Tuesday, April 5, 2022

MENU HARI PERTAMA DAN KEDUA RAMADHAN

 Assalamualaikum semua,

Bulan puasa ni awal pagi lemau je rasa, mata ni minta untuk lelap. Diri asyik menghitung bila jumaat nak sampai hahahah teruk betul. 

Sampai pejabat otak sibuk mikir nak masak menu apa untuk berbuka. Semalam sampai rumah awal cuma jalan jem di pasar keramat sebab ada bazar ramadhan. Menu berbuka aku yang ringkas sahaja.

aku buat kuih getas je puasa pertama tu

menu utamanya mee goreng

air suam, teh o panas dan ada coktail
menu kami semua sama, rumah aku, rumah maktek dan kat kampung semua buat mee goreng

ini menu hari kedua, Edy lah beli tepung pelita tapi merata jalan sampai rumah jadi rupa gini hahaha

Edy beli ayam golek danok

menu utama kami, nasi goreng, ayam dan kuih muih yang dibeli

merasmikan mesin jus, buat air tembikai semalam... segar betul

Monday, April 4, 2022

RUTIN REHAT HARI JUMAAT

 Assalamualaikum semua,

Salam ramadhan hari ke dua, aku sampai pejabat je dah fikir petang ini nak masak apa  untuk berbuka ya. Sampai rumah pukul berapa lah nanti ni huhuhuhu hahahha.

Rutin hari jumaat waktu rehat kan lama, selalunua selain baca anime aku tidur je. Tidur kat kerusi je, jumaat minggu lepas Aiyan ada jadi keluarkan la toto dia untuk dia tidur. Siap mintak selimut lagi, kalau aku tak tergamak pulak nak tidur bentang toto hahahaha. 


tidur kat kerusi ni bila bangun sakit tungking uih


Saturday, April 2, 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

 Assalamualaikum semua,

Aku ini bukan rajin join GA tapi kalau yang syaratnya mudah teringin juga cuba. Kali ini SR atau Syazni Rahim ada buat GA baru, kita cuba lah kot ada rezeki, syaratnya pun mudah. Kalau yang nak join boleh klik pada banner bawah ni.


klik

Syarat-syarat GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY 

adalah seperti berikut:

1. Buat satu post entri bertajuk : GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. 

4. Copy blurb ini (wajib):

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

4. Copy ayat beserta link pada dua kenyataan di bawah:

Kenali Mitch! 

Shopee Menara Seni

5. Letak link penyertaan di ruangan komen pada entri ini.

+++

(Jika tak dapat copy direct, boleh copy link ini -  https://catatanseorangmitch.blogspot.com/ untuk 'Kenali Mitch' dan https://shopee.com.my/menaraseni untuk 'Shopee Menara Seni'.

Moga ada rezeki buat aku kali ini ya, menarik tu dapat buku yang bukan calang-calang.

Friday, April 1, 2022

RESEPI KACANG PANJANG TUMIS DENGAN SUHUN

 Assalamualaikum semua,

Ini antara sayur kegemaran aku, mudah ringkas dan sedap. Ratah macam tu je pun boleh, kalau tak nak guna ikan bilis boleh guna udang itu lagi sedap ooooo. Ini antara menu sayur paling aku suka masak bila bulan puasa sebab ringkas dan tapi buat berselera makan. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

8 batang kacang panjang, hiris serong

1 paket suhun dan tauhu kering, rendam hingga lembut 

5 biji cili api, potong serong

sedikit ikan bilis

2 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang merah besar, hiris nipis

1 sudu sedang kicap manis jalen

garam 

Cara masak:

- Tumis bawang putih, bawang merah, cili api dan bilis hingga layu.

- Masukkan tauhu kering yang telah di hiris kecil, tutupkan dengan penutup biar cepat lembut tauhu kering.

- Lepas tu masukkan kacang panjang kacau-kacau hingga nampak layu sikit

- Masukkan suhun, garam dan kicap kacau hingga sebati semua dan matikan api. Siap

merasmikan kuali baru hehhee


blur pulak

sebelum masukkan garam dan kicap

siap, aku suka masak yang kering gini bila ada suhun... ini ratah je pun best