Friday, September 29, 2023

RESEPI TUMIS TERUNG TELUR PUYUH

 Assalamualaikum semua,

Kononnya nak masak terung berlado tapi kan malas sangat nak mengisar bahan-bahan. Sebab tu aku selalu cakap yang aku ni pemalas, nak yang mudah je kan. Aku ni peminat terung, masak apa pun aku suka tau. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

30 biji telur puyuh 

4 batang terung yang telah di goreng

1 biji bawang besar, hiris

4 ulas bawang putih, hiris

5-7 biji cili api, hiris

2 sudu besar kicap

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan bawang dan cili api hingga layu dan kekuningan. 

- Bila dah layu tu masukkan telur puyuh, gaul-gaul lepas tu masukkan pulak terung tadi. 

- Tambah kicap dan akhir sekali garam. Boleh matikan api. siap






Thursday, September 28, 2023

PHOTO DIARY #34/2023

 Assalamualaikum semua,

Bila dah cuti ni mula lah semuanya jadi malaskan. Tapi buat juga la entri walaupun dah petang, jom kita layan cerita bergambar.

Acik ni peminat Aiyan, sambil borak dia bagi Aiyan duit belanja... 


Ada kawan opis balik dari Sabah, mesti bagi ole-ole

Belek bunga orkid

Dah masuk 3 minggu masih mekar lagi...

Aiyan yang tinggi ke acik Wan yg pendek hehehh


Semalam petang kawan opis bagi, popia basah,sedap

Hari ini dari kul5 dh kejut bibik, pastu dia sambung tido

Suruh ambil daun kari 3 tangkai tapi

3 tangkai bahagian pucuk je hahahha

Aiyan pun mee kari

Mee kari mama nya

Kereta kebal... Ecah punya 

Lari ke sini lak gambar ni.... 

Wednesday, September 27, 2023

WW GENG LEPAK KAT PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Kami berlima je, selalu memang tak cukup sorang sebab dia selalu kerja luar. Mereka lah yang selalu lepak kat bilik aku, bila mengantuk ini la kawan berborak.

dari kiri Lini, Faizah, Cik Reyhan (sebab dia pegawai)

mereka semua duduk di tingkat 8 aku tingkat 7, bila mereka melepak meriah sikit bilik aku yang sunyi ni

Tuesday, September 26, 2023

PORTUGUESE TART ECO BAKERY

 Assalamualaikum semua,

Sejak dah jadi peminat EcoBakery ni aku dah jumpa 1 dessert  yang sedap bagi aku. Portuguese tart dia memang sedap, tak manis sangat, ada rasa lemak, dia punya tart tu ranggup. Memang selalunya aku akan ambil dan kongsi dengan Edy. Dulu aku suka kedai Baker Cottage dan Pistachio tapi rasanya macam EcoBakery lagi memikat hati. Sesiapa    yang jumpa EcoBakery sila lah cuba ya. Eco Bakery ada di Segamat, Klang, Sungai Besar, Desa Petaling Petaling dan Selayang

harga nya RM4.90 kalau tak silap

ini ada perisa mocha




dia suka makan croissant 

Monday, September 25, 2023

PROGRAM WANG SAKU

 Assalamualaikum semua,

Rabu 20/9/2023 Aiyan ada program wang saku di Melawati Mall. Seronok la dia sebab lama dah dia tunggu program membeli belah di mall ini. Memang kegemaran betul lah dia, kali ini kami bagi RM60 dan memang licin tanpa baki. Jom kita tengok apa je Aiyan beli dan gambar-gambar yang dikongsikan oleh kakak PPM nya ya.


ada 2 sekolah yang turut serta







kat rumah dh banyak pen warna pun dia beli lagi

makan di marrybrown, ini di taja


lepas makan sila kemas

dia boleh order lagi ayam nak makan kat rumah katanya



bahagia dia


dia beli aiskrim masa nak bayar, miss India ni belanja depa lak, memang rezeki kan

makan aiskrim yang dibelanja



duit dh tinggal sikit pun ada hati nk beli mainan mahal hahahha

balik sekolah dah



hasil tangkapan dia ya

ada dalam fb melawati mall