Tuesday, October 31, 2023

KAKI SAKAT

 Assalamualaikum semua,

Maafla jumaat dan isnin senyap sunyi je blog aku ni. Tak tau nak cerita apa kerja pun banyak. Entri hari ini aku nak cerita pasal budak-budak pejabat aku yang sejenis kaki sakat. Dia punya sakat tu memang buat kita gelak tapi kadang geram pun ada jugak. Budak-budak pejabat aku ni banyak buat kerja luar dari duduk di pejabat. Dia punya nak menyakat, dok la tayang gambar makanan sedap kat setiap tempat mereka buat kerja. Lepastu tag nama aku kat dalam whatsapp, memang geram betul. Yang buat kerja luar tu ramai, setiap negeri di semenanjung Malaysia , tapi 2 kumpulan ini je yang suka menyakat dok tayang makanan. 

ini budak paling degil, mereka buat kerja sekitar Terengganu

ini sekitar perak

ini dua budak degil kaki sakat

antara lokasi mereka

tayang makanan je kejenya

makan sedap je lah mereka








Thursday, October 26, 2023

PHOTO DIARY #37/2023

 Assalamualaikum semua,

Sekarang cuaca panas terik, petang atau malam hujan lebat. Waktu pagi sejuk dan berkabus pejabat aku ni penyaman udara sejuk gila baru di baiki tapi lif tak pulak depa baiki. Dah 3 minggu gigih naik turun tangga untuk ke tingkat 7 dan 8. Tak tau la sampai bila kene mendaki tu.

Jom la kita layan cerita bergambar.

Sesekali maktek buat pengat pisang hantar la ke rumah kakaknya

makan snack

ada yang belanja aiskrim

ada kawan bagi baju kelawar
aku pun dapat juga

semalam balik dari persembahan menari nya


sorang je kawan yang belah kiri atas tu tak pernah jumpa

sarapan mee kari pagi tadi tapi masinnnn oi

sedap jugak bawak beg sandang belakang gini lagila bila naik tangga

Ecah masuk pertandingan mewarna

dapat no 2 tau hehehhe

Wednesday, October 25, 2023

WW MENU JUALAN TERBARU

 Assalamualaikum semua,

Menu jualan yang aku letak di kedai, selain ini ada juga kacang kuda rempah. 

bahagian kepala dia kita la yang makan

isi sardin ye

alhamdulillah masih mendapat sambutan lagi

Tuesday, October 24, 2023

KISAH MUSIM HUJAN DAN KEBUN

 Assalamualaikum semua,

Dekat kebun tepi rumah ni sejak musim hujan memang nampak subur tanaman, paling subur semestinya pokok kesum dan rumput rampai. Balik kerja cabutla rumput tepi tangga naik tu kan lepas tu dah malas dah. Nak mencangkung atau membongkok tu yang malas tapi geram tengok rumput yang subur membiak. Tak payah boh baja dia punya segar tu buat sakit hati. 

sebab geram dengan kesuburan dia itu masak asam pedas

orkid pinang pun tengah merajuk tak berbunga

rumput tepi longkang tu lahai subur sungguh kan

Monday, October 23, 2023

CEKODOK PISANG CICAH SAMBAL KICAP

 Assalamualaikum semua,

Tak pasti la cuma aku atau ada orang lain peel macam aku jugak. Suka makan cekodok pisang cicah sambal kicap. Tapi sedap tahu, cubalah.



Rasa manis dan pds tu sesuai

Friday, October 20, 2023

RESEPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS

 Assalamualaikum semua,

Sabtu lepas kebetulan semua lauk habis kat dapur, telur pun takde. Yang ada ikan bilis Edy pulak kerja hari tu jadi fikir-fikir masak la sambal kentang ikan bilis. Sedap juga tau menambah nasi jugak. Jom tengok resepi nya.

Bahan-bahan:

5-6 biji kentang - potong nipis dan goreng

1 biji bawang merah potong nipis

2 biji bawang merah besar- kisar

5-6 ulas bawang putih, kisar

1 mangkuk besar ikan bilis goreng

2 ketul kecil gula melaka

1 keping asam keping

Garam

2 senduk cili boh

sejemput udang kering, kisar

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar masukkan cili boh, tumiskan hingga pecah minyak. Aku tumis lama lebih 30 minit dengan api sedang biar betul-betul masak cili dan bawangnnya.

- Masukkan asam keping dan gula melaka, tambah air 1 cawan.

- Bila gula melaka dan cair boleh masukkan kentang goreng. Masukkan bawang hiris. Gaulkan hingga sebati.

- Masakkan untuk 10 ke 15 minit hingga sambal kering. Perasakan dengan garam akhir sekali masukkan bilis goreng.

- Matikan api, siap








Thursday, October 19, 2023

PHOTO DIARY #36/2023

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye kawan-kawan pagi tadi ada majlis kat dewan jadi tak masuk pejabat dan tak sempat buat entri. Petang baru sempat masuk pejabat dan buat entri juga... Jom la kita layan cerita bergambar ya.


sayur penuh

makin geseng

sabtu lepas masa dia kene sekolah ganti

tengahari panas petang tu hujan lebat



healing

budak gemok

bulat mata, bibik ajak ambil gambar