Tuesday, December 28, 2021

DUGAAN BUAT AKU

 Assalamualikum semua,

Maaf balik kampung kali ini senyap je. Memang dugaan betul dari hari jumaat aku cirit birit, salah makan nasi impit nak basi. 

Tengahari tu maka ubat petang elok, esok pagi makan pedas sampai ke hari ini. Dah ke klinik dapat ubat tapi masih lagi ulang alik ke tandas. Sampaikan tak larat, balik kampung kali ini tak jalan ke mana, kesian Aiyan dan adik-adik. Kawan-kawan doakan aku cepat sihat ya.

Memula lalu la makan bubur

Mak dan adik teman ke klinik

Badan dah tak larat sangat

Dah tak lalu nak telan bubur... 

Friday, December 24, 2021

RESEPI MEE GORENG KICAP CKT

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan, semalam lupa nak buat entri hari ini pun lambat bersiaran. Gini lah bila kat kampung kan, ada je nak dibuat. Dari pagi tadi mendung je sejuk je rasa di kampung ni.

Hari ini aku nak kongsi resepi mee goreng menggunakan kicap CKT yang maktek jual. Kalau ada yang nak cuba sila bagitau atau emel aku, boleh diposkan. 

Bahan-bahan:

2 bungkus mee kuning ( basuh dan toskan)

10 -12 ekor udang

1/2 mangkuk kucai

1 mangkuk besar tauge

3 biji telur

2 sudu cili boh

1 mangkuk ikea kicap CKT

Sedikit garam

3 ulas bawang putih, ketuk

Cara masak :

- Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih bila dah naik bau masukkan cili boh, masak hingga cili boh pecah minyak

- Masukkan udang bila dah setengah masak masukkan kicap CKT lepas tu tambahkan 1/2 cawan air masukkan garam, bila mendidih masukkan mee gaul hingga sebati semua. Tutupkan kuali dengan penutup kejap

- Buka penutup masukkan telur dan kucai kacau hingga merata akhir sekali masukkan tauge. Siap












Boleh guna untuk pelbagai jenis mee bukan kuetiaw je


Wednesday, December 22, 2021

WW SURAT CINTA (LOVE LETTERS)

 Assalamualaikum semua,

Ahad lepas terjumpa dan terbeli surat cinta, menarik tengok cara pembungkusannya. Harga RM19.90 untuk 750g kira ok tu sebab siap dapat bekas lagi.



Ingatkan dia susun semua macam dalam tin, tapi ada bungkusan asing... mudah nak bawa ke mana-mana


ada 5 surat dalam ini 

ada juga perasa strawberi lainkali kita beli

Tuesday, December 21, 2021

CHICKEN KATSU CRISPY

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini rasa macam kelam kabut sikit, hati dah sampai kampung dah ni. Dok terpikir-pikir nak mengemas baju, nak bawak buah tangan apa untuk keluarga di kampung. 

Aku nak cerita pasal Chicken Katsu  yang pernah viral sebab katanya rasa dia yang macam patty burger mcD, chicken McDeluxe. Bila dah terbaca tu terbeli pulak nak cuba kan, betul ke seperti yang dikata. Hari ahad tu cuba lah beli  roti burger pastu buatla burger ringkas dengan ayam katsu ni. Takde sayur apa pun cuma letak kepingan keju, mayonis dan sos cili je. Memang betul patty dia tu sebijik macam chicken mcDeluxe rasanya. Dengan ranggup di luar, lembut berjus di dalam. Wajib kekawan kene cuba.

dalam ini ada 4 keping



sayuran apa pun takde kat rumah masa ni 


nampak kan dalamnya berjus, memang sedap tau

Monday, December 20, 2021

DUGAAN BETUL, CUAI LAGI

 Assalamualaikum semua,

Dugaan orang berniaga buat kuih kecil-kecilan. Minggu lepas mula kisahnya lepas buat roti selalunya Edy yang akan cuci dan kemas alatan meroti tapi petang tu lepas siap meroti rupanya ada 1 bilah pengadun dia terkeluar dan aku lupa masukkan dalam bekasnya semula. Aku letak di singki tapi rupanya bila banyak barang basuh pinggan terbuang bilah tu satu. Malam tu Edy basuh semua alatan tu dia perasan 1 bilah takde, dia tanya aku. Aku pun bagitau la kat singki dia kata singki dah bersih siap cari dalam tong sampah tapi tak jumpa. Silapnya aku lah miss place sampai terbuang. Malam tu aku terus buat pesanan di Shoppe tapi sampai semalam belum sampai lagi hhuhuhu itulah cuai.

Dalam minggu lepas juga lepas aku guna pengisar untuk buat kuih apam gula hangus dah basuh letak di singki. Singki pulak penuh pastu jatuh tergolek bila tengok hambik pecah rupanya. Takpelah usia dia pun dah 11 tahun, nasib kat rumah ada mixer (pengaduh) jadi boleh la guna mixer untuk buat kuih. Ini semua kesilapan dan kecuaian aku, bila semua kerja nak buat itulah jadinya. 

Ada 1 je bilahnya, jadi minggu ni cuti meroti


mujur la memang ada jual asing alat ganti nya, kalau tidak nangis


pecah dari atas ke bawah... ini nanti beli baru lah

Friday, December 17, 2021

RESEPI CHAR KUEY TIAW DENGAN KICAP CHAR KUEY TIAW

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sejuk betul rupanya entah dari pukul berapa hujan renyai. Sampai ke pagi jalan lenggang je yelah dahla cuti sekolah, hujan pula memang la ramai  yang tarik selimut sambung tidur. Sampai pejabat pun lenggang je, ramai kawan yang cuti balik kampung. Aku dan beberapa orang jelah yang kerja ni, bosan betul lah.

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah dengan kawan-kawan menggunakan KICAP CHAR KUEY TIAW, kicap serbaguna tau. Ini maktek yang jual aku cubalah lepas tu memang rasa dia boleh tahan sedap dan mudah la nak digunakan. Aku dah cuba masak CKT, mee goreng dan nasi goreng menggunakan kicap ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak cuba boleh bagitau aku ya. 

Bahan-bahan:

1/2 mangkuk plastik ikea kicap CKT

1 bungkus mee kuey tiaw halus, leraikan dia tak perlu basuh

2 ulas bawang putih, ketuk

5 biji cili api, ketuk

8- 10 ekor udang

Daun kucai

2 biji telur

1 mangkuk kecil tauge

1/2 cawan air

Sedikit minyak masak

sedikit je garam

Cara masak:


- Tumiskan cili api dan bawang putih ketuk hingga naik bau. Lepas tu masukkan udang dan masak hingga separuh masak.

- Bila udang separuh masak, masukkan kicap dan air tunggu biar kuah mendidih tambah sikit je garam dan masukkan kuey tiaw pastikan api besar tau.

- Dengan  api besar tu, kacau kuey tiaw masukkan kucai lepas tu telur, kacau hingga rata bila kuah dah makin sikit masukkan tauge dan matikan api.

- Nak kuah banyak atau kurang bergantung pada masing-masing ya. 

Ini lah kicap nya

Saja cuba guna kuey tiaw halus

walaupun bawang putih ada kulit, tapi dah basuh tau

masukkan udang ya

separuh masak je tau udangnya 


masa ni dah mula gunakan api besar tau



aku suka basah-basah gini... makan waktu ni aduh sedapnya dengan tauge tu ranggup lagi


selamat mencuba

Thursday, December 16, 2021

PHOTO DIARY #47/2021

 Assalamualaikum semua,

Sekejapan betul dah hari khamis kan, awal pagi boss aku dah mula ajak borak, bercerita sampai susah aku nak mulakan kerja. Dia suka ajak borak pasal politik aku mana layan sangat politik ke apa ni. Kadang dia sebut pasal menteri itu ini aku bukan kenal sangat, kecuali yang terkenal viral. 

Boss aku ni sejak dapat berita pasal nak kene tukar ke JUPEM Penang terus nampak dia takde mood nak kerja. Mungkin dia sedih kot. Jom lah kita layan cerita bergambar ya

Masa ke aeon AU suka tengok buah-buah mereka

memacam ada

walaupun harga mahal sikit tapi seronok

makanan siap dia pun banyak, harga pun berpatutan sangat

adik yang jaga kedai Puspanita yang belanja... sedap laksa nya

kelmarin masa ambil Aiyan kat rumah Maktek, Ecah nak ikut datang rumah aku

Selalu aku jual buah potong kadang teringin makan juga, layan makan jambu batu dengan serbuk asam boi

bunga dalam pasu yang di tanam dekat lobi pejabat.. lawolah pulak bila ada bunga

pokok ketumbar , banyak sangat dalam pasu ni itu tak besar-besar hahhaha

minggu ini rajin buat apam coklat untuk jual di kedai

ini maktek yang goreng dan minta aku jualkan di kedai...

pagi tadi punya menu, teringin pulak nak minum air kopi yang pekat melekat pepagi ni