Wednesday, March 31, 2021

SAMBUTAN ANNIVERSARY KAMI

 Assalamualaikum semua,

26hb Mac bersamaan hari jumaat kami sambut hari ulang tahun perkahwinan dengan ringkas bertiga dan 9 ekor kucing. Disebabkan aku agak malas, aku cuma masak penne carbonara, potong tembikai dan pesan hokkaido tart untuk gantikan kek. Edy tambah dengan 8 ketul ayam goreng Uncle Jack. 

Sejak mula kahwin Edy memang bukan suami yang romantik hantar bunga ke coklat ke apa. Kalau aku cakap nak hadiah anniversary atau harijadi dia cuma hulur duit dan suruh aku beli sendiri sebab katanya aku cerewet hahahahha. Siapalah tak nak dapat suprise jambangan bunga, jambangan duit atau apa-apa hadiah tapi  dah terbiasa jadi aku ok je. Cepat betul masa berlalu dah 11 tahun rupanya kami susah dan senang bersama. 

Meja makan dah kene hijack cucu-cucu Edy, jadi kabinet ni lah tempat hidang makan

Ini je yang aku masak hehehehhe

Eeg tart dia aduhai memang habis eat clean aku 


teringat-ingat bau dia yang sedap... aduhai 

Tambah ini pulak ambil semua perisa

Biarlah simple janji happy hehehehhe

Tuesday, March 30, 2021

GIVEAWAY RAYA BERSAMA SHIDA RADZUAN BLOG

 Assalamualaikum semua,


Aku ni memang agak jarang turut serta giveaway dengan kawan blogger. Selalunya aku akan turut serta kalau syaratnya mudah dan senang untuk aku buat. Oklah untuk tahun baru ini ada 1 giveaway yang aku turut serta, sebab syarat nya semua agak mudah, kalau berminat nak turut serta boleh klik je gambar banner di bawah ini.

Perasaan aku menjelang bulan puasa dan raya memang agak teruja. Doanya semoga tahun ini kita dapat rasa kemeriahan berpuasa dan beraya macam tahun-tahun sebelum 2020. Moga kita akan bebas dari covid19 dan boleh balik beraya dengan keluarga tersayang. Tahun lepas semua kuih, juadah berbuka puasa buatan sendiri tahun ini kita tengok dulu hehehhe. 

klik 


Aku tag dua orang blogger ini KasihkuAmani dan Beautiful Lie in Beautiful Life

Monday, March 29, 2021

SAKURA MALAYSIA

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini keluar rumah dalam pukul 6.45 hujan renyai, turun beli sarapan makin lebat pulak. Sampai pejabat dalam pukul 7.20 pun hujan makin lebat, sekarang pun masih renyai lagi. Mujurla anak-anak tengah bercuti.

Sekarang di Malaysia tengah merata orang kongsi gambar dengan bunga sakura malaysia. Yelah bukan di jepun je ada sakura kita pun ada hehehhe. Semalam masa nak pergi sarapan ternampak ada dekat dengan kawasan rumah kami. Balik lepas sarapan terus ajak Edy bergambar. Mana boleh dilepaskan sebab bunga berkembang tak lama. Meh la tengok gambar kami dan sakura malaysia. 

ini bunga putih masa ni pukul 10 pagi

gigih kan 3 beranak nih... 

Nampak kan pokok dengan bunga pink kat seberang tu

cantik betul gambar ini dengan langit biru kalau lebat lagi bunga ni mesti cun

cantik kan

mujur bunga nya agak rendah, dapat ambil gambar dekat, rasa macam nak ambil je sejambak bawak balik rumah hehehhe

Makcik dan anak nya, asal boleh je makcik tu hhahahha

cantik, tak jemu mata memandang

Minggu depan entah ada lagi ke tak bunga ini



cantik gambar dengan langit biru ni... 

Saturday, March 27, 2021

IDW DESIGN COLLECTION

Assalamualaikum semua,

Rumahku syurgaku, baiti jannati. Setiap orang mengimpikan kediaman yang nyaman, selesa dan dihias cantik. Jenis kediaman besar atau kecil kalau bijak menyusun atur pastinya akan nampak cantik, mewah dan nyaman. 

Masa aku duduk menyewa selama 7 tahun selepas kahwin memang takde deko rumah. Simple janji ada tapi bila kami pindah ke rumah sendiri pada awal 2019 memang bersemangat nak deko rumah sendiri. Cumanya aku dengan Edy bukan lah reti mendeko-deko, tengok kat tv atau majalah tapi bila nak buat tu memang buntu. 

Tapi baru-baru ini aku dapat buku IDW Design Collections yang bila aku belek-belek sangat mengujakan. Banyak idea konsep dikongsi dengan 200 rekaan pelbagai ruang beserta floor plan memang sangat membantu dan bersemangat nak mendeko sendiri. 



seronok tengok setiap helaian buku ini

sangat teliti


 Mari aku kongsikan kisah disebalik kejayaan buku IDW Design Collection ini yang dapat menjadi sumber inspirasi mendeko. 
Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah memulakan syarikat pembinaan dan rekabentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007. Sempena Ulang Tahun ke-15 dan dengan situasi norma baru, mencetuskan penerbitan Design Collection ini.

Cabaran Membina IDW

  • Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun.

  • Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

  • Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

  • Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan.

  • Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.

  • Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

  • Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.

  • Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

  • Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. 

  • Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Ini lah pemilik dan pencetus IDW

Tragedi Kebakaran

  • Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.

  • Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

  • Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW.

  • Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.


Fenomena COVID

  • Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

  • Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

  • Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

  • Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

  • Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

  • Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar 

  • Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan.

  • Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.

  • Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

  • Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.

  • Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.

  • Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


Kredit : IG IDW

kredit: IG IDW

DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG.
RAYA PROMO RM397 (HARGA ASAL RM2897)
https://idw.design/idw-collection-design/




#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection 
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book

#bestinteriordesigninmalaysia  

#houseinteriordesigninmalaysia  

#contemporaryinteriordesign

#houseinteriordesigninselangor

#aestheticbedroom

#livingroomdesign

#bedroominteriordesign

#freeinteriordesign

#Interiordesignbumiputra

#outdoordecor

#famousinteriordesigners

#famousinteriordesignersinmalaysia

#artdecointeriordesign

#3droomdesign

#decorationdesign


Friday, March 26, 2021

HAPPY 11TH ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

Hari ini takde kongsi resepi, aku pun dah kehabisan resepi untuk dikongsi hehehhe. Kita cerita pasal tarikh hari ini ya, tarikh sama 11 tahun lepas kami selamat diijab kabulkan. Esoknya hari sanding pulak. 

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-11 buat kami. Moga ikatan suci ini kekal hingga ke akhirnya. Aku akui dalam perkahwinan Edy manusia yang paling sabar. Kesabarannya setinggi gunung Everest, sebab aku la yang selalu hilang sabar, yang selalu kaki berangin, kaki bebel, kaki malas kemas hehehehe. Terima kasih terima aku seadanya. 

Posing masa lepas nikah


ini la pertama kali aku pakai contact lense hehehhe... kelakar betul

Masa lepas akah nikah, itu belakang pakcik aku dan atok aku hehehe... 

Bersading hari selepas itu

oopppss

kami 11 tahun dulu... 

kanan cincin masa risik kiri cincin dapat masa nikah, dua-dua masih muat lagi tapi tulah cincin muat baju tak muat dah hehehehe

gambar raya haji tahun lepas... laki aku ni payah nak ajak gambar berdua


dua-dua membesar bak juara


Thursday, March 25, 2021

PHOTO DIARY #12/2021

 Assalamualaikum semua,

Maaf ye hari ini agak lewat buat entri, tadi ke hospital untuk temujanji ambil darah. Masuk pejabat lapar lak sarapan dulu, sebab kene puasa dari pukul 10 malam tadi. Ini pejabat aku katanya 2 hari nak tutup tangki air sebab sebelum ini ada masalah air di tandas belah belakang. Satu hal pulak kalau nak buang air kene ke bangunan sebelah.

Oklah takmo bebel panjang, jom la kita layan cerita bergambar.

Aku suka biskut tiger susu ni sebab bau dia sedap tapi yang baru ni bau dah tak sedap, takde bau susu rasa pun tak best... hampa

subur pokok pegaga aku kan, tapi rumput tepi tu pun bukan main subur jugak... 

Lepas ambil Aiyan, panas membahang singgah cafe beli oren air kosong

Suka tengok bunga ros kampung ni, sekali berbunga sejambak gini... dahla bunga nya besar 

Edy sekarang batuk, malam sebelum tidur mesti dia minta buatkan air madu lemon suam panas... bau lemon tu harum

Bekalan aku semalam, sarapan dan kudapan 

yang tekak aku boleh telan, rolled oat dan susu strawberi suka texture oat tu bila
dikunyah

Balik ambil Aiyan semalam ingat nak makan bekal aku je, nampak tauge di cafe ambil nasi separuh senduk, tauge sambal belacan dan ayam lemak, tauge tu memang susah nak tolak

Aiyan teruja kata cermin mata kami sama warna, merah maroon

bekalan di pejabat... hehehhe

ini bekal hari ini, masih lagi menu sama sebab malas nak masak macam-macam telan je selagi belum jemu hehehhe
Orderkan sos cili hijau thai untuk keluarga di kampung, adik wassap kata dah sampai semalam petang


Belikan jugak kacang untuk keluarga di kampung, beli kacang 2 bekas tu dapat free gift buah kering... best