Assalamualaikum semua,
Akhirnya sampai kita di hari jumaat ye, sangat dinantikan hari ini. hehehehe
Seperti biasalah, hari jumaat adalah hari kongsi resepi mudah. Walaupun dah mula kerja, aku dah mula boleh cari rentak untuk masak mana yang mudah dan rajinkan diri untuk rakam. Resepi ini rasanya ada viral dalam tahun lepas, tapi aku biasalah baru tahun ini mencuba. Resepi ini viral lepas di kongsi di jepun, cuma resepi asal mereka guna kicap dan stok ayam serta ayam kfc original tapi biasalah kita buat ikut kesesuaian tekak.
Ini kali kedua aku masak, kali pertama aku cuma boh ayam goreng, garam dan serbuk nasi goreng je, itu pun sekejapan je habis sampai tak sempat ambil gambar hehehe.
Bahan-bahan:
2 ketul ayam kfc spicy ( guna original pun boleh)
3 cawan beras (dicuci dan toskan)
3 keping cendawan tiram (potong halus)
2 ulas bawang putih( potong dadu)
2 biji bawang merah kecil ( potong dadu)
3 biji cili api (tak perlu potong)
1 sudu kecil serbuk perencah nasi goreng
4 cawan air
sedikit garam
Cara masak:
- Letak beras dalam rice cooker, masukkan cendawan, bawang putih, bawang merah, cili api ,serbuk nasi goreng dan garam gaulkan semua hingga rata
- Masukkan air gaulkan lagi letakkan ayam kfc di bahagian atas beras dan onkan rice cooker.
- Biarkan nasi masak seperti biasa, bila dah masak ambil 2 senduk dan siat-siat ayam tu dan gaulkan dengan nasi dalam rice cooker tu
- Bila dah rata keluarkan dan masukkan dalam 1 mangkuk besar siap untuk di makan.
* Kalau korang tak nak bagi bawang, cili atau cendawan tu boleh je... yang penting ada ayam goreng , garam dan boleh tambah kicap cair sedikit
Bahan utama ya |
Aku curah semua ini dan dan gaulkan rata |
Lepas dah tambah air dan boh ayam atas tu... |
bila dah siap ayam tu jadi lembut tau...bawang, cendawan tu bila dah gaul rata tak perasan pun... sebab si Aiyan makan je semua tanpa komplen jumpa bawang atau apa |
kita carikkan ayam tu dengan senduk lepas tu gaulkan kasi rata |
dah siap, masa masak ni bau dia harum betul sampai si Aiyan dok tanya mama masak apa ni bau sedap |