Assalamualaikum semua,
Entri paling aku suka, sebab boleh letak banyak gambar dan bercerita dengan gambar tu. Hari ini pagi-pagi dah hujan dengan anginnya lagi, semalam petang lagi lah hujan lebat macam apa, moga tak sampai banjir kilat yang teruk la ya. Jom layan cerita bergambar.
Minggu lepas keluar lepas maghrib cari barang, tengok lampu ni terasa tak sabar nak puasa dan raya, sedangkan lampu ini tiap hari hidup hehehe |
lepas beli barang makan dekat kedai, dah lama sangat tak makan kat kedai macam ini. |
Jumaat minggu lepas ada gotong royong, aku sediakan sandwish sardin, kepala roti biasa tukang buat yang makan heheh |
dah lama sangat tak makan buat air coktail, sedap betul bila dapat minum |
aku mintak kuali saiz kecil beli di Ikea |
aku nak kuali yang tinggi sikit supaya mudah nak masak tumis-tumis tanpa guna kuali besar |
Terus rasmikan petang tu kualinya |
semalam dia balik sekolah lambat sebab ada koko, lepas mandi suruh makan nasi goreng tapi ayam dan sup dia tak nak |
ada pegawai dekat pejabat bagi kurma, alhamdulillah |
teringin pulak makan aiskrim, order dekat staf jupem je |
dia la paling suka dapat makan aiskrim |
paparazzi ada di mana-mana, aku tengah membebel dia ambil gambar |
2minggu lepas adik hantar gambar katanya pokok ceri surinam dah berbuah |