Friday, December 29, 2023

RESEPI BUNGA RAMPAI

 Assalamualaikum semua,

Jumaat terakhir di tahun 2023. Hari ini aku nak kongsikan resepi tapi bukan makanan, resepo bunga rampai hehehe. 

Bahan-bahan:

3 pokok daun pandan

Sedikit air mawar

Bunga yang wangi

Cara Buat:

- Cuci dan keringkan daun pandan, hiris halus semua daun. Aku letak dalam bekas besar bertutup

- Tambahkan 1 sudu sedang air mawar, dan ramas-ramas dengan daun pandan. Tutupkan bekas.

- Hari kejadian pagi tu baru aku tambah bunga yang dah dileraikan dari kelopak, tak perlu hiris. Siap


Tak la halus sangat

Petikla bunga tepi rumah mujur ada bunga ros



Ramas-ramas


Dah siap


Hari kejadian

Thursday, December 28, 2023

PHOTO DIARY #44/2023

 Assalamualaikum semua,

Photo Diary terakhir di tahun 2023, ada 44 entri semuanya. Tahun ini banyak sikit entri dapat dibuat , ikut kerajinan jugak kan, tahun lepas kan aku banyak cuti sakit itu yang tak banyak tu. Hari terakhir aku kerja untuk tahun 2023, esok aku cuti. Saja je cuti tak kemana pun duduk rumah je lagipun Edy kerja. 

Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

sabtu lepas rajinkan diri mengemas tepi rumah, cabut rumput sapu-sapu sikit, ada kucing rumah sebelah dok teman

hari ahad Edy tak sihat, demam

dia kebosanan sebab atoknya tak sihat demam, takde yang belai dia

isnin masih melepek tidur je kejenya... petang tu bawak ke klinik


selalu dia yang hantar aku pi klinik, kali ini aku yang hantar dia yang sakit

sejenis pantang nampak cermin gini lah

bunga ros yang tengah rajin berbunga

ros kampung tapi rajin sangat berbunga

baju hari ini,sekarang kan dah wajib setiap khamis pakai baju batik, kalau tak pakai boleh dikenakan tindakan tatatertib tau


lama betul tak beli sarapan mee goreng bawah pokok kat simpang rumah

Ecah kene chicken pox, semalam Maktek tanya apa bii-biji kat Ecah, bila dah tengok ciri-ciri nya, merata ada 1 badan memang sahla chicken pox.

Wednesday, December 27, 2023

WW BUAT KARIPAP SENDIRI, BARU PUAS HATI

 Assalamualaikum semua,

Dah lama tak buat, bila buat tu puas hati dapat makan. Isi lak boleh boh banyak.

mula pun dah lewat masa tu

malam baru habis

siap je mesti goreng sebab Aiyan nak makan

buat karipap kentang boh daging cincang, ini baru betul keripap daging hehehe

Tuesday, December 26, 2023

BERTUGAS DI HARI GRADUASI TASKA

 Assalamualaikum semua,

Maafla bila hari cuti memang terlupa nak buat entri, minggu lepas pun ke laut dalam blog aku ni. maafkan lah diri ku ya. Ini cerita jumaat lepas, aku di minta bertugas jadi urusetia hari graduasi taska. Ketua minta kami pakai baju tema ungu, lepas tu dapat tudung ungu yang sama untuk semua urusetia. Jom la tengok gambar kami-kami ya.

sesi dialog dengan ibu bapa

ini kapla geng urusetia heehhe

bergambar dengan bunga manggar

geng urusetia buat tugasan sama, dia ni askar selalu berbaju celoreng, hari kejadian je berbaju kurung

boss aku dan isterinya pun di jemput turut serta

geng urusetia jugak

semua geng urusetia, pantang di ajak bergambar


dengan geng kedai


Wednesday, December 20, 2023

ALHAMDULILLAH RAYYAN DAH SUNAT

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam tak buat entri, aku kan cuti 19 sampai 21 jaga budak baru lepas sunat. Lupa nak komgsi gambar nya, tapi syukur sunat dengan laser ni tak sakit kot, takde menangis pun. Alhamdulillah, hari ke3 dah pakai seluat dah. Edy yang jaga luka aku malas nak usha heheeh. 

Sunat dekat Klinik di Taman Melawati untuk laser RM250. Sunat hari sabtu pagi


Upload pakai hp ni, gambar lari susunan... ini lepas hari ketiga dh boleh pakai seluar


Ini masa menanti giliran, masih pakai seluar pendek lagi

Ini lepas dah setel

Lepas sunat, doktor tu siap suruh dia main tab je masa sunat

Monday, December 18, 2023

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK, TEMA RETRO

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat lepas, hari terakhir sekolah sebelum cuti diadakan Sambutan hari Kanak-Kanak di sekolah Aiyan. Tema retro, seminggu sebelum tu beria la mama dan papa nya cari kan baju dan persiapan lain. Menyelam bundle pun ada jugak tau. Kira oklah bila dia pun pakai tema retro macam kawan-kawan yang lain. Seronok la dia. 

masa pagi tu suruh pakai topi putih ni

tapi dia cakap nak pakai topi coklat ni, topi putih tak best 


bergambar kat sekolah dengan cikgu dan kawan-kawan

dia tanya kenapa mama tak belikan Aiyan cermin mata hitam? abis kang meraba pulak awak tu kan rabun


Friday, December 15, 2023

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA VERSI MERAH

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi nak up gambar tapi asyik tak lepas je, jadi masa ni baru sempat nak up entri ya. Resepi yang biasanya dijumpai di hari raya tapi kalau dah teringin boleh je buat kan. Lauk  yang sedap tapi nak buat agak renyah, jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 keping tempe- potong kecil dan goreng

3 biji kentang potong dadu- dan goreng

3 keping tauhu, potong dadu dan goreng

300gm paru di rebus dulu , potong dadu

10 batang kacang panjang, potong pendek

1 batang lobak merah, potong dadu

set suun dan tauhu kering

2 biji bawang merah besar, kisar

5 ulas bawang putih, kisar

sejemput udang kering dan bilis, kisar

3-4 batang serai, ketuk

5 sudu besar cili boh

1 ketul gula melaka

sedikit asam jawa

garam secukup rasa

Cara masak:

- Tumiskan serai dan minyak hingga naik bau, masukkan bahan kisar , masukkan cili boh masak hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak baru masukkan paru yang telah di potong dadu, tambahkan sedikit air masak dengan api sedang untuk 15 minit hingga paru empuk.

- Masukkan asam jawa, tauhu kering, lobak merah dan kacang panjang. Gaul lagi hinga semua masak.

- Masukkan garam dan semua bahan goreng, kentang, tempe dan tauhu, Gaul lagi biar semua sebati , akhir sekali masukkan suun bila dah secukup rasa boleh matikan api.












aku makan dengan nasi impit dan kuah kacang