam 

lega selamat sampai di tangan pembeli

katanya dia punya nak banyak pearl besar dan warna warni

memang meriah dengan pelbagai warna pearl dan batu

tuan yang buat pun nak pakai jugak kan...