Assalamualaikum semua,
Maaf ye kawan-kawan semalam kan cuti, sampai terlupa nak buat entri baru. Hari jumaat, hari berkongsi resepi ya. Bulan puasa tahun ini memang aku sangat malas, masak untuk berbuka pun sangat ringkas je. Kadang sampai 2 hari aku tak masak berbuka bila Aiyan asyik nak makan roti telur kedai sebagai menu berbuka.
Ini mesti ramai yang dah cuba kan, menu dari Khairulaming yang `whats up guy` tu. Aku beli air fryer gara-gara nak cuba beberapa menu dari dia lah ni. hahahha sanggupkan. Tapi menu ini memang mudah ringkas dan sedap.
Bahan-bahan:
Perap ayam:
1/2 ekor ayam potong sedang
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1/2 sudu kicap manis
1 sudu sos cili
2 sudu besar minyak
* sepatutnya guna kicap pedas manis mahsuri ( cari tak jumpa jadi aku tukar letak kicap manis dan sos cili)
Bahan Sos:
6 biji cili bangla, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
2 sudu gula
2 sudu besar sos nampla
1 sudu besar sos tiram
1 biji lemon , perah ( boleh guna limau lain dan guna lebih limau)
2 pokok ketumbar, hiris halus
Cara masak Ayam:
- Perapkan ayam dengan semua bahan selama 30 minit atau lebih
- Masak dalam air fryer suhu 180 selama 18-20 minit ( ikut pada air fryer masing-masing)
- Bila dah masak keluarkan ayam dan boleh siramkan sos atau letak asing
Cara sediakan Sos:
- Tumbukkan cili api, bawang putih dan gula tak perlu halus kasar-kasar je
- Tambahkan bahan lain, kacau dan siap
Senang kerja kan |
Aku perap untuk 30 minit |
saja aku tumbuk dengan gula sekali |
daun ketumbar wajib ada tau |
Memang sedap... percayalah |
Jangan masuk banyak terus nanti tak masak rata |
Masa ini aku guna suhu 200 selama 20 minit, geseng ko... mujurla kulit je ayam masih elok lagi |
Bakar kali ke dua, suhu 180 selama 18 minit lebih kurang. Mujurla elok |
Menggoda rupa dia tau, bau semerbak |
curah dengan sos, sedap |
close up sikit |
ini lah kicap pedas manis mahsuri tu, semalam laki baru dapat beli... 2 botol sekali dia beli... |