Friday, June 28, 2019

RESEPI NASI IMPIT GORENG DAN SAMBAL KICAP JOHOR


As salam semua kwn2,

Salam jumaat terakhir di bulan syawal, harini mcm biasa, kita share resepi... 
Kalau cara aku, mmg jenis yg mudah, ringkas dan padat ye kwn2 

Mula2 kita share resepi nasi impit goreng @ ketupat goreng, Selalunya mmg terkenal time2 raya lah, sbb masa tu ada banyak ketupat.  Ketupat nasi atau nasi impit je tau, ketupat palas aku tak pernah try pulak hehehe

Mungkin ada yg pelik dengan nasi impit goreng ni, tp utk org johor dan melaka, menu ni mmg biasa buat kami.  Korang nk tau sedap ke tak... cuba lah ye

Sambal kicap tu lak, sambal wajib ada kt rumah, Kalau takde mcm tak lengkap gitu hehehe

Nasi Impit goreng
Bahan-bahan:

10 ke 20 biji ketupat mini belah 4, ( kalau pakai ketupat yg besar tu korang belah la bg mudah makan)
1 btg lobak merah - potong dadu
5 ke 7 batang kcg panjang - potong pendek
100 gm ayam - potong kecil ( boleh je nk guna lauk lain daging atau seafood)
1 paket perencah nasi goreng adabi
4 ulas bwg putih - kisar
2 biji bwg merah besar - kisar
2 sudu besar cili boh
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis

Cara Masak:
- Tumiskan bahan2 kisar dan cili boh hingga keluar minyak dan masukkan ayam
- Bila ayam hampir masak, masukkan perencah nasi goreng adabi , lobak dan kacang panjang.
- Masukkan kicap manis dan nasi impit, gaul hingga sekata dan perasan dengan garam.
- Masukkan telur gaul rata bila dh nampak agak kering boleh matikan api, siap



nasi impit potong 4 tau, nk guna sayur lain pun boleh je... cuma aku suka guna 2 sayur ni

tumiskan ini hingga kering baru masukkan ayam tau

aku suka guna perencah ns goreng adabi nih,
kredit gambar dr web adabi.com


masak ayam hingga betul2 masak

bila dh masak mcmni baru masukkan nasi impit

kita gaul2kan semuanya hingga sebati

kcg panjang tu aku tambah lg, itu nampak hijau lg... aku suka boh telur dah nk last2... nk boh time awal2 pun boleh

siap dh.. aku suka yg bersalut mcmni


Resepi Sambal kicap johor

bahan-bahan:
20 ke 50 biji cili api kampung ( selalu aku campur cili api kampung dan cili api bangla)
2-3  ulas bwg putih
2 sudu besar gula pasir
1/2 botol kecil Kicap lemak manis jalen
Air limau kasturi

Cara sediakan:
- Kisarkan semua bahan kecuali air limau hingga sebati semuanya
- keluarkan sambal kicap dan simpan dalam bekas, baru masukkan air limau
- Siap, sedia di makan dengan apa2
* selalunya aku kisar banyak dan simpan dalam peti air, bila nk makan baru ambil dan isi dalam bekas kecil lain. Bila simpan dalam peti ais, pedas dia akan tahan lama.


Ini bahan utama dan gula pasir

masa ni boh kicap sikit lg... selalu ikut kuantiti cili tu la ek

mcmni rupa bila dh siap kisar... org johor dlm peti atau kt rumah mesti ada sambal ni

Thursday, June 27, 2019

PHOTO DIARY #20/2019 cacamarba


As salam semua kwn2,

aku ni bila dh kamis mula lah lemau idea nk membuat entry, mula lah ke laut nk nulis apa pun tak tau lah...
JOm lah mcm biasa, khamis kira mcm cerita bergambar... ada cerita di sebalik gambar... sila baca penerangan di caption ye hehehe....


14hb khamis minggu pertama naik kerja lps cuti raya, blh tersama color ngn kwn opis
wajib la amik gambar buat kenangan heheheh

Minggu lepas sambli2 ngemas barang2 kaca dari kotak, terjumpa lah periuk kaca nih...
dh bertahun2 aku tak guna utk masak... duk simpan dlm kabinet

masa awal2 dulu rajin la sikit masak guna dia, lama2 dh malas sbb rasa berat sgt heheheh...
lps ni aku simpan jelah, aku guna jelah periuk lain yg lg ringan 

Dari sejak balik dr johor nampak org jual durian kt segamat dia dh sibuk nk mkn durian,
tp tak dpt2, sudahnya beli lah kt kl nih... udang merah katanya... 

kopi ais kaw... dh berbulan2 tak minum air ni, minggu lps kwn opis ajak pi cafe.. terus oder air ni bungkus terus... beli kul 10 sampai ke ptg masih lg sejuk n manis

Ini bahan2 asas rendang aku, pastu tinggal tambah cili boh... dan santan, daun kunyit, aku jarang guna rempah siap atau guna kerisik hehehe

dikala lauk takde kt rumah, ini jelah lauk paling best.... 

pertama kali dia makan ayam gaya upin ipin sampai licin, selalu nya dia mkn tepungnya je

sakit ati ngn jiran atas, tak tau la yg tingkat bape... hisap rokok puntungnya buang merata, umah aku jugak la yg jd mangsanya... 



nasib la muat lg baju raya 5 tahun dulu nih... biasalah jenis maintain gemuk nih selamat sikit

jumaat lps aku beli tudung sarung kt gerai belakang opis, sambar 3  helai terus... mudah keje tudung sarung nih... lagi2 pakai time cuti utk ke mana2... 


Wednesday, June 26, 2019

Berhari raya dengan bff dr zaman fotopages

As salam semua kwn2

Harini kat jabatan aku ada majlis sambutan hari raya, sat2 lagi kene turun bertugas lah, tahun ni bahagian kami sediakan nasi dagang, sat lagi kene turun lah jaga gerai. 

Jumaat mlm sabtu lepas pergi beraya di rumah baik aku kt tmn melawati, kebetulan ada juga jemput kwn2 lain, kami dh kenal lama lebih 10 tahun, kenal masa zaman fotopages dulu.  Ada kawan yg dh bertahun2 aku tak jumpa, bila jumpa masing2 dh berubah, anak pun dh besar panjang semua.  Sampai kul 8 lebih, kul 11  lebih baru gerak balik, nsbla aku dekat je rumah kt ukay perdana je kan.

masa ni aku dh lepas makan, geng lain lak mkn 

tgk la si dugong aku tuh... 

yg tudung biru tu lah tuan rumah

bergambar sebelum balik

suami2, redho jelah... layan pangai bini

mcm2 gaya lah mak2 nih kan

mcm2 gaya dh masa nih...anak masing2 dh tertido2

Tuesday, June 25, 2019

Aktiviti Sekolah Rayyan Izzan

As salam semua kwn2,

Asyik cerita pasal raya je, cerita pasal mama je... mesti korang jemu kan
Kita cerita pasal budak gendut tu lah... Meh kita tengok aktiviti dia lepas raya ya... Meriah aktiviti budak gendut ni ko.... jeles mama nya

24hb mei, Hari last sekolah salam2 dengan cikgu dan dapat duit raya, seronok betul lah anak2 syurga ni, murah  rezeki mereka

12hb, lepas 2 hari naik sekolah, dia ada Program CSR bersama KL Hop on Hop off, pusing2 sekitar KL
-Kl tower
- Istana negara
- Tugu negara
- Dataran Merdeka
- Muzium Tekstil

20hb, dia ada jamuan raya dan sambutan hari guru sekolah.
- Kelas darjah 2 kene bawak ketupat/ lemang, aiyan bawa ketupat mini

24hb dia ada sukaneka untuk ppki skpd, masa aku amik dari sekolah dia kata dia dapat no 1, mula2 mcm tak percaya jgk lah... Sekali tengok kt fb sekolah dia, alamak betul lah rumah biru jd juara hehehhe... silap aku selalu mcm tak percaya ckp dia, walaupun kadang masa dia cakap tu, nada selamba n belagak. Tp selalunya betul hehehhe...

24 Mei 2019

hari last sekolah sebelum cuti 2 minggu, beratur untuk salam dengan cikgu ngn kakak ppm dan dpt duit raya

muka happy dapat duit raya lah tu... rezeki anak2 syurga ni mmg murah betul

bdk gendut ni suka lah sbb cikgu cakap nk cuti panjang dan nk raya
sebelum balik sekolah salam dengan semua cikgu2 kt sekolah.
12 Jun 2019
masa ni 12hb, berkumpul dulu dalam bilik rekreasi... banyak aktiviti mereka lakukan kt bilik ni utk murid ppki sahaja

bergambar dulu sebelum naik bas hop on hop off nih

ini antara tempat2 mereka lawati... tgk pun dh tau panas terik

kenapa cikgu banyak gambar dengan 2 budak lelaki nih?
sbb mereka yg paling lambat jln, masing2 dh penat

jadi banyak la gambar mereka ngn cikgu ngn kakak2 ppm

dh kul bape masa ni mmg pns terik
masa ni kt muzium tekstil, ada lah aktiviti mewarna batik


beria tgk kan... ada dia bawak balik rumah aritu, tp mama tak sempat nk gantung kt dinding lg

balik tu, beria dia cerita pasal ada askar yg mati pastu ada yg hidup tp dh tak bergerak jaga kwn2 mereka yg mati... kisah yg ini lah apa lg
20hb Jun 2019

bekalan ketupat mini untuk jamuan raya aiyan

muka seposen je, sebenarnya dia seronok dpt pakai baju raya

papa hantar pagi tu, sebab ada bawak ketupat mini dan beberapa barang lg
masa ni tengah tunggu ramai2 untuk ke dewan kot... apa lah di buat nya


ini masa dalam dewan nih... 

24hb Jun 2019

Hari sukaneka

kepenatan lps abis sukaneka, ada cikgu letak gambar dlm grup ibu bapa

bukan main seronok dia... 

masa dapat pingat... seronok lah dia

kalau time sukaneka, mmg dia campur semua dari darjah 1 sampai darjah 6

nampak tuh, semangat kan 



betul2 dpt no 1 rumah dia... seronok lah dia