Assalamualaikum semua,
Bertemu lagi kita di pagi jumaat yang indah. Hari ini masuk pejabat tapi aku tengok geng lelaki je ini. Dahla kedatangan cuma 30%, risau lak nanti waktu rehat tinggal aku je seorang dalam pejabat ni 😳😳.
Hari ini aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua menu kegemaran 2 beranak kat rumah ini. Tumis telur hancur, ini kadang seminggu sekali kadang 2 kali seminggu dia minta masak ini. Kadang sampai aku yang masak ni pulak dah jemu. Tapi memang Edy dengan Aiyan kalau menu ini berselera betul. Menu ini mudah je, kira resepi dari emak aku, yang jadi kegemaran kami adik beradik.
Bahan-bahan:
5-6 biji telur
4-5 biji cili api , tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
3 biji bawang merah kecil, tumbuk
sedikit garam, tumbuk
sedikit kiub ayam
air 2 cawan
minyak
Cara masak:
- Tumiskan bahan-bahan yang kita tumbuk dengan api sedang, masukkan kiub ayam
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan dalam kuali dan kacaukan rata dengan bumbu, biarkan sebentar hingga telur masak
- Masukkan air 2 cawan kacau telur dan biarkan sebentar, bila dah mendidih dan boleh matikan api. Siap
Tumiskan hingga kering, aku tumbuk kasar je |
masukkan telur |
dan kacau kan rata dengan bumbu itu supaya sebati rasa |
bila dah rata macam ini, biarkan kejap hingga telur masak |
baru masukkan air, jangan lupa kacau lagi tau lepas tu baru biarkan |
bolehla rasa sikit garam dia cukup ke tidak... dah mendidih boleh matikan |
sedia untuk di angkat |
menu ini mungkin agak berbau kot la ada yang tak suka bau telur, boleh je tambahkan dengan daun bawang ke daun sup |
ini kadang untuk 2 beranak tu je, memang berselera mereka makan |